Minggu, 14 Februari 2016

KITAB MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH Bab Yang Keempat: Peringkat-Peringkat Perjalanan Suluk Orang Sufi (Hasil Orang Menjalani Suluk) (2)



Karangan Al FaQirul Makhlus Sheikh Mustapha Mohamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi) Murid utama To’ Guru Daud Bukit Abal, kelantan

Syuhud 

Banyak orang tersalah mengambil pengertian mengenai syuhud ini dan berbagai-bagai mereka buat pengertian: setengah mengertikan dengan melihat Allah, ada mengertikan dengan memandang kepada Allah, ada pula yang mengertikan pejam mata dan nazarkan kalimah Allah bersinar-sinar dalam hati, ada yang
mengertikan pula dengan ingat atau fikir kepada Allah. Dan yang paling anehnya ada yang mengertikan dengan seruk (hisap) nafas serta pandang nur Allah dalam hati, dan ada macam-macam lagi yang penulis tahu berlaku di kampung-kampung yang disangka mereka sudah alim dalam tasauf tetapi sebenarnya jahil dan tersalah jalan.

Semuanya itu adalah tidak betul bahkan karut belaka!

Pengertian syuhudyang sebenar mengikut istilah tasauf ialah “Datang ke dalam hati yang sudah suci jilah, suatu kedapatan rasa yang ada kelazatan, kesedapan dan kemanisan (dzauk) apabila ia mengingati salah satu daripada empat perkara tadi (af’al, asmak, sifat dan zat Allah) sama ada datang tak kesedaran kepada diri dan kepada yang lain (fana) atau pun ia sedarkan diri (baqa’).”

Bandingan Syuhud 

Bandingan syuhudlebih kurang bolehlah diumpama begini; seorang yang belum pernah kenal dan rasa buah durian, apabila ia berjumpa durian itu dikoyak kulitnya dan dikenal isinya serta dihidukan baunya lalu ia terasa pecah liur, kemudian ia pun makan dan dirasanya isi itu ... wah ... alangkah sedapnya dan lazatnya keseleraan isi itu meresap dalam keseluruhan jiwa dan badannya. Hingga kerapkali dia ditegur orang tidak disedarnya melainkan kepada kesedapan dan kelazatan isi durian itu jua.

Bandingan yang lain pula - bolehlah diumpamakan seperti orang takut kepada harimau, semua orang tahu takut kepada harimau. Tetapi sebelum berjumpa harimau perasaan takut itu hanya berlaku di atas lidah sahaja dan itulah dikatakan takut secara ilmu sahaja yakni belum benar-benar ada rasa ketakutan dalam hati, tetapi apabila engkau pergi ke huma dalam hutan yang baru dibuka, di tengah-tengah engkau berjalan itu tiba-tiba engkau berjuak (bertemu) dengan seekor harimau besar maka di waktu itu apakah perasaan kamu? Tentulah engkau tahu sendiri jawapannya, engkau di masa itu barulah benar-benar rasanya ketakutan itu ... datang ... dzauk ... masuk menjelma ke dalam seluruh perasaan jiwa sehingga tak sedar kepada yang lain melainkan yang sedar hanyalah kepada harimau jua.

Saya harap bandingan sekadar ini dapat memberi faham kepada pembaca. Itulah bandingan syuhuduntuk difaham mengikut istilah tasauf yang sebenar. Dan hal ini adalah suatu perkara dzauk yang tak boleh hendak ditakbir dengan lisan dan kalam. Berkata setengah ahli sufi:

Ertinya: Siapa tak rasa tak tahu (mengenal).
Apabila seorang itu berjaya mencapai syuhud umpama itu maka itulah dia digelarnya “wali Allah” atau “al-arifbillah – العارف بالله” atau “al-Wasilu illa-llah – الواصل إلى الله” yakni orang yang mengenal (makrifat) dengan Allah atau sampai kepada Allah dengan jalan syuhud. Dan dari syuhud itu terbitnya perkataan “musyahadah” iaitu seolah-olah ia bersemajlis atau bersetentangan dan berhadapan di antara satu sama lain dalam majlis hadapan Allah itu (majlis hadrat Allah) begitulah dirasanya oleh hati orang-orang wali. Dan maqam musyahadah inilah digelar pula maqam “al-Ihsan” bagaimana terdapat dalam hadis Nabi SAW di awal kitab ini dan dialah yang menjadi pati agama yang diturun oleh Allah yang jarang manusia mengetahuinya melainkan aulia Allah dan nabi-nabi (rasul-rasul).

Semua wali-wali besar, nabi-nabi clan rasul-rasul adalah terdiri dari maqam musyahadah itu tetapi musyahadah dengan jalan “baqa” yakni mereka kekal dalam kesedaran dengan dua alam: iaitu alam batin tetap bermusyahadah dengan Allah, dan alam lahir (pancaindera) atau alam tubuh kasar lahir dapat berbicara dengan makhluk ramai dan dapat membimbing masyarakat ke arah jalan benar dan diredhai Allah sekira-kira tidak menjejaskan kesedaran batin dari musyahadah Allah tadi.

Itulah dia digelarkan “maqam baqa’ billah -  مقام بقاء بالله” maqam yang tertinggi sekali daripada segala maqam. Dan maqam ini digelarkan maqam “al-insan al-kamil”. Tetapi adalah termaklum bahawa maqam nubuwwah dan risalah ini memang lebih tinggi lagi daripada itu kerana tidak dikatakan nabi dan nasal melainkan orang yang menerima maqam baqa’.

Misal Syuhud Dengan Asmak Allah 

Apabila seorang itu mendapat syuhud dengan nama Allah, misalnya dengan nama “Rahman” maka di waktu itu dirasanya nama Allah yang pemurah (Rahman itu jelira (rasa) lazat ke dalam seluruh perasaan batin hingga tak sedarkan diri (fana) atau pun ia sedarkan diri (baqa’), kelazatan-kelazatan yang terdapat umpama itu tak dapat diperikan oleh bahasa lisan dunia walau sepatahpun, demikian juga tak dapat digambar atau dituliskan dengan pena. Dan kiaslah lagi pada nama-nama Allah yang lain umpama al-Aziz, al-Jabar, al-Mutakabbir dan lain-lain lagi.

KITAB MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH Bab Yang Keempat: Peringkat-Peringkat Perjalanan Suluk Orang Sufi (Hasil Orang Menjalani Suluk) (1)



Karangan Al FaQirul Makhlus Sheikh Mustapha Mohamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi) Murid utama To’ Guru Daud Bukit Abal, kelantan

Mujahadah ertinya berjuang melawan godaan hawa-nafsu dan syaitan untuk menghapus sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang tercela dalam din i seorang dengan mengamalkan zikir tarikat guru sebagai asas. Zikir-zikir disertai dengan mujahadah itu ibarat api pembakar atau sebagai air api pelebur yang boleh menyuci segala tabiat atau stfat hawa-nafsu tercela yang menjadi talibarut kepada syaitan dan sentiasa ia memperdayakan hati seorang supaya lalai dari mengingati Allah dan mencemarkan hati supaya jadi gelap berselaput.

Firman Allah Taala:
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila disebutkan Allah nescaya gementarlah hati mereka ketakutan (laksana hati jadi jilah bersih dan hidup). [Surah al-Anfal: 2]


Ayat ini mengisyaratkan bahawa zikir itu sebagai air api yang dapat meleburkan kekaratan-kekaratan hati supaya jadi cerah bersih. Dengan hal demikian apabila seorang berkehendakkan makrifat kepada Allah Taala wajiblah ia menjalani latihan-latihan mujahadah dan beramal wind tarikat guru dan di dalam menjalani kewajipan-kewajipan ini maka hati seorang itu akan dapat bertukar corak sedikit demi sedikit dari cemar kepada suci mengikut peringkat-peringkat perkembangan perjalanan suluk orang-orang sufi. Sekarang ikutilah keterangan-keterangan peringkat perkembangan perjalanan suluk bagaimana di bawah ini:

Perjalanan Nafsu Amma-rah (1)

Dalam mujahadah dan perjalanan suluk peringkat ini, orang-orang awam sufi sekali-sekala tidak sunyi dari menghadapi berlaku dosa kerana nafsu peringkat ini belum terkawal dari tabiat-tabiat yang tercela umpama khianat, hasad-dengki, tamak-haloba, sombong-takabbur, berahi makan minum banyak, menyakiti hati orang dan sebagainya.

Zikir mereka peringkat ini adalah bertempat menari-nari di atas pentas lidah lahir sahaja sedang hatinya melancung ke luar negeri di waktu ia berzikir dan tidak ada selera mengingati Allah selain daripada masaalah-masaalah kehidupan dunia. Alam mereka martabat ini ialah tertarik kepada syahadah iaitu alam kasar yang kita nampak ini.

Oleh hal yang demikian, maka orang dalam peringkat ini terutama kita orang awam ini adalah terkongkong kepada daya tarikan alam syahadah kasar ini. Oleh itu sangat jauh untuk kita umpama orang awam ini dapat menyelami, mengalami atau menyeberangi alam malakut, jabarut dan lahut melainkan orang awam sufi yang di bawah tarbiah guru tarikat yang arif mursyid jua.

Hal atau warid dalam hati orang peringkat ini sentiasa cenderung kepada kejahatan sementara tabiat-tabiatnya pula ialah:

1. Jahil.
2. Tamak.
3. Takabbur.
4. Hasad.
5. Khianat.
6. Dan sebagainya.

Kewajipan mereka peringkat ini ialah mengekalkan mujahadah dan mengamalkan wirid tarikat, mudah-mudahan dengan berkat tekun rajinnya itu mereka akan meningkat naik perjalanan kepada nafsu lawwa-mah pula.

Perjalanan Nafsu Lawwa-mah (2)

Perjalanan suluk dan mujahadah mereka peringkat ini lebih baik sedikit daripada peringkat pertama tadi kerana perjalanannya dalam beransur-ansur lebih baik dari semasa ke semasa, mereka peringkat ini sudah terasa kuat di hati atau gemar hendak bermujahadah dan sentiasa menurut syariat tetapi masih tertinggal melekat di hati benih sifat-sifat iaitu sifat-sifat umpama ujub, ria, sumaah dan lain-lain daripada sifat keaiban hati dalam diri seorang itu.

Orang sufi peringkat ini mustahak ia meneruskan mujahadah dan beribadat zikir dengan sungguh-sungguh hati supaya ia tidak ketinggalan sampai pula ke sempadan nafsu mulhamah iaitu nafsu peringkat lebih tinggi daripada nafsu lawwa-mah.

Zikir mereka dalam peringkat ini adalah bertempat dan berbunyi di kalbu, bukan lagi menari di pentas lidah kasar, yakni kalbunya hidup bergerak dengan zikir dengan tidak payah menggunakan lidah kasar lagi. Sungguhpun begitu lidah kasar mustahak juga digerakkan setiap masa dengan berzikir.

Perhatian

Saya suka menarik perhatian pembaca iaitu hal-hal atau cerita umpama itu bukanlah berdasar kepada ilmu teori tetapi bagaimana ilmu sains juga ia berdasar kepada tajribah dan eksperimen (percubaan) orang sufi itu sendiri sebagaimana yang saya tegaskan dalam keterangan dahulu.

Alam mereka peringkat ini sudah dapat mula menyelami alam barzakh iaitu sebahagian dari alam malakut. Apabila seorang itu terbuka mata basirah “mata dalam” atau “mata batin bagi ruh” maka ia di waktu itu akan berpeluang dapat melihat ruh-ruh di alam itu hidup-hidup, sama ada ruh-ruh itu dalam keadaan bahagia atau azab seksa. Cerita-cerita umpama ini boleh jadi saudara-saudara mengengkarinya tetapi bagi orang-orang sufi adalah menjadi suatu kebiasaan jua dan pendedahan cerita umpama ini juga adalah menjadi suatu kebiasaannya mendapat engkar dan tentangan yang hebat dari ahli zawahir khususnya ulama-ulama fikah.

Hal cerita umpama itu jika terdapat kepada permulaan orang sufi adalah dilarang (haram) menceritanya melainkan kepada syaikh guru tarikat jua dan juga kepada kawan-kawan yang setarikat sahaja. Selain daripada mereka itu, semuanya diharam menceritakan mengikut kaedah tarikat sufiah kerana dibimbang jadi fitnah. Selain dari itu adalah menjadi kewajipan murid memberitahu kepada gurunya hal-hal tersebut dan juga hal-hal perubahan angin nafsunya.

Hal atau warid bagi mereka peringkat ini ialah terdapat rasa di hatinya perkara-perkara umpama di bawah:

1. Rasa kasihkan Allah.
2. Sentiasa berasa dalam taksirr (kesalahan).
3. Sentiasa dalam meminta ampun kepada Allah.
4. Rasa menyesal bila bersalah.
5. Dan lain-lain lagi.

Tetapi mereka dalam peringkat ini tidak sunyi dari datang rasa di hati sekali-sekala daripada sifat-sifat seperti ujub, ria, sumaah dan sebagainya. Mereka peringkat ini dikehendaki bahkan mustahak lagi supaya mereka meneruskan mujahadah dan beribadat dengan sungguh-sungguh hati dan mengikut tunjuk pesan guru mudah-mudahan mereka akan sampai pula ke sempadan nafsu mulhamah yang lebih baik lagi.

Perjalanan Nafsu Mulhamah (3)

Perjalanan hati (suluk) mereka dalam peringkat ini adalah terdapat rasa di hati sentiasa dalam keadaan pergantungan “atas Allah”. Zikir mereka dalam martabat ini adalah sentiasa hidup bersembunyi di “ruh” bukan kalbu lagi, iaitu batin bagi kalbu yang dinamakan “ruh”.

Martabat ini merupakan peringkat pertama bagi permulaan seringkali mendapat “fana” setelah mereka berjaya mendapat “syuhud” pada Allah SWT. Maqam ini mustahil tercapai jika tidak lebih dahulu mereka mendapat “nur” atau “waridah” yang menjadi alat utama pembersihan hati. Kejayaan mendapat nur itu adalah terhenti di atas kesungguhan amalan wirid tarikat dan mujahadah. Peringkat ini bererti sudah berbau dengan kewalian tetapi belum istiqamah (tetap). Peringkat ini lebih tinggi daripada peringkat lawwa-mah tadi.

Pengertian Fana Dan Syuhud

Yang dimaksudkan dengan fana di sini ialah bahawa seluruh makhluk ini bahkan termasuk juga dunia dan diri sendiri hilang kesemua sekali dalam ingatan hati kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan mesra kepada Allah jua dan terlenyap sama sekali kesedaran diri dan kesedaran pancaindera kerana ia dapat kemesraan yang maha agung kepada Allah yang Esa jua. Fana umpama ini tidak terjadi melainkan apabila ia tersyuhud kepada salah satu daripada perkara yang empat di bawah ini:

1. Af’al Allah.
2. Asmak Allah.
3. Sifat Allah.
4. Zat Allah.

Hati orang sufi yang telah suci bersih apabila ia teringat kepada perbuatan Allah (af’al Allah) atau kepada sifat-sifat Allah atau kepada zat Allah nescaya datanglah tak kesedaran kepada dirinya dan kepada yang lain kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan umpama itu; yang mana kita namakan “fana”. Fana ini juga digelarkan “Maqam al-Jamik

HAK ASASI MANUSIA VERSI TAUHID


HAK ASASI MANUSIA ( HAM) VERSI TAUHID

WAHIDIYAH MEMPERJUANGKAN HAM

Manusia modern menjunjung tinggi Hak Asasi Manusia ( HAM). Benarkah itu? Tentu jawabannya harus benar. Hanya saja, kebenaran itu masih perlu dipilah, dipilih, disaring mana yang tepat bagi manusia beriman Billah. Kita sangat perlu memahami apa itu hak asasi manusia. 
Ditilik dari arti secara umum, hak asasi manusia itu adalah hak yang diberikan oleh sang pencipta sejak manusia itu diciptakan dan jika hak itu tidak diberikan maka terjadi ketimpangan pada diri manusia itu. Ini arti hak asasi yang sesuai dengan kodrat manusia sebagai ciptaan. 

Kalau arti umum hak asasi manusia di luar ketuhanan atau mengesampingkan tuhan, kita semua memgetahui bahwa hak asasi manusia itu adalah hak hak yang dimiliki manusia sejak ada dalam kandungan. 

Sholawat Wahidiyah dan ajarannya, memberikan tuntunan kepada pengamalnya untuk memperjuangkan diri pribadi dan keluarga untuk sadar kepada Allah wa Rosulihi SAW hingga bebas dari berbagai macam belenggu terutama belenggu syirik di hadapan Allah. 
Wahidiyah memperjuangkan hak hak manusia dihadapan Allah. Hak hak manusia di hadapan sesama manusia. Hak hak manusia di hadapan mahluk lain. 

Beliau Pengasuh Perjuangan Wahidiyah RA memberi istilah hak hak Adamiyah yang harus kita terima. Selama hak hak Adamiyah yang betul betul Asasi,belum diterima manusia, bahkan bangsa jin, maka banyak hak hak asasi manusia yang dilanggar. Banyak hak hak asasi manusia yang dibelenggu bahkan dirusak oleh manusia itu sendiri.

Sementara di luar wahidiyah atau kita sebut Hak Asasi Manusia Non Tauhid, kita bisa mengetahui melalui pengertian dari hak asasi secara umum sudah banyak kita ketahui terutama mereka yang mengenyam bangku pendidikan atau mereka yang berfikiran modern. 

Hak asasi manusia versi tauhid dengan versi non tauhid jelas berbeda. Hak asasi non tauhid, sangat kental sekali tampak menjunjung harkat manusia setinggi tingginya.  Semua arahnya kepada hak keduniaan dari manusia itu sendiri 
Jenis dan Macam Hak Asasi Manusia umum secara internasional mengakui antara lain:
1. Hak asasi pribadi / personal Right
2. Hak asasi politik / Political Right
3. Hak azasi hukum / Legal Equality Right
4. Hak azasi Ekonomi / Property Rigths
5. Hak Asasi Peradilan / Procedural Rights
6. Hak asasi sosial budaya / Social Culture Right

Masih banyak lagi hak hak asasi manusia yang sifatnya menghancurkan tauhid. Selama yang menentukan hukum bukan orang beriman Billah, pasti terjadi penyimpanan tauhid. Jika pelaku hak asasi itu sendiri tidak Billah, pasti terjadi pemaksaan sebab tidak pada porsinya walaupun dunia internasional mengukuhkannya.. Jika kita sendiri ini juga tidak Billah, pasti kita sedang berbuat tidak tepat dan melanggar hak hak manusia pada umumnya dan hak pada diri sendiri khususnya. 

Sedangkan hak hak manusia menurut versi tauhid sangat dan sangat asasi. Hak yang sangat mendasar. Jika hak itu tidak diterima, maka akan terjadi kerusakan pada diri manusia bahkan alam semesta. Ekosistem terjadi keos dan tidak berjalan.

Hak asasi versi tauhid sangat esensial. Yaitu:
1. Hak diberi hidup dan mati tanpa harus diminta. 
2. Hak dirawat dan dilindungi. 
3. Hak ditolong dan disayangi. 

Hak paling asasi, secara inti hanya satu yaitu diberi oleh yang maha memberi atau dengan kata lain diciptakan dan digerakkan. 

Manusia akan menyadari hak hak yang paling asasi ketika pemberian atau pertolongan sudah digeser apalagi dihentikan.  Dalam hal ini manusia menjadi obyek asasi dari tuhan Allah. Dari sini maka ajaran Wahidiyah dihadirkan dipermukaan ini. Ajaran Wahidiyah merupakan ajaran yang haq dan asasi yang wajib diterima oleh manusia dan termasuk bangsa jin tanpa terkecuali.

Manusia yang sudah Billah pasti sudah menerapkan hak asasi manusia itu sendiri tanpa harus diminta. Manusia yang menerapkan hak asasi itu pasti terlepas dari hukum baik hukum Allah maupun hukum sesama manusia bahkan hukum kepada mahluk pada umumnya. 
Manusia yang belum menerapkan ajaran Wahidiyah pasti masih senantiasa korupsi. Terutama korupsi kepada dirinya sendiri. 

Wassalamu'alaikum wr wb. 

Selasa, 09 Februari 2016

SIFAT BUTUH

MANUSIA TUNDUK KEPADA SIFAT BUTUH

Bismillahir rohmaanir rohiim
Assalamu'alaikum wr wb

Allah Azza wa jalla, hadir dipermukaan langit dan bumi dalam wujud sifat ( asmaul husna). Yang pada hakikatnya, tidak ada sifat tanpa keberadaan Dzat Allah itu sendiri. Keberadaan langit dan bumi baik yang tampak atau yang samar merupakan perbuatan dari sifat Allah dalam wujut Nur.
Sebagian manusia yang diberi iman Dzaukiyah apalagi iman Musyahadah, baik secara Qoblahu, Ba'dahu terutama Halan, akan diberi bisa menyaksikan kehadiran Allah dalam segala sesuatu termasuk pada dirinya sendiri.  Sehingga dia tidak menyaksikan dirinya sendiri alias mahluk tidak menjadi acara baginya termasuk manusia itu sendiri. Hanya Allah yang wujud. Selain Allah tidak ada. ( Laa Maujuda Illalloh menjadi manifastasi dari Laa ilaaha Illalloh muhammadur rosululloh).
Selain keadaan kesadaran tersebut, manusia senantiasa dalam keadaan syirik.

Manusia itu mau mengakui atau tidak, sudah diciptakan dalam keadaan lemah. Ketika manusia lepas dari kesadaran akan kelemahannya, dia tidak menyadari bahwa dia butuh pertolongan Allah.
Manusia sederhana hanya melihat kebutuhannya saja. Ada yang lebih sederhana lagi dia hanya melihat yang dibutuhkan tanpa melihat bagaimana kebutuhannya itu bisa terpenuhi. Yang paling sederhana yaitu manusia yang tidak merasa butuh sebab kebutuhan itu sendiri sudah menyatu dengan dirinya. Akan tetapi, disini terdapat dua sisi manusia yang saling bertolak belakang bagaikan dua sisi mata uang.
Yang pertama dia tidak merasa butuh sebab tertutup kesadaran.
Yang kedua dia tidak merasa butuh sebab sudah dipenuhi kesadaran oleh Allah yang memberi sifat butuh. Maka kebutuhannya juga tidak menjadi tujuan maupun acara bagi dirinya. Jika dia berbuat, bukan sebab ingin terpenuhi kebutuhannya akan tetapi sifat butuh itu sendiri yang memenuhi kebutuhannya. Atau dengan bahasa lain bahwa sifat butuh itu sendiri yang mengarahkan manusia untuk bertemu dengan kebutuhan sebab manusia tidak akan bisa memenuhi kebutuhannya. Namun sekali lagi bahwa kesadaran itu menjadi pembuka yang kita ketahui hal itu sebagai hidayah.

Manusia yang tidak sadar, dia tidak merasa butuh akan tetapi memperkosa kebutuhan menurut kemauannya. Di sinilah kebanyakan manusia dalam keadaan tidak sadar kepada Allah termasuk kami sendiri tentunya.
Pertolongan Allah senantiasa datang kepada mahluk. Datangnya pertolongan itu ibarat matahari yang bersinar menerangi jagad raya ini. Jika sinar matahari itu berhenti, maka alam jagad raya ini akan gelap gulita. Hanya sekedar terhalang awan saja kita sudah melihat keredupan. Akan tetapi masih bisa melihat. Atau bahkan matahari hanya sekedar tenggelam keadaan menjadi malam dan gelap gulita. Kitapun masih tetap bisa melihat sebab cahaya itu masih mendatangi bintang bintang yang memantul kepada mata kita.
Begitulah pertolongan Allah senantiasa datang kepada manusia dan semua mahluknya.
Ini baru sekedar contoh sinar matahari. Sementara pertolongan Allah tidak terbatas  hanya sekedar itu. Kita perlu menyadari betapa besar tak terhingga pertolongan Allah. Jika sekiranya pertolongan Allah berhenti satu detik saja maka manusia dan alam semesta ini hancur berantakan.
Semua pertolongan Allah berjalam secara alami. Dalam memberikan pertolongan Allah menggunakan makhluk. Tidak ada pertolongan yang diberikan secara langsung. Begitu juga sebaliknya bagi mahluk. Semua mahluk memohon atau menerima pertolongan melalui mahluk. Tidak ada mahluk yang memohon atau menerima pertolongan secara langsung. Jika pertolongan Allah diberikan kepada manusia dari arah yang tak terduga atau arah yang tidak diperhitungkan oleh manusia, sebab Allah memberi dengan kemauan Allah sendiri dan bukan atas dasar kemauan mahluk atau manusia. Allah memberi dengan caranya Allah sendiri. Allah memberi bukan sebab permintaan manusia.
Melihat kenyataan ini, semoga kita semua manusia diberi taufiq hidayah Allah sebanyak banyaknya.
Semoga kesadaran senantiasa memenuhi diri kita hingga tidak ada satu aktifitas kita yang keluar dari ajaran Wahidiyah.
Semoga kita diberi bisa mengikuti dan mengamalkan amalan sholawat Wahidiyah sekaligus menerapkan ajarannya.
Semoga baginda Ghoutsi Hadzaz Zaman tidak jemu ( waleh = jawa) menuntun jiwa kita. Sebab sifat butuh itu sepintas ibarat sekali tiga uang dengan nafsu manusia. Hanya kesadaran yang bisa membedakan mana hawa nafsu dan mana sifat butuh.

Wassalamu'alaikum wr wb.

Senin, 08 Februari 2016

KESABARAN RASULULLAH BERDEPAN DENGAN PENGHINAAN DARI GOLONGAN MUNAFIK....(15).....AKHLAK SABAR SAW



Hadis Usamah bin Zaid r.a:
Sesungguhnya pada suatu hari Nabi s.a.w menaiki seekor keldai yang berpelana dan di bawahnya ada kain selimut yang agak lusuh buatan Fadakiah. Sementara itu Usamah mengikuti dari belakang baginda untuk menjenguk Saad bin Ubadah di kalangan Bani Al-Harith bin Al-Khazraj. Peristiwa itu terjadi sebelum peperangan Badar. Semasa dalam perjalanan tersebut baginda telah pergi ke suatu majlis yang bercampur di antara kaum Muslimin dengan orang-orang Musyrikin yang menyembah berhala dan orang-orang Yahudi.
Di dalam majlis tersebut terdapat orang yang bernama Abdullah bin Ubai dan Abdullah bin Rawahah. Ketika majlis tersebut ditutupi oleh debu-debu yang berterbangan dari tapak kaki binatang, Abdullah bin Ubai menutup hidungnya dengan kain serban agar tidak dimasuki oleh debu-debu tersebut......

Oleh kerana tidak tertahan dengan debu itu, Abdullah bin Ubai berkata: Jangan taburkan debu padaku. (Setelah beliau terlebih dahulu berada di samping mereka), Nabi s.a.w kemudiannya berhenti dan turun dari keldainya, kemudian baginda menyeru mereka kepada Allah dengan membacakan beberapa potong ayat Al-Quran. 

Setelah mendengarnya, Abdullah bin Ubai berkata: Wahai seseorang! Aku kira lebih baik kamu duduk di rumah saja sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka janganlah kamu menyakiti kami di majlis kami sendiri. Pulanglah kamu ke rumahmu. Sesiapa di antara kami yang datang kepadamu, maka ceritakanlah kepadanya. Seterusnya Abdullah bin Rawahah berkata: Sertailah majlis kami, sesungguhnya kami lebih menyukainya. 

Oleh itu orang-orang Islam sendiri, orang-orang musyrik dan juga orang-orang Yahudi yang hadir di dalam majlis tersebut semuanya mencaci maki Nabi s.a.w seolah-olah mereka mahu menerkam baginda. Namun begitu Nabi s.a.w tetap tenang dengan sikap dan karenah mereka. Sementara itu baginda tanpa banyak bicara terus menaiki keldainya ke tempat Saad bin Ubadah, lalu Nabi s.a.w bersabda: Wahai Saad! Apakah kamu tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Abu Hubad beliau menyuruh Abdullah bin Ubai berkata begini dan begini? Saad bin Ubadah cuba menghiburkan baginda dengan berkata: Maafkanlah beliau wahai Rasulullah! Maafkanlah beliau. 

Demi Allah, tuhan engkau (baginda) telah memberikan apa yang memang hendak Dia berikan kepada engkau (baginda). Sesungguhnya penduduk Madinah ini sudah ramai yang bergabung dan menaikkan engkau (baginda). Kalau sekiranya Allah menarik semula perkara itu dengan kebenaran yang telah Dia berikan kepada engkau, itu bererti ada yang masih belum sempurna. Nabi s.a.w dapat memahami ucapan Saad tersebut dan akhirnya baginda memaafkan perbuatan Abdullah bin Ubai.