Rabu, 05 September 2012

NASIHAT 3 : ILMU DIAMALKAN BERMANFAAT (IMAM AL GHAZALI AYYUH AL-WALAD)


PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)

Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh

Wahai anakku,Janganlah engkau muflis dalam amalan serta janganlah kamu melakukan perkara yang tidak berfaedah.Ingatlah bahawa hanya berbekal ilmu tanpa amal belum boleh menjamin keselamatanmu diakhirat nanti.Misalnya,seandainya seseorang memiliki sepuluh bilah pedang yang tajam dan pelbagai senjata lain.Dia juga seorang yang berani dan sangat handal dalam seluk beluk peperangan.Kemudian datang seekor singa tangkas terus menyerangnya.Adakah cukup dia mempunyai pelbagai senjata yang canggih tetapi tanpa menggunakannya,sudah tentu dia tidak akan dapat menangkis serangan singa itu.Segala senjata itu berguna apabila ia digunakan oleh pemiliknya itu.
 Demikian juga seseorang yang menguasai ratusan ilmu sedangkan dia tidak beramal dengannya,nescaya segala ilmu tersebut tidak akan memberi manfa’at.Analogi yang sama boleh dimisalkan dengan seseorang yang ditimpa demam kuning panas yang dinasihatkan oleh doktor supaya dia meminum ubat sekanjabin dan kaskab.Dia tidak akan sembuh sehingga pesakit itu meminum ubat tersebut.


Sehubungan dipetik satu syair Parsi yang bermaksud:”Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya.

Justeru itu,walaupun anda menuntut ilmu seratus tahun lamanya dan menghimpunkan seribu buah kitab,anda masih belum mendapat rahmat Allah kecuali setelah anda mengamal dan menghayati semua ilmu tersebut
.Dalam konteks ini Allah SWT berfirman:
   
وان ليس للانسان الا ما سعى

Maksudnya: “Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu kecuali apa yang diusahakannya.”(Surah al-Najm ayat 39)

Dan firman Allah lagi;
فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا

Maksudnya: ”Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Tuhannya,maka hendaklah dia beramal dengan amalan yang sholeh.”(S.Al-Kahf ayat 110).

Firman Allah lagi:
                                          جزاء بما كانوا يكسبون            
Mafhumnya:  ”(Balasan yang diberikan kepada mereka) adalah sebagai ganjaran bagi apa yang diusahakan oleh mereka.”Surah at-Taubah ayat 82.

Firman Allah lagi:
ان الذين ءامنوا وعملوا الصالحات كانت لهم جنات الفردوس نزلا  خالدين فيها لا يبغون عنها حولا
Maksudnya:  ”Sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal sholeh nescaya mereka akan dikurniakan syurga firdaus sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal didalamnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripada kediaman mereka itu.”Surah Al-Kahf ayat 107-108).

Firman Allah lagi:
الا من تاب وءامن وعمل عملا صالحا
Maksudnya:  ”Melainkan orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amalan sholeh.” Surah al-Furqan ayat 70.

 Apabila anda tidak beramal dengan ilmu maka apakah respons anda terhadap hadis berikut:
بني الاسلام علي خمس شهادة ان لا اله الا الله وان محمدا رسول الله واقام الصلاة وايتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت لمن استطاع اليه سبيلا
Mafhumnya:  Islam itu ditegakkan atas 5 perkara:Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah,mendirikan sholat,mengeluarkan zakat,berpuasa Ramadhan,mengerjakan haji ke BaituLlah bagi mereka yang berupaya.”

Iman itu perkataan dengan lidah,membenarkannya dengan hati dan melaksanakannya dengan pancaindera.Dalil yang menuntut kita beramal amat banyak.Walaupun seseorang itu masuk syurga dengan rahmat Allah,namun ianya tercapai dengan taat dan ibadah.Rahmat Allah amat hampir dengan orang yang berbuat baik.Sebelum ke syurga kita perlu melalui dugaan2 besar.Ujian pertama ialah iman.Apabila kita mati dalam keadaan beriman,adakah kita muflis dari segi amal.Hasan Basri berkata:Allah berfirman kepada hamba2Nya di akhirat:Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmatKu,dan tentukan kedudukan kamu mengikut amalan masing-masing.

NASIHAT 2 : BAGAIMANA SEWAJARNYA KITA MENERIMA NASIHAT ( IMAM AL GHAZALI AYYUH AL-WALAD)


PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)

Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang beratnya ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia,kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap  bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup untuk menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya mala dia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i’tiqad  dan aliran pemikiran ahli falsafah.SubhanaLlah,alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.Bukankah dia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu,nanti di akhirat kelak dia akan dipersoalkan dengan soalan yang lebih berat daripada orang-orang yang tidak tahu apa-apa.Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:


اشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لا ينفعه الله بعلمه

 Mafhumnya:”Orang yang paling pedih seksaannya pada hari qiyamat nanti ialah seorang alim yang Allah tidak memanfaat ilmunya

 Diriwayatkan oleh Syeikh Junaid al-Baghdadi bahawa seorang yang telah bermimpi  bertemu dengannya di waktu tidur selepas kematiannya.Lalu orang itu bertanya kepada Al-Junaid:Apa khabarmu wahai Abu al-Qasim.Lalu Sheikh menjawab :Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan ilmu yang batin  Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.

NASIHAT 1 : WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN ( IMAM AL GHAZALI AYYUH AL-WALAD)

PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)

Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh

Wahai anakku yang tercinta,sebahagian daripada nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya ialah:

علامة اعراض الله تعالي عن العبد اشتغاله بما لا يعنيه وان امراء ذهبت ساعة من عمره في غير ما خلق له من العبادة لجدير

ان تطول عليه حسرته ومن جاوزالاءربعين ولم يغلب خيره علي شره فليتجهز الي النار

 Mafhumnya:

Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta’ala daripada seseorang hamba apabila dia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada sesuatu hal yang bukan menjadi tujuan hidupnya (yakni beribadat kepada Allah) maka layaklah panjang penyesalannya (diakhirat kelak) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum menguasai kejahatannya maka layaklah dia mempersiapkan diri untuk ke neraka.”

Sebenarnya sekadar ini pun sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

SOAL JAWAB RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS LAKANATULLAH

Nukilan Syeikh Muhyiddin Ibn ‘Arabi

Segala puji hanya milik Tuhan semesta alam. Shalawat dan salam sejahtera semoga senantiasa dilimpahkan kepada seorang Nabi yang Ummi, Muhammad saw., dan kepada keluarganya yang bersih serta seluruh sahabatnya yang mulia.
Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal r.a., dari Ibnu Abbas r.a. yang berkisah:
Kami bersama Rasulullah saw. di rumah salah seorang sahabat Anshar, dimana saat itu kami di tengah-tengah jamaah. Lalu ada suara orang memanggil dari luar, “Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, sementara kalian perlu kepadaku.” Rasulullah bertanya kepada para jamaah, “Apakah kalian tahu, siapa yang memanggil dari luar itu?”
Mereka menjawab, “Tentu Allah dan Rasul Nya lebih tahu.”
Lalu Rasulullah saw. menjelaskan, “Ini adalah iblis yang terkutuk semoga Allah senantiasa melaknatnya.”
Kemudian Umar r.a. meminta izin kepada Rasulullah sembari berkata, “Ya Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku untuk membunuhnya?”
Beliau menjawab, “Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahwa ia termasuk makhluk yang tertunda kematiannya sampai batas waktu yang telah diketahui (hari Kiamat)? Akan tetapi sekarang silakan kalian membukakan pintu untuknya. Sebab ia diperintah untuk datang ke sini, maka fahamilah apa yang ia ucapkan dan dengarkan apa yang bakal ia ceritakan kepada kalian.”

Ibnu Abbas berkata: Kemudian dibukakan pintu, lalu ia masuk di tengah-tengah kami. Ternyata ia berupa orang yang sudah tua bangka dan buta sebelah mata. Ia berjanggut sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda. Kedua kelopak matanya terbelah ke atas (tidak ke samping). Sedangkan kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang keluar seperti taring babi. Sementara kedua bibirnya seperti bibir kerbau. Ia datang sambil memberi salam. ‘Assalamu’alaika ya Muhammad, Assalamu’alaikum ya Jamaa’atal mus1imin,” kata iblis.
Nabi menjawab, “Assalamu lillah ya la’iin (Keselamatan hanya milik AlIah wahai makhluk yang terkutuk). Saya mendengar engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu tersebut wahai Iblis?”
“Wahai Muhammad, saya datang ke sini bukan karena kemahuanku sendiri, tapi saya datang ke sini karena terpaksa,” tutur iblis.
“Apa yang membuatmu terpaksa harus datang ke sini wahai makhluk terkutuk?” tanya Rasulullah.

Iblis menjawab, “Telah datang kepadaku seorang malaikat yang diutus oleh Tuhan Yang Maha Agung, dimana utusan itu berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya Allah swt. memerintahmu untuk datang kepada Muhammad saw. sementara engkau adalah makhluk yang rendah dan hina. Engkau harus memberi tahu kepadanya, bagaimana engkau menggoda dan merekayasa anak-cucu Adam, bagaimana engkau membujuk dan merayu mereka. Lalu engkau harus menjawab segala apa yang ditanyakan Muhammad dengan jujur. Maka demi Kebesaran dan Keagungan Allah, jika engkau menjawabnya dengan bohong, sekalipun hanya sekali, sungguh engkau akan Allah jadikan debu yang bakal dihempaskan oleh angin kencang, dan musuh-musuhmu akan merasa senang.’ Wahai Muhammad, maka sekarang saya datang kepadamu sebagaimana yang diperintahkan kepadaku. Maka tanyakan apa saja yang engkau inginkan. Kalau sampai saya tidak menjawabnya dengan jujur, maka musuh-musuhku akan merasa senang atas musibah yang bakal saya terima. Sementara tidak ada beban yang lebih berat bagiku daripada bersenangnya musuh-musuhku atas musibah yang menimpa diriku.”
Rasulullah mulai melontarkan pertanyaan kepada iblis, “Jika engkau dapat menjawab dengan jujur, maka coba ceritakan kepadaku, siapa orang yang paling engkau benci?”
Iblis menjawab dengan jujur, “Engkau, wahai Muhammad, adalah orang yang paling aku benci dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu.”
“Lalu siapa lagi yang paling engkau benci?” tanya Rasulullah.
“Seorang pemuda yang bertakwa dimana ia mencurahkan dirinya hanya kepada Allah SWT.,” jawab Iblis.
“Siapa lagi?” tanya Rasulullah
“Orang alim yang wara’ (menjaga diri dari syubhat) lagi sabar,” jawab iblis.
“Siapa lagi?” tanya Rasulullah
“Orang yang senantiasa melanggengkan kesucian dari tiga kotoran (hadats besar, kecil dan najis),” tutur iblis
“Siapa lagi?” tanya Rasulullah
“Orang fakir yang senantiasa bersabar, yang tidak pernah menuturkan kefakirannya ke pada siapa pun dan juga tidak pernah mengeluh penderitaan yang dialaminya.” jawab iblis.
“Lalu dari mana engkau tahu kalau ia bersabar?” tanya Rasulullah.
“Wahai Muhammad, bila ia masih dan pernah mengeluhkan penderitaannya kepada makhluk yang sama dengannya selama tiga hari, maka Allah tidak akan mencatat perbuatannya dalam kelompok orang-orang yang bersabar,” jelas Iblis.
“Lalu siapa lagi, wahai lblis?” tanya Rasul.
“Orang kaya yang bersyukur,” tutur iblis.
“Lalu apa yang bisa memberi tahu kepadamu bahwa ia bersyukur?” tanya Rasulullah
“Bila saya melihatnya ia mengambil kekayaannya dari apa saja yang dihalalkan dan kemudian disalurkan pada tempatnya,” tutur iblis.
“Bagaiinana kondisimu apabila ummatku menjalankan shalat?” tanya Rasulullah.
“Wahai Muhammad, saya langsung merasa gelisah dan gemetar,” jawab iblis.“Mengapa wahai makhluk yang terkutuk?” tanya Rasulullah.

“Sesungguhnya apabila seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud, maka Allah akan mengangkat satu derajat (tingkat). Apabila mereka berpuasa, maka saya terikat sampai mereka berbuka kembali. Apabila mereka menunaikan manasik haji, maka saya jadi gila. Apabila membaca al-Qur’an, maka saya akan meleleh (mencair) seperti timah yang dipanaskan dengan api. Apabila bersedekah maka seakan-akan orang yang bersedekah tersebut mengambil kapak lalu memotong saya menjadi dua,” jawab iblis.
“Mengapa demikian wahai Abu Murrah (julukan iblis)?” tanya Rasulullah.
“Sebab dalam sedekah ada empat perkara yang perlu diperhatikan: Dengan sedekah itu, Allah akan menurunkan keberkahan dalam hartanya, menjadikan ia disenangi di kalangan makhluk Nya, dengan sedekah itu pula Allah akan menjadikan suatu penghalang antara neraka dengannya dan akan menghindarkan segala bencana dan penyakit,” tutur iblis menjelaskan.
“Lalu bagaimana pendapatnu tentang Abu Bakar?” tanya Rasulullah.
“Ia sewaktu jahillyyah sahaja tidak pernah taat kepadaku, apalagi sewaktu dalam Islam,” tutur iblis.

“Bagaimana dengan Umar bin Khaththab?” tanya Rasulullah.
“Demi Allah, setiap kali saya bertemu dengannya, mesti akan lari darinya,” jawab iblis.
“Bagaimana dengan Utsman?” tanya Rasulullah.
“Saya merasa malu terhadap orang yang para malaikat saja malu kepadanya,” jawab iblis.

“lalu bagaimana dengan Ali bin Abi Thalib?” tanya Rasulullah.
“Andaikan saya dapat selamat darinya dan tidak pernah bertemu dengannya, ia meninggalkanku dan saya pun meninggalkannya. Akan tetapi ia tidak pernah melakukan hal itu sama sekali,” tutur iblis.
“Segala puji bagi Allah Yang telah menjadikan ummatku bahagia dan mencelakakanmu sampai pada waktu yang ditentukan,” tutur Rasulullah.
“Tidak dan tidak mungkin, dimana ummatmu dapat bahagia sementara saya senantiasa hidup dan tidak akan mati sampai pada waktu yang telah ditentukan. Lalu bagaimana engkau dapat bahagia terhadap ummatmu, sementara saya dapat masuk kepada mereka melalui aliran darah dan daging, sedangkan mereka tidak dapat melihatku. Demi Tuhan Yang telah menciptakanku dan telah menunda kematianku sampai pada hari mereka dibangkitkan kembali (Kiamat), sungguh saya akan menyesatkan mereka seluruhnya, baik yang bodoh maupun yang alim, yang awam maupun yang dapat membaca al Qur’an, yang nakal mahupun yang rajin beribadah, kecuali hamba-hamba Allah yang mukhlas (sangat-sangat ikhlas),” tutur iblis.
“Siapa menurut engkau hamba-hamba Allah yang mukhlas itu?” tanya Rasulullah.

Iblis menjawab dengan panjang lebar, “Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahawa orang yang masih suka dirham dan dinar (harta) adalah belum boleh murni karena Allah SWT. Apabila saya melihat seseorang sudah tidak menyukai dirham dan dinar, serta tidak suka dipuji, maka saya tahu bahwa ia adalah orang yang mukhlis karena Allah, lalu saya tinggalkan. Sesungguhnya seorang hamba selagi masih suka harta dan pujian, sedangkan hatinya selalu bergantung pada kesenangan-kesenangan duniawi, maka ia akan lebih taat kepadaku daripada orang-orang yang telah saya jelaskan kepadamu.
Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa cinta harta itu termasuk dosa yang paling besar? Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa cinta kedudukan adalah termasuk dosa yang paling besar? Apakah engkau tidak tahu, saya memiliki tujuh puluh ribu anak, sedangkan setiap anak dari jumlah tersebut memiliki tujuh puluh ribu setan. Di antara mereka ada yang sudah saya tugaskan untuk menggoda ulama, ada yang saya tugaskan untuk menggoda para pemuda, ada yang saya tugaskan menggoda orang-orang yang sudah tua. Anak-anak muda bagi kami tidak ada masalah, sedangkan anak-anak kecil lebih mudah kami permainkan sekehendak saya.
Di antara mereka juga ada yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang yang tekun beribadah, dan ada juga yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang zuhud. Mereka keluar masuk dari kedaan ke keadaan lain, dari satu pintu ke pintu lain, sehingga mereka berhasil dengan menggunakan cara apa pun. Saya ambil dari mereka nilai keikhlasan dalam hatinya, sehingga mereka beribadah kepada Allah dengan tidak ikhlas, sementara mereka tidak merasakan hal itu. Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa Barshish seorang rahib (pendeta) yang berbuat ikhlas karena Allah selama tujuh puluh tahun, sehingga dengan doanya ia sanggup menyelamatkan orang-orang yang sakit. Akan tetapi saya tidak berhenti menggodanya sehingga ia sempat berbuat zina dengan seorang perempuan, membunuh orang dan mati dalam kondisi kafir? Inilah yang disebutkan oleh Allah dalam Kitab Nya dengan firman-Nya:
“(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) setan ketika dia berkata kepada manusia: Kafirlah kamu maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata, ‘Sesungguhnya aku cuci tangan darimu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.”(Q.s. al Hasyr: 16).

Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa kebohongan itu dari saya, saya adalah orang yang berbohong pertama kali. Orang yang berbohong adalah temanku. Barangsiapa bersumpah atas Nama Allah dengan berbohong maka ia adalah kekasihku. Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa saya pernah bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan atas Nama Allah, ‘Bahwa saya akan memberi nasihat kepada kalian berdua.’ Maka sumpah bohong itu menyenangkan hatiku. Sedangkan menggunjing dan mengadu domba adalah buah santapan dan kesukaanku. Kesaksian dusta adalah penyejuk mataku dan kesenanganku.
Barangsiapa bersumpah dengan menceraikan isterinya (talak) maka hampir tidak akan dapat  selamat, sekalipun hanya sekali. Andaikan itu benar, yang karenanya orang membiasakan lidahnya mengucapkan kata-kata tersebut, isterinya akan menjadi haram. Kemudian dari pasangan tersebut menghasilkan keturunan sampai hari Kiamat nanti yang semuanya hasil dari anak-anak zina. Sehingga seluruhnya masuk neraka hanya gara-gara satu ucapan.

Wahai Muhammad, sesungguhnya di antara ummat mu ada orang yang menunda-nunda shalatnya dari waktu ke waktu. Ketika ia hendak menjalankan shalat maka saya selalu berada padanya dan mengganggu sambil berkata kepadanya, ‘Masih ada waktu, teruskan engkau sibuk dengan urusan dan pekerjaan yang engkau lakukan.’ Sehingga ia menunda shalatnya, dan kemudian shalat di luar waktunya. Akibatnya dengan shalat yang dikerjakan di luar waktunya itu ia akan dipukul di kepalanya. Kalau saya merasa kalah, maka saya mengirim kepadanya salah seorang dari setan-setan manusia yang akan menyibukkan waktunya. Kalau dengan usaha itu saya masih kalah, maka saya tinggalkan sampai ia menjalankan shalat. Ketika dalam shalatnya saya berkata kepadanya, ‘Lihatlah ke kanan dan ke kiri.’ Akhirnya ia melihat. Maka pada saat itu wajahnya saya usap dengan tangan saya, kemudian saya menghadap di depan matanya sembari berkata, ‘Engkau telah melakukan apa yang tidak akan menjadi baik selamanya.’
Wahai Muhammad, engkau tahu, bahwa orang yang banyak menoleh dalam shalatnya, Allah akan memukul kepalanya dengan shalat tersebut. Kalau dalam shalat ia sanggup mengalahkan saya, sementara ia shalat sendirian, maka saya perintah untuk tergesa-gesa. Maka ia mengerjakan shalat seperti ayam yang mencocok benih-benih untuk dimakan dan segera meninggalkannya. Kalau ia sanggup mengalahkan saya, dan shalat berjamaah, maka saya kalungkan rantai di lehernya. Ketika ia sedang ruku’ saya tarik kepalanya ke atas sebelum imam bangun dari ruku’ dan saya turunkan sebelum imam turun.
Wahai Muhammad, engkau tahu, bahwa orang yang melakukan shalat seperti itu, maka batal shalatnya, dan di hari Kiamat nanti Allah akan menyalin kepalanya dengan kepala keledai. Kalau dengan cara tersebut saya masih kalah, maka saya perintahkan meremas-remas jari-jemarinya sehingga bersuara, sedangkan ia sedang shalat, karenanya ia termasuk orang-orang yang bertasbih kepadaku padahal ia sedang shalat. Kalau dengan cara tersebut masih juga tidak mempan, maka saya tiup hidungnya sehingga ia menguap, sementara ia sedang shalat. Kalau ia tidak menutupi mulutnya dengan tangannya maka setan masuk ke dalam perutnya, sehingga ia semakin rakus dengan dunia dan berbagai perangkapnya. Ia akan selalu mendengar dan taat kepadaku.
Bagaimana ummatmu dapat bahagia wahai Muhammad, sementara saya memerintah orang-orang miskin untuk meninggalkan shalat, dan saya berkata kepadanya, ‘Shalat bukanlah kewajiban kalian, shalat hanya kewajiban orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah.’ Saya pun berkata kepada orang yang sakit, ‘Tinggalkan shalat, karena shalat bukanlah kewajibanmu. Shalat hanyalah kewajiban orang-orang yang diberi nikmat kesehatan.
 Sebab Allah sudah berfirman, , “… dan tidak apa apa bagi seorang yang sedang sakit …,“(Q.s. an Nur: 61). Kalau engkau sudah sembuh baru melakukan shalat.’ Akhirnya ia mati dalam keadaan kafir. Apabila ia mati dengan meninggalkan shalat ketika sedang sakit, maka ia akan bertemu Allah dengan dimurkai.
Wahai Muhammad, jika saya menyimpang dan berdusta kepadamu, maka hendaknya engkau memohon kepada Allah agar saya dijadikan debu yang lembut. Wahai Muhammad, apakah engkau masih juga merasa gembira terhadap ummatmu, sementara saya bisa memurtadkan seperenam dari ummatmu untuk keluar dari Islam?”
Kemudian Rasulullah meneruskan pertanyaannya, “Wahai makhluk yang terkutuk, siapa teman dudukmu?”
“Orang-orang yang suka makan riba,” jawab iblis.
“Lalu siapa teman dekatmu?” tanya Rasululah kembali.
“Orang yang berzina,” jawabnya.
“Siapa teman tidurmu?” tanya Rasulullah.
“Orang yang mabuk,” jawabnya.
“Siapa tamumu?” tanya Rasulullah.
“Pencuri,” jawabnya.
“Siapa utusanmu?” tanya Rasulullah.
“Tukang sihir,” jawabnya.

‘Apa yang menyenangkan pandangan matamu?” tanya Rasulullah.
“Orang yang bersumpah dengan talak,” jawab iblis.
“Siapa kekasihmu?” tanya Rasulullah.
“Orang yang meninggalkan shalat Jum’at,” jawabnya.
“Wahai makhluk yang terkutuk, apa yang mengakibatkan punggungmu patah?” Tanya Rasulullah.
“Suara ringkik kuda untuk berperang membela agama Allah,” jawabnya.
“Apa yang menjadikan tubuhmu meleleh?” tanya Rasulullah.
“Taubatnya orang yang bertaubat” jawabnya.
“Apa yang membuat hatimu panas?” tanya Rasulullah.
“Banyaknya istighfar kepada Allah, baik di malam atau siang hari,” jawabnya.

“Apa yang membuatmu merasa malu dan hina?” tanya Rasulullah.
“Sedekah secara rahasia,” jawabnya
“Apa yang menjadikan matamu buta?” tanya Rasulullah.
“Shalat di waktu sahur,” jawabnya.
“Apa yang dapat mengendalikan kepalamu?” tanya Rasulullah.
“Memperbanyak shalat berjamaah,” tuturnya.
“Siapa orang yang paling bisa membahagiakanmu?” tanya Rasulullah
“Orang yang sengaja meninggalkan shalat,” tuturnya.
“Siapa orang yang paling celaka menurut engkau?” tanya Rasulullah
“Orang-orang yang kikir,” jawabnya
“Apa yang menyita pekerjaanmu?” tanya Rasulullah.
“Majlis orang-orang alim,” jawabnya.
“Bagaimana cara engkau makan?” Tanya Rasulullah
“Dengan tangan kiriku dan jari-jemariku,” jawabnya
“Di mana engkau mencari tempat berteduh untuk anak anakmu di waktu panas?” tanya Rasulullah
“Di bawah kuku manusia,” jawab iblis
“Berapa kebutuhan yang pernah engkau minta kepada Tuhamnu?” tanya Rasulullah.

“Sepuluh macam,” jawabnya
“Apa saja itu wahai makhluk terkutuk?” tanya Rasulullah
Iblis pun menjawabnya, “Saya memintaNya agar saya bisa berserikat dengan anak-cucu Adam dalam harta kekayaan dan anak-anak mereka. Akhirnya Tuhan mengizinkanku berserikat dalam kelompok mereka.

Itulah maksud firman Allah:
“Dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh setan kepada mereka melainkan tipuan belaka.” (Q.s. al Isra’: 64).

Setiap harta yang tidak dikeluarkan zakatnya, maka saya ikut memakannya. Saya juga ikut makan makanan yang bercampur riba dan haram serta segala harta yang tidak dimohonkan perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk. Setiap orang yang tidak memohon perlindungan kepada Allah dari setan ketika bersetubuh dengan istrinya, maka setan akan ikut bersetubuh. Akhirnya melahirkan anak yang mendengar dan taat kepadaku. Begitu pula orang yang naik kendaraan dengan maksud mencari penghasilan yang tidak dihalalkan, maka saya adalah temannya.
Itulah maksud firman Allah:
“Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki.” (Q.s. al Isra’: 64).

Saya memohon kepada Nya agar saya punya rumah, maka rumahku adalah kamar mandi. Saya memohon agar saya punya masjid, akhirnya pasar menjadi masjidku. Saya memohon agar saya punya al-Qur’an, maka syair adalah al-Qur’anku. Saya memohon agar saya punya adzan, maka terompet adalah panggilan adzanku. Saya memohon kepadaNya agar saya punya tempat tidur, maka orang-orang mabuk adalah tempat tidurku. Saya memohon agar saya memiliki teman-teman yang menolongku, maka kelompok al-Qadariyyah menjadi teman-teman yang membantuku. Dan saya memohon agar saya mendapatkan teman-teman dekat, maka orang-orang yang menginfakkan harta kekayaannya untuk kemaksiatan adalah teman dekatku.
Ia kemudian membaca firman Allah, “Sesungguhnya pemboros pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Q.s. al Isra’: 27).”
Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Andaikan tidak setiap apa yang engkau ucapkan itu didukung oleh ayat-ayat dari Kitab Allah tentu aku tidak akan membenarkanmu.”
Lalu iblis berkata lagi, “Wahai Muhammad, saya memohon kepada Allah agar saya bisa melihat anak-cucu Adam, sementara mereka tidak dapat melihatku. Kemudian Allah menjadikan aku bisa mengalir melalui peredaran darah mereka. Diriku bisa berjalan ke mana pun sesuai kemauan diriku dan dengan cara bagaimana pun. Kalau saya mau dalam sesaat pun bisa. Kemudian Allah berfirman kepadaku, ‘Engkau dapat melakukan apa saja yang kau minta.’ Akhirnya saya merasa senang dan bangga sampai hari Kiamat. Sesungguhnya orang yang mengikutiku lebih banyak daripada orang yang mengikutimu. Sebagian besar anak-cucu Adam akan mengikutiku sampai hari Kiamat.

Saya memiliki anak yang saya beri nama Atamah. Ia akan kencing di telinga seorang hamba ketika ia tidur meninggalkan shalat Atamah (Isya’). Andalkan tidak karenanya tentu manusia tidak akan tidur lebih dahulu sebelum menjalankan shalat.
Saya juga punya anak yang saya beri nama Mutaqadhi. Apabila ada seorang hamba melakukan ketaatan (ibadah) dengan rahasia dan ingin menutupinya, maka anak saya tersebut senantiasa membatalkannya dan dipamerkan di tengah-tengah manusia, sehingga semua manusia tahu. Akhirnya Allah membatalkan sembilan puluh sembilan dari seratus pahalanya. Sehingga yang tersisa hanya satu pahala. Sebab setiap ketaatan yang dilakukan secara rahasia akan diberi seratus pahala.

Saya punya anak lagi yang bernama Kuhyal, dimana ia bertugas mengusapi celak mata semua orang yang sedang berada di majelis pengajian dan ketika khathib sedang berkhuthbah. Sehingga mereka terkantuk dan akhirnya tidur, tidak boleh mendengarkan apa yang dibicarakan para ulama. Mereka yang tertidur tidak akan ditulis pahala sedikit pun untuk selamanya.
Setiap kali ada perempuan keluar mesti ada setan yang duduk di pinggulnya, ada pula yang duduk di daging yang mengelilingi kukunya. Dimana mereka akan menghiasi kepada orang-orang yang melihatnya. Kedua setan itu kemudian berkata kepadanya, ‘Keluarkan tanganmu.’ Akhirnya ia mengeluarkan tangannya, kemudian kukunya tampak, lalu kelihatan nodanya.

Wahai Muhammad, sebenarnya saya tidak dapat menyesatkan sedikit pun. Akan tetapi saya hanya akan mengganggu dan menghiasi. Andaikan saya memiliki hak dan kemampuan untuk menyesatkan, tentu saya tidak membiarkan segelintir manusia pun di muka bumi ini yang masih sempat mengucapkan dua kalimat syahadat, ‘Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan-Nya.’ Tidak akan ada lagi orang yang shalat dan berpuasa. Sebagaimana engkau wahai Muhammad, tidak berhak untuk memberikan hidayah sedikit pun kepada siapa saja. Akan tetapi engkau adalah seorang utusan dan penyampai amanat dari Tuhan. Andaikan engkau memiliki hak dan kemampuan untuk memberi hidayah, tentu engkau tidak akan membiarkan segelintir orang kafir pun di muka bumi ini. Engkau hanyalah sebagai argumentasi (hujjah) Tuhan terhadap makhluk-Nya. Sementara saya hanyalah menjadi sebab celakanya orang yang sebelumnya sudah dicap oleh Allah menjadi orang celaka. Orang yang bahagia dan beruntung adalah orang yang dijadikan bahagia oleh Allah sejak dalam perut ibunya, sedangkan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan celaka oleh Allah sejak dalam perut ibunya.”
Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah:
“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia ummat Yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu.” (Q.s. Hud: 118 9).

Kemudian beliau melanjutkan dengan firman Allah yang lain:

“Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.” (Q.s. al Ahzab: 38)

.Lantas Rasulullah saw. berkata lagi kepada iblis, “Wahai Abu Murrah (iblis), apakah engkau masih mungkin bertaubat dan kembali kepada Allah, sementara saya akan menjaminmu masuk surga.”
Ia menjawab, “Wahai Rasulullah, ketentuan telah memutuskan dan Qalam pun telah kering dengan apa yang terjadi seperti ini hingga hari kiamat nanti. Maka Mahasuci Tuhan Yang telah menjadikanmu sebagai tuan para Nabi dan khatib para penduduk surga. Dia telah memilih dan mengkhususkan dirimu. Sementara Dia telah menjadikan saya sebagai tuan orang-orang celaka dan khatib para penduduk neraka. Saya adalah makhluk yang celaka lagi terusir. Ini adalah akhir dari apa yang saya beritahukan kepadamu, dan saya mengatakan sejujurnya.”
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, awal dan akhir, dhahir dan bathin. Dan semoga shalawat dan salam sejahtera tetap diberikan kepada seorang Nabi yang Ummi dan kepada para keluarga dan sehabatnya serta para Utusan dan para Nabi.

HIKAM ATAI’ILLAH NO 8 : MA’RIFAH ADALAH ANUGERAH ALLAH

VERSI TO’KU LI

Dalam Kalam Hikmah ke 8 Imam Ibnu Athaillah Askandary  menyatakan: 

Maksudnya :  

Apabila Allah menyingkap bagimu suatu landasan ke arah mengenaliNya, janganlah risau tentang kekurangan amalanmu.Sebenarnya Dia membongkarkan jalan ma’rifah itu adalah menurut kehendakNya untuk memperkenalkan diNya kepadamu.Tidakkah kamu sedar bahawa ma’rifah adalah anugerahNya kepadamu ? Selanjutnya amalan-amalanmu adalah ditujukan kepadaNya.Dimanakah kedudukan amalan anda yang sedikit itu jika dibandingkan dengan anugerah agung Allah kepadamu ?


 Ma’rifah merupakan kurniaan terawal ( أول المواهب  ) dan tuntutan terakhir (  نهاية المطالب) seseorang yang menjalani jalan Allah.Justeru itu apabila anda dianugerahi ma’rifah bermakna anda adalah tergolong dalam kelompok manusia yang dikasihi dikasihi Allah.
Golongan yang dikasihi Allah ini diklasifikasikan oleh To` Pulau Manis kepada tiga kelompok :
  • أهل العنايات وأهل التحقيق
( Golongan yang mendapat pertolongan dan diberikan keyakinan ) Mereka beramal seperti bersedekah,bersholat,berpuasa,berzakat dan seumpamanya kerana Allah.Berikutan itu mereka mendapat ilham,taufiq dan hidayah yang menuju kepada ma’rifah dan mukasyafah ( pembongkaran rahsia ilmu Allah ).
  • أهل المقام
Golongan yang dianugerahkan kedudukan dan mertabat ) Mereka diberikan kemudahan dalam beramal tanpa halangan tetapi dianugerahkan pertunjuk dan ma’rifah.
  • أهل الأعمال
( Golongan yang beramal )  Mereka bermujahadah iaitu menanggung kesukaran serta menempuh godaan hawa nafsu.Berikutan itu mereka dikurniakan ma’rifah dan hidayah Allah.
 Jelas di sini bahawa Islam mementingkan kualiti amal melebihi kuantitinya.Walaupun sedikit tetapi ikhlas,berterusan,sentiasa bermuhasabah dan mengiringi amalan itu dengan sifat-sifat akhlak yang mahmudah ( terpuji ) lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak ikhlas,tidak istiqamah,cuai,lalai serta diiringi dengan sifat-sifat akhlak yang mazmumah( tercela ) seperti sifat ‘ujub( merasa hairan kepada kehebatan diri sendiri ),sum’ah ( terpesona dengan kelebihan sendiri ),kibr( berbesar diri ),berbangga-bangga dan riya`( ingin dipuji dan disanjung ).
Firman-firman Allah SWT berikut boleh dijadikan sandarannya:
  • فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون
Ertinya : Sebab itu celakalah orang-orang yang sholat,iaitu mereka yang lalai dalam sholatnya.Mereka mengerjakan kebaikan supaya dilihat orang( riya` ).
( Surah al-Maa’un : ayat 4-6 )                          
  • لن ينال الله لحومها ولا دمآؤها ولكن يناله التقوي منكم كذلك سخرها لكم لتكبروا الله علي ما هدآكم وبشر المحسنين
Ertinya :  Daging-daging qurban dan darahnya itu sekali-kali tidak akan mencapai keredhaan Allah,tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu.Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. ( Surah al-Hajj : ayat 37 )

  • يآءيها الذين ءآمنوا لا تبطلوا صدقاتكم بالمن والأذي كالذي رئآء الناس ولا يؤمن بالله واليوم الأخر فمثله كمثل صفوانٍِ عليه تراب فأصابه وابل فتركه صلدا لا يقدرون علي شيء مما كسبوا والله لا يهدي القوم الكافرين
Ertinya :Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghilangkan ( pahala ) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti ( perasaan penerimanya ),seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riya` kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah,kemudian batu itu ditimpa hujan lebat ,lalu menjadilah ia bersih ( tidak bertanah ).Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan;dan Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang kafir. ( Surah al-Baqarah : ayat 264 )

KALAM HIKAM ATHAILLAH KE 8 : TERBUKA JALAN MAKRIFAT KEPADA ALLAH (SYARAH KH MUHIBBUDIN WALY)

SYARAH KH MUHIBBUDDDIN WALY

Apabila Seorang hamba Allah telah dibukakan jalan untuk mengetahui Allah,  maka apakah sesuatu yang harus dihadapinya sebagai aqidah dan pegangan?


Dalam Kalam Hikmah ke 8 Imam Ibnu Athaillah Askandary  menyatakan:

"Apabila Allah membukakan bagi anda jalan untuk mengenal- Nya, maka janganlah anda ambil peduli tentang sedikit amalanmu, karena Allah SWTtidak membukakan jalan tadi bagimu selain Ia-Nya Allah berkehendak memperkenalkan (DzatNya atau sifat-sifatNya) kepadamu.

Sesungguhnya berkehendak 'memperkenalkan DzatNya' kepada manusia pilihan adalah  merupakan anugerah Allah.

Segala amal-amalan yang kita lakukan adalah untuk Allah , dan dimanakah fungsi  pemberian anda kepada Allah apabila dibandingkan pada apa yang didatangkan Allah atas kita?

Kalam Hikmah ini mengandungi pengertian tentang tujuan kita selaku hamba Allah dalam perjalanan  kepada Allah dengan mengerjakan amal ibadah sebagai yang dikehendaki   dalam ajaran agama Islam. Maka dijelaskan seperti berikut:

1. Hamba-hamba Allah yang mengerjakan amal ibadah dengan sebanyak mungkin, tujuannya agar sampai kepada Allah dengan perasaan sepenuh hati dan perasaan mengenal Allah. Apabila kita tekun dan sabar mengerjakan amal ibadah, lama-kelamaan, insyaAllah pintu hati kita dibukakan oleh Allah SWT untuk mengenal (makrifat) kepadaNya.

Makrifat kepada Allah ialah kita merasakan bahawa Allah  “ADA” di mana saja kita berada. Allah melihat hal keadaan kita. Dan pula perasaan kita yang bercampur dengan aqidah yang mendalam bahawa tidak ada yang berbuat dan berkuasa selain hanya Allah SWT. Di mana sahaja kita berada,   Allah selalu bersama kita. Segala perbuatan dan tindak-tanduk kita dilihat oleh Allah.

2. Apabila aqidah dan perasaan kita telah mendalam , kadang-kadang ada juga waktu-waktu tertentu amal ibadah yang dilakukan itu berkurangan di kerjakan seperti sebelumnya.  Tujuan amal ibadah  yang dikerjakan adalah untuk dapat hamper kepada Allah, sedang terbuka jalan seperti yang telah dianugerahkan Allah kepada kita adalah bukti yang nyata, bahawa kita mulai dekat kepadaNya, dan kita akan menjadi sebahagian hamba-hamba yang dikasihi olehNya. Kemungkinan terjadi sedikit amal  ibadah yang dikerjakan disebabkan penyakit yang ada pada tubuh badan kita, tetapi apabila makrifat  kita kepada Allah sudah begitu mendalam, maka kita mengetahui dengan rasa yakin bahawa sakit itu  lebih baik dari sihat, karena kita dalam sakit boleh meningkatkan hal keadaan kita untuk lebih dekat  kepada Allah daripada sihat, yang mana kita akan jauh daripadaNya.  Oleh sebab itu, meskipun sedikit amal ibadah yang dikerjakan, tetapi hati terus mendekat kepada Allah, sehingga terbukalah makrifat kita kepada DzatNya dan sifat-sifatNya dalam kita melihat alam makhluk  dunia ini.

3. Ketahui lah, bahawa Allah membuka jalan makrifat untuk dapat kita kenal Dia (Allah), adalah  merupakan kehendakNya, semoga dengan kurniaNya  kita dapat dekat dengan Allah. Terbuka segala sifatNya dan termakan pengertian asmaNya dalam hati dan perasaan tubuh Jasmaniah kita. Terbuka jalan ini adalah lebih besar nilainya daripada amal ibadah yang banyak, tetapi sunyi atau sedikit sekali makrifat kita kepada Allah SWT. Bandingkan antara nikmat  yang  maha besar ini dengan amal ibadah yang kita kerjakan. Segala amal ibadah yang kita lakukan dipersembahkan kepada Allah dan dengan kurniaNya, Allah memberikan pula kepada kita nikmat makrifat dimana kita kenal Allah dalam erti yang Lebih luas dan mendalam.  Hamba Allah yang soleh mempunyai pendirian, bahawa pemberian  si hamba kepada majikan   adalah dianggap kecil, apabila dibandingkan dengan pemberian majikan kepada hambaNya.

Kesimpulan.


Selaku hamba Allah, biar amal ibadah kita sedikit, asal saja makrifah Allah bersemayam di dalm hati  dan diri kita. Ini adalah lebih bagus, daripada amal ibadah yang banyak tetapi hati lalai kepada Allah, Tidak sejalan antara ibadah yang kita kerjakan dengan hati kita sendiri. Sebab itu maka Allah mencela  dan memandang rendah orang-orang yang mengerjakan solat tetapi hatinya tidak kepada Allah, Sebagai mana firmannya dalam al-Quran surah Al-Maa’un: ayat 4-6, bermaksud;

“Sebab itu celakalah orang-orang yang sembahyang, Dimana mereka lalai dari solatnya.Mereka mengerjakan kebaikan supaya dilihat orang.”

Apabila kita diberikan oleh Allah sebahagian nikmat makrifat kepadaNya, maka hendaklah selalu  kita hadapkan hati kita kepada Allah dalam erti yang luas. Sebab Dialah yang maha berkehendak. Maha berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan lain-lain sebagainya dari sifat-sifat Allah Yang Maha Agung dan tak terhingga jumlahnya.

Dengan demikian, Allah akan menambah hamper kita kepadaNya dan mementingkan kita dalam  segala hal yang kita hadapi. Oleh kerana itu maka hamba-hamba Allah yang ‘Arif  kepadaNya kadang-kdang kita lihat amal lahiriah mereka sedikit, tetapi rupanya yang sedikit itu nilainya Adalah lebih besar di sisi Allah SWT. 

Inilah sebabnya hamba-hamba Allah yang soleh, tidak putus-putus dari mulut mereka dengan Kalimat; bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Engkaulah yang aku tuju dan keridhaan Engkaulah yang aku cari.”

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kepada kita nikmat makrifat kepadaNya.
Amin.

Senin, 03 September 2012

THARIQAH ITJIBA’ & THARIQAH HIDAYAH: HIKAM NO 8 IBN ATA’ILLAH

VERSI PONDOK

Kalam Hikam Ibn ata'illah ke 8, beliau ungkapakan sebagai berikut:

"Ketika Allah membuka pintu ma’rifat untukmu, maka janganlah heran atas sedikitnya amalmu. karena sesungguhnya Allah tidak membuka pintu ma’rifat untukmu kecuali Allah berkehendak untuk mengenalmu"
1. Penjelasan

Seseorang ketika telah berada dalam dunia kegelapan dan kesesatan, maka dengan kehendak Allah SWT bisa berpindah menuju dunia yang terang dan mengetahui Allah SWT (ma’rifat).Adapun untuk sampai pada derajat ma’rifat (mengetahui Allah SWT), ada dua thoriqoh :

a. Thariqah Al Hidayah.
Pada jalan ini seseorang harus menghadap Allah SWT dan memulai dengan menancapkan iman dan rukun-rukunnya di dalam hati, kemudian mengarahkan hatinya untuk mencintai Allah SWT serta takut akan adzab-adzab-Nya. Lalu menjalankan perintah-perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Dia juga harus memperbanyak dzikir dan membaca Al-Qur’an. Adapun hasil yang dicapai dari thariqah ini adalah timbulnya kemerosotan sifat duniawi dari diri seseorang secara bertahap dan mengagungkan urusan ukhrowi sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya perhatian dalam masalah akhirat lebih banyak dari pada masalah duniawi. Thariqah ini juga disebut dengan thariqah inabah.

b. Thariqah Ijtiba’.
Pada thariqah ini Allah memilih hamba-Nya untuk mendapat hidayah karena suatu sebab yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT.
Dari kedua thariqah ini, untuk thariqah hidayah permulaannya adalah dari seorang hamba, sedangkan pada thariqah ijtiba' adalah dari Allah SWT.
Sebelum sampai pada thariqah ijtiba', kebanyakan adalah orang-orang yang pernah melakukan kemaksiatan dan jauh dari Allah SWT serta menuruti hawa nafsu mereka. Namun dalam waktu yang sangat singkat ternyata Allah memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepada mereka karena suatu sebab yang tidak diketahui oleh seorang pun kecuali Allah SWT.

2. Dalil

Kedua thariqah di atas telah diterangkan Allah SWT dalam Al-Qur’an surat Al-Syura : 13 :
Ertinya :

"Allah memilih padanya orang yang dikehendaki dan Dia menunjukkan padaNya orang yang kembali"

Jadi ijtiba' merupakan pilihan Allah SWT terhadap hamba-Nya yang dia kehendaki. Sedangkan hidayah adalah suatu usaha seorang hamba dalam waktu yang panjang dengan melakukan ibadah dan taat kepada Allah SWT. Selain itu, di dalam thariqah ijtiba' terdapat bukti bahwa seseorang tidak memiliki ikhtiar dalam memperoleh jalan ini. Lain halnya dengan thariqah hidayah yang mana Allah SWT menggantungkan hidayah-Nya dengan melakukan ibadah-ibadah yang berat, sehingga hidayah merupakan hasil dari usaha-usaha ini.
Adapun thariqah ma’rifat yang dibahas di dalam hikmah ini adalah thariqah ijtiba'. Yakni ketika Allah telah memberi ijtiba’ kepada seseorang sehingga dia mengetahui Allah SWT dalam waktu yang singkat. Maka janganlah heran atas sedikitnya amal ibadah yang dilakukan seseorang. Karena jalan ijtiba' yang diberikan Allah kepada hamba-Nya itu tidak sama dengan usaha-usaha seseorang untuk memperoleh hidayah.

3. Aplikasi
a. Contoh
Dalam sejarah islam banyak sekali kita jumpai para auliya’ yang telah dipilih Allah SWT lewat thariqah ijtiba'. Dalam waktu sekejap mereka bisa berpindah dari kegelapan dan kesesatan menuju cahaya yang terang benderang. Mereka berpindah dari cinta kepada dunia menuju cinta kepada Allah SWT.

Pada zaman Rasulullah SAW banyak orang-orang desa pedalaman yang datang ke kota Madinah. Sampai di sana mereka menuju majlis Rasulullah SAW, kedua matanya selalu memandang Rasulullah SAW dan kedua telinganya tidak henti-hentinya mendengarkan nasihat-nasihat dan perkataan Rasulullah SAW. Dalam waktu sekejap watak kasar dan sifat keras hatinya menghilang. Mereka keluar dari majlis tadi dengan hati penuh rasa cinta kepada Allah SWT dan bosan terhadap dunia.
Masih banyak lagi orang-orang yang dipilih Allah dan bisa berubah dalam waktu yang singkat.
Diantara mereka adalah Fudlail bin 'Iyad. Dulu kala dia adalah seorang begal yang mengganggu manusia di jalan. Namun dalam waktu sekejap di tengah malam yang gelap gulita dia mendapat hidayah dari Allah SWT, sehingga berubah menjadi orang yang tekun beribadah dan mengosongkan hatinya dari semua hal kecuali cinta kepada Allah SWT.
Salah satu contoh lagi adalah Abdullah bin Mubarak. Sebelum memperoleh hidayah dari Allah SWT, dia adalah seorang pemusik yang tidak pernah menjalankan perintah-perintah-Nya, tetapi atas izin dari Allah SWT di dalam waktu yang sangat singkat dia berubah menjadi ahli ibadah dan rela mengorbankan dunianya demi memperoleh ridla dari Allah SWT.
Demikian pula Malik bin Dinar. Mulanya dia adalah polisi yang mengumbar hawa nafsunya dan suka mabuk-mabukan. Namun setelah memperoleh hidayah dari Allah SWT, dalam waktu yang sangat cepat dia berubah menjadi salah satu pembesar ulama rabbani.

b. Kesimpulan

Dari semua kisah-kisah di atas dapat diketahui bahwa perpindahan yang mereka alami dari kegelapan menuju kebenaran pada hakikatnya bermula dari Allah SWT. Allah memberikan hidayah kepada mereka sehingga akhirnya mereka cinta kepada Allah SWT.
Di dalam Al-Qur’an surat Al- Maidah : 4, Allah berfirman :
Ertinya :

"Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang kafir"

Adapun sumber dan sebab para Auliya’ tesebut mendapat maqam yang tinggi adalah anugrah dari Allah SWT yang diberikan kepada hamba-Nya yang dia kehendaki. Sifat atau sebab tersebut tidak diketahui oleh seorang pun kecuali hanya Allah SWT.

Para auliya' yang dipilih Allah SWT lewat thariqah al-ijtiba' tidak disyaratkan harus melakukan ibadah-ibadah atau dzikir terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang ada pada maqam thariqah al-hidayah. Allah membawa mereka ke derajat yang tinggi dalam waktu yang sangat singkat. Setelah itu mereka baru menjalankan perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya dengan sungguh-sungguh.
Jadi yang dimaksud sedikitnya amal dalam hikmah yang dikemukakan oleh Ibnu "Athaillah Al-Askandari adalah amal mereka sebelum sampai pada derajat ijtiba'. Adapun setelah mereka sampai pada derajat ijtiba', maka mereka akan banyak melakukan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sebagian orang memaksakan diri menjadi ahli dakwah dan menyangka bahwa para Auliya' yang telah dipilih Allah SWT di dalam thariqah al- ijtiba itu memiliki ibadah atau amalan khusus sehingga mereka tidak perlu memperbanyak ibadah serta menghindar dari larangan-larangan-Nya. Itu adalah tipu daya (waswasah) dari syetan kepada para kekasihnya. Hal ini dikarenakan para Auliya' yang telah dipilih Allah SWT adalah orang-orang yang banyak melakukan taat dan ibadah kepada Allah SWT dan paling menjauhi larangan-larangan-Nya.
Seandainya perasaan itu benar, maka semestinya orang yang paling utama memperoleh maqam itu adalah Rasulullah SAW, karena dia adalah makhluk Allah yang paling utama. Akan tetapi realitanya beliau adalah manusia yang paling banyak melakukan taat, paling sabar melakukan hal-hal yang sunnah dan paling menjauhi shubhat. Apakah kita tidak melihat kedua kaki beliau melepuh karena banyak melakukan shalat? bukankah beliau adalah orang yang paling zuhud dalam masalah duniawi?. Demikian pula para Auliya' yang dipilih Allah SWT, mereka adalah orang-orang yang paling banyak melakukan taat dan ibadah setelah sampai pada derajat ijtiba'.
Mungkin dalam hati kita timbul sebuah pertanyaan, apakah mereka memiliki kekhususan atau sifat istimewa sehingga memperoleh derajat ini dalam waktu sangat-singkat sekali?
Thariqah ijtiba' adalah murni dari anugrah Allah SWT karena adanya suatu sebab yang tidak bisa dijangkau dan dibatasi oleh akal manusia. Hanya saja kalau kita amati dan kita cermati, orang-orang yang tersesat dan jauh dari Allah serta memiliki kesombongan dan menentang kebenaran adalah mereka yang terhalang untuk memperoleh hidayah dari Allah SWT.

Di dalam surat Al-A’raf : 40 Allah SWT, berfirman :
Ertinya :
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadap-Nya, sekali-kali tidak akan di bukakan bagi mereka pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta ada unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan"

Dari ayat di atas, bisa diambil pemahaman balik ( mafhum mukholafah ) bahwa orang yang merasa hina dan rendah diri di sisi Allah SWT karena maksiat-maksiat yang dilakukan serta menganggap bahwa orang-orang yang ada di sekitarnya lebih baik darinya, maka ia akan sangat mungkin memperoleh hidayah dari Allah SWT.