Sabtu, 18 Mei 2013

SYARAH AL HIKAM 24 (VERSI TO’ FAKIR) : SIFAT KEHIDUPAN DUNIAWI

Menurut Kalam Hikmah ke 24 , Imam Ibnu Athaillah Askandary

JANGAN MENGHAIRANKAN KAMU LANTARAN TERJADI KEKERUHAN KETIKA KAMU BERADA DI DALAM DUNIA KERANA SESUNGGUHNYA KEKERUHAN ITU TIDAK TERJADI MELAINKAN KERANA BEGITULAH YANG PATUT TERJADI DAN ITULAH SIFATNYA (DUNIA) YANG ASLI.

Hikmat yang lalu menyingkap halangan secara umum dan  Hikmat 32 ini pula mengkhususkan kepada dunia sebagai hijab yang menutupi pandangan hati terhadap Allah s.w.t. Halangan inilah yang banyak dihadapi oleh manusia. Manusia menghadapi peristiwa yang berlaku di dalam dunia dengan salah satu dari dua sikap iaitu sama ada mereka melihat apa yang terjadi adalah akibat perbuatan makhluk ataupun mereka memandangnya sebagai perbuatan Tuhan. Hikmat 32 ini menjuruskan kepada golongan yang melihat peristiwa yang berlaku dalam dunia sebagai perbuatan Tuhan tetapi mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Tuhan dalam perbuatan-Nya.

 Manusia yang telah memperolehi keinsafan dan hatinya sudah beransur bersih, dia akan cenderung untuk mencari kesempurnaan. Dia sangat ingin untuk melihat syariat Allah s.w.t menjadi yang termulia di atas muka bumi ini. Dia sangat ingin melihat umat Nabi Muhammad s.a.w menjadi pemimpin kepada sekalian umat manusia. Dia ingin melihat semua umat manusia hidup rukun damai Dia inginkan segala yang baik-baik dan sanggup berkorban untuk mendatangkan kebaikan kepada dunia. Begitulah sebahagian daripada keinginan yang lahir di dalam hati orang yang hatinya sudah beransur bersih. Tetapi, apa yang terjadi adalah kebalikan daripada apa yang menjadi hasrat murni si hamba Allah s.w.t yang insaf itu. Huru hara berlaku dimana-mana. Pembunuhan berlaku di sana sini. Umat Islam ditindas di merata tempat. Kezaliman dan ketidak-adilan berlaku dengan berleluasa. Seruan kepada kebaikan tidak diendahkan. Ajakan kepada perdamaian tidak dipedulikan. Perbuatan maksiat terus juga dilakukan tanpa segan-silu.

Si hamba tadi melihat kekeruhan yang terjadi di dalam dunia dan merasakan seperti mata tombak menikam ke dalam hatinya. Hatinya merintih, “Agama-Mu dipermainkan, di manakah pembelaan dari-Mu wahai Tuhan! Umat Islam ditindas, di manakah pertolongan-Mu Wahai Tuhan! Seruan kepada jalanMu tidak disambut, apakah Engkau hanya berdiam diri wahai Tuhan! Manusia melakukan kezaliman, kemaksiatan dan kemunkaran, apakah Engkau hanya membiarkan wahai Tuhan?” Beginilah keadaan hati orang yang berasa hairan melihat kekeruhan kehidupan dunia ini dan dia tidak berkuasa menjernihkannya. Allah s.w.t menjawab keluhan hamba-Nya dengan firmanNya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya”. ( Ayat 30 : Surah al-Baqarah )

Para malaikat sudah dapat membayangkan tentang kehidupan dunia yang akan dijalani oleh makhluk berbangsa manusia sebelum lagi manusia pertama diciptakan. Sifat dunia yang dinyatakan oleh malaikat ialah huru-hara dan pertumpahan darah. Dunia adalah ibu sementara huru-hara dan pertumpahan darah adalah anaknya. Ibu tidak melahirkan kecuali anak dari jenisnya juga. Kelahiran huru-hara, peperangan, pembunuhan dan sebagainya di dalam dunia adalah sesuatu yang seharusnya terjadi di dalam dunia, maka tidak perlu dihairankan. Jika terdapat kedamaian dan keharmonian di sana sini di dalam dunia, itu adalah sagu-hati  atau kelahiran yang tidak mengikut sifat ibunya. Seterusnya Allah s.w.t menceritakan tentang dunia:

Allah berfirman, “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah  kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)”. ( Ayat 24 : Surah al-A’raaf )

Allah berfirman lagi : “Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”. ( Ayat 25 : Surah al-A’raaf)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke  syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang  yang terpedaya. ( Ayat 185 : Surah a-li ‘Imraan )

 Allah s.w.t menerangkan dengan jelas tentang sifat-sifat dunia yang dihuni oleh manusia. Manusia bermusuhan sesama sendiri, saling rosak merosakkan dan kesenangannya adalah tipu daya. Segala perkiraan dan pembalasan yang berlaku di dalam dunia ini tidak sempurna.

 Manusia dibahagikan kepada dua golongan iaitu yang beriman dan yang tidak beriman. Golongan yang tidak beriman menerima upah terhadap kebaikan yang mereka lakukan semasa di dunia ini lagi dan di akhirat kelak mereka tidak boleh  menuntut apa-apa lagi dari Tuhan. Janganlah menghairankan dan mendukacitakan sekiranya Tuhan membalas kebaikan mereka ketika mereka masih hidup di dalam dunia dengan memberikan kepada mereka berbagai-bagai kelebihan dan kemewahan. Mereka tidak berhak lagi menuntut nikmat akhirat dan tempat kembali mereka di sana kelak ialah neraka jahanam. Begitu juga janganlah menghairankan dan mendukacitakan sekiranya orang-orang yang beriman dan beramal salih terpaksa menghadapi penderitaan dan penghinaan semasa hidup di dunia. Dunia ini tidak layak menjadi tempat buat Allah s.w.t membalas kebaikan mereka. Balasan kebaikan dari Allah s.w.t sangat tinggi nilainya, sangat mulia dan sangat agung, tidak layak dimuatkan di dalam dunia yang hina dan rendah ini. Dunia hanyalah tempat hidup, beramal dan mati. Bila berlaku kiamat kita akan dibangkitkan dan menunggu kita adalah negeri yang abadi.

KITAB AL-HIKAM HIKMAH KE 24 (SYARAH UST BARI) : KENALI SIFAT DUNIA

Menurut Kalam Hikmah ke 24 , Imam Ibnu Athaillah Askandary       

"JANGAN HAIRAN DENGAN TERJADINYA PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BAIK SELAGI ENGKAU MASIH DI ALAM INI, KERANA DUNIA HANYA MEMBERIKAN APA YANG TELAH MENJADI SIFATNYA "


Pelajaran yang boleh kita ambil dari hikmah ini :

Dunia dijadikan oleh Allah swt sebagai tempat beramal untuk kehidupan yang abadi di akhirat kelak, dia dipenuhi dengan ujian, kesulitan,kesedehan dan bebagai macam cobaan, dan hanya menggantungkan kepada sumber kebahagiaan yang hakiki, hanya menggantungkan dan menyerahkannya kepada Allah.

Keredhaan dengan apa yang telah dipilih oleh Allah untuk kita adalah tingkatan kesabaran yang paling tinggi, seorang mukmin tidak lagi merasakan kesulitan yang dia hadapi sebagai penghalang untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki, dia tidak menganggap perintah dan larangan Allah sebagai suatu yang mempersempit kehidupannya, dan jika di dalam hatinya muncul rasa berat untuk melaksanakan perintah-Nya, dia akan tetap melaksanakannya dan menghiasi hatinya dengan indahnya kesabaran, rasulullah bersabda :

                 "Jika engkau mampu beramal untuk Allah dengan penuh keredhoan dan keyakinan maka lakukanlah, dan jika tidak mampu ( maka bersabarlah ) sesungguhnya didalam kesabaran menjalankan apa yang tidak engkau sukai terdapat kebaikan yang banyak "                                       
HR : al-Bahaqi dalam kitab syuabul iman

HIKAM ATAILLAH KE 24 (SYARAH TO’KU LI): KESULITAN DAN RINTANGAN LUMRAH KEHIDUPAN

Menurut Kalam Hikmah ke 24 , Imam Ibnu Athaillah Askandary

 “ Jangan merasa gusar terjadinya pelbagai kesulitan selagi anda masih berada di dunia ini, lantaran apa jua kesulitan yang menimpa itu adalah yang sepatutnya bersifat demikian dan mestilah ia bersifat demikian.”
Allah SWT telah menjadikan kehidupan dunia sebagai medan yang dipenuhi dengan ujian dan fitnah ke atas manusia.Tujuannya supaya manusia menghadapinya dengan penuh kesabaran dan sifat-sifat murni yang lain.Setelah mereka berjaya melepasi ujian dan fitnah itu mereka akan kembali kepada Allah untuk menerima ganjaran keredhaan,keampunan dan rahmat Allah.Sehubungan ini Allah SWT menyatakan :

Mafhumnya : Setiap jiwa pasti merasai kematian,dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan,dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. ( Surah Al-Anbiya` ayat 35 )
 Kesulitan adalah sesuatu yang lazim dan lumrah dalam kehidupan dunia sehingga seorang sufi yang bernama Ja’afar al-Shadiq berkata :

Maksudnya : Barangsiapa yang mencari sesuatu yang tidak diciptakan Allah, sudah tentu ia adalah pencarian yang meletihkan dan tidak ada rezeki baginya.

Orang ramai bertanya apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang tidak dicipta Allah di dunia ini.Jawab al-Shodiq : Istirehat di dunia ini.
Sehubungan ini sufi al-Shodiq berkata lagi :

Maksudnya :Anda mencari kerehatan di dunia yang fana` ini, rugilah seseorang yang mencari sesuatu yang tidak ada.

 Ibn Mas’ud r.a. merumuskan sifat yang lazim bagi dunia dengan katanya :
Maksudnya :Dunia adalah negeri kesusahan dan kedukacitaan,maka andainya terdapat kesusahan di dunia anggaplah ia satu keberuntungan.

Syeikh Junaid al-Baghdadi mengupas apa yang disuarakan oleh Ibn Mas’ud r.a. dengan katanya : Aku tidak tertarik terhadap dunia yang kadang-kadang ia datang kepadaku, dalam hal ini aku telah menetapkan bahawa bahawa dunia ini tempat manusia bersusah payah dan bergundah gulana,tempat yang dipenuhi bala` dan fitnah.Sesungguhnya alam ini penuh dengan kejahatan sesetengah daripada falsafah alam ini ialah ia mendatangi aku dengan apa yang aku tidak senangi,maka jika ia datang dengan apa yang ku senangi itu adalah suatu anugerah,dan jika tidak maka yang asal ialah ketetapan ku yang awal tadi.

Abu Turab r.a. berkata : Wahai manusia ! kamu mencintai 3 perkara walhal yang ketiga bukan milikmu :

1          Kamu mencintai dirimu,pada hal ia adalah milik hawa nafsu,

2          kamu mencintai ruh mu pada hal nyawa adalah milik Allah,

3          kamu mencintai hartamu padahal adalah milik waris yang bertukar ganti,turun temurun.

Setelah kita insafi semua itu tentang dunia ini maka jadikanlah dunia ini tempat beramal dan berbekal demi perjalanan yang jauh.Beramal dalam ruang lingkup yang luas.Sabar adalah senjata dan teman yang paling berguna dalam menempuh dugaan dunia ini lantaran itu Allah SWT menyatakan :

Mafhumnya : “…Hanya sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar dengan pahala yang cukup tanpa batasan lagi. ( Surah Az-Zumar ayat 10 )
Saidina Ali KarramaLlahu wajhah mengupas kesabaran dengan katanya :

Mafhumnya :Sabar itu sebahagian daripada iman yang berkedudukan seperti kepala bagi sebatang tubuh.Tidak ada gunanya sebatang tubuh yang tidak berkepala dan tidak ertinya keimanan bagi orang tiada kesabaran.

TOKOH SUFI KLASIK MA’RUF AL-KARKHI KE 2: DI BAWAH BIMBINGAN DAUD AT TA’I

Setelah itu Ma'ruf belajar di bawah bimbingan Daud at-Ta'i dan menjalani disiplin diri yang keras. Terbuktilah bahwa ia sedemikian taat beragama dan mempraktekkan disiplin yang sedemikian keras-nya sehingga ketabahannya itu menjadi termasyhur ke mana-mana.

Muhammad bin Manshur at-Tusi meriwayatkan pertemuannya dengan Ma'ruf di kota Baghdad. "Kulihat di wajahnya ada goresan bekas luka. Aku bertanya kepadanya: 'Kemarin aku bersamamu tetapi tidak terlihat olehku bekas luka ini. Bekas apakah ini?' Ma'ruf menjawab: 'Jangan hiraukan segala sesuatu yang bukan urusanmu. Tanyakanlah hal-hal yang berfaedah bagi dirimu. Tetapi aku terus mendesak Ma'ruf: Demi hak Allah yang kita sembah, jelaskanlah kepadaku,

Maka berkatalah Ma'ruf: "Kemarin malam aku berdoa semoga aku dapat ke Mekkah dan mengelilingi Ka'bah. Doaku itu terkabul.

Ketika hendak minum di sumur zamzam aku tergelincir dan mukaku terbentur ke sumur itu. Itulah yang menyebabkan bekas luka itu".

Pada suatu ketika Ma'ruf turun ke sungai Tigris dengan maksud hendak bersuci. Al-Qur'an dan sajadahnya tertinggal di masjid. Seorang wanita tua masuk ke masjid, mengambil dan membawa kabur al-Qur'an beserta sajadah itu. Ma'ruf segera mengejarnya. Setelah wanita itu tersusul, sambil menundukkan kepala agar tidak sampai memandang wajah wanita itu, Ma'ruf bertanya:

"Apakah engkau mempunyai seorang putera yang dapat membaca al-Qur'an?"

"Tidak", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, kembalikanlah al-Qur'an itu kepadaku. Sajadah itu biarlah untukmu".

Perempuan itu terheran-heran akan kemurahan hati Ma'ruf, maka baik al-Qur'an maupun sajadah itu diserahkannya kembali.

Tetapi Ma'ruf mendesak: 'Tidak, ambillah sajadah ini; Sajadah ini adalah hakmu yang halal".

Si wanita bergegas meninggalkan tempat itu dengan perasaan malu dan tak habis pikir.

TOKOH SUFI KLASIK MA’RUF AL-KARKHI KE 1 : MENGAPA MA'RUF AL-KARKHI MENGANUT AGAMA ISLAM

Kedua orang tua Ma'ruf al-Karkhi beragama Kristen. Di sekolah, gurunya pernah berkata: "Tuhan adalah yang ketiga dari yang bertiga".

Ma'ruf membantah: "Tidak, Tuhan itu adalah Allah yang Esa'.

Si guru memukul Ma'ruf tetapi ia tetap dengan bantahannya. Pada suatu hari kepala sekolah memukuli Ma'ruf habis-habisan. Karena itu Ma'ruf melarikan diri dan tidak seorang pun tahu ke mana perginya. Kedua orang tua Ma'ruf berkata:

"Asalkan dia mau pulang, agama apa pun yang hendak dianut-nya akan kami anut pula".

Ma'ruf menghadap 'Ali bin Musa ar-Riza yang kemudian membimbingnya ke dalam Islam. Beberapa lama telah berlalu. Pada suatu hari Ma'ruf pulang dan mengetuk pintu rumah orang tuanya.

"Siapakah itu?", tanya kedua orang tuanya. "Ma'ruf", jawabnya.
"Agama apakah yang telah engkau anut?" "Agama Muhammad Rasulullah". Ayah-bundanya segera menganut agama Islam pula

Senin, 13 Mei 2013

TOKOH SUFI KLASIK SAHL AT TUSTARI BAHAGIAN 5 : BERJALAN DI ATAS AIR

Sahl sering berjalan di atas air tanpa sedikit pun kakinya menjadi basah. Seseorang berkata kepada Sahl:
"Orang-orang berkata bahwa engkau dapat berjalan di atas air".
"Tanyakanlah kepada muazzin di masjid ini", jawab Sahl. "Ia adalah seorang yang dapat dipercayai".
Kemudian orang itu mengisahkan:
'Telah kutanyakan si Muazzin dan ia menjawab: 'Aku tak pernah menyaksikan hai itu. Tetapi beberapa hari yang lalu, ketika hendak bersuci, Sahl tergelincir ke dalam kulah, dan seandainya aku tidak ada di tempat itu niscaya ia telah binasa".


Ketika Abu Ah bin Daqqaq mendengar kisah ini, la pun berkata:
"Sahl mempunyai berbagai kesaktian, tetapi ia ingin menyembunyikan hai itu".

TOKOH SUFI KLASIK SAHL AT TUSTARI BAHAGIAN 6: PENGGANTINYA

Setelah lama bertirakat malam dan melakukan disiplin diri yang keras, kesehatan Sahl terganggu, ia menderita penyakit blennorrhoea yang parah, sehingga setiap sebentar ia harus ke kamar kecil. Karena itu ia selalu menyediakan sebuah guci di dekatnya. Tetapi menjelang waktu-waktu shalat penyakit itu reda dan ia dapat bersuci dan melakukan ibadah. Apabila ia naik ke atas mimbar, ia sama sekali menjadi segar bugar tanpa keluhan sedikit pun juga. Tetapi begitu ia turun dari mimbar, penyakit itu datang kembali. Walau dalam keadaan seperti ini tapi ia tak pernah melalaikan perintah Allah.

Menjelang ajalnya ia ditemani oleh keempat ratus orang muridnya. Mereka bertanya kepada Sahl:

"Siapakah yang akan duduk di tempatmu dan siapakah yang akan berkhotbah di atas mimbar sebagai penggantimu?"
Pada waktu itu ada seseorang penganut agama Zoroaster yang bernama Syadh-Dil.


"Yang akan menggantikanku adalah Syadh-Dil", jawab Sahl sambil membuka matanya.
"Syeikh sudah tidak dapat berpikir waras lagi", murid-muridnya saling berbisik.
"Ia mempunyai empat ratus orang murid, semuanya orang-orang terpelajar dan taat beragama, tetapi yang diangkatnya sebagai penggantinya adalah seorang penganut agama Zoroaster".
"Hentikan omelan-omelan kalian. Bawalah Syadh-Dil kepadaku", teriak Sahl.
Murid-murid Sahl segera menjemput si penganut agama Zoroaster itu. Ketika melihat Syadh-Dil berkatalah Sahl kepadanya:


"Tiga hari setelah kematianku, setelah shalat 'Ashar, naiklah ke atas mimbar dan berkhotbahlah sebagai penggantiku".
Setelah mengucapkan kata-kata itu Sahl menghembuskan nafas-nya yang terakhir. Tiga hari kemudian setelah shalat 'Ashar, masjid semakin penuh sesak. Syadh-Dil masuk dan naik ke atas mimbar, semua orang melongo menyaksikannya.

"Apakah arti semua ini? Seorang penganut agama Zoroaster yang mengenakan topi Majusi dan sabuk pinggang Majusi!"

Syadh-Dil mulai berkhotbah:

"Pemimpin kalian telah mengangkat diriku sebagai wakilnya. Dia bertanya kepadaku: 'Syadh-Dil, belum tibakah saatnya engkau memutus sabuk Majusi dari pinggangmu?' Kini saksikanlah oleh kalian semua, akan kuputuskan sabukku ini".

Dikeluarkannya sebuah pisau dan diputuskannya sabuk pinggang yang dikenakannya itu. Kemudian Syadh-Dil meneruskan:

"Pemimpin kalian kemudian bertanya pula: 'Belum tibakah saatnya engkau melepaskan topi Majusi dari kepalamu?'. Kini saksikanlah oleh kalian semua, kulepaskan topi ini dari kepalaku".

Kemudian Syadh-Dil berseru:

"Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Syeikh juga me-nyuruhku untuk mengatakan kepada kalian: 'Dia yang menjadi syeikh dan guru kalian telah memberikan nasehat yang baik kepada kalian, dan kewajiban seorang murid adalah menerima nasehat guru-nya. Saksikanlah oleh kalian betapa Syadh-Dil telah memutuskan sabuknya yang terlihat. Jika kalian ingin bersua dengan aku di Hari berbangkit nanti, kepada setiap orang di antara kalian aku serukan, putuskanlah sabuk di dalam hatimu' ".

Semua jama'ah menjadi gempar ketika Syadh-Dil selesai berkhotbah dan manifestasi-manifestasi spiritual yang mengherankan terjadilah.