Kamis, 28 Juli 2016

KITAB ADABUL MURIDIN : [1] USUL IKTIKAD AHLI SUFI



AL IMAM AL ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY  [PENDIRI TAREKAT SUHRAWARDIYAH]

Sekarang marilah kita mulai dengan menyenaraikan perincian mazhab ahli sufi dalam bidang aqidah ;

Kaum sufi sepakat beriktikad bahawa ALLAH Taala adalah Tuhan yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya, tiada lawan, tiada penyerupaan dan persamaan terhadapNya. Dialah ALLAH yang sifatNya seperti yang difirmankan sendiri olehNya, namaNya juga seperti nama yang dikhabarkan olehNya.

Maha Suci ALLAH dari berjisim, kerana jisim itu sesuatu yang tergabung dari beberapa bahagian, secara langsung bahagian-bahagian ini perlu kepada pencipta yang dapat memasangnya. Maha Suci ALLAH dari yang demikian.

ALLAH Taala juga bukan suatu jauhar 1 (benda), kerana jauhar memerlukan ruang.
Maha Suci ALLAH ; bahkan Dialah yang Maha Pencipta bagi setiap benda dan ruang.

ALLAH Taala juga bukan suatu aradh , kerana aradh itu keadaannya berubah-rubah dari satu masa ke satu masa yang lain, sedangkan ALLAH itu Maha Kekal ; sekali-kali tidak berlaku pada diriNya segala gabungan, pemisahan dan pembahagian (sepertimana halnya makhluk).


Maha Suci ALLAH yang tak pernah terganggu bila diingat-ingat oleh hambaNya, akal
tak pernah dapat menjangkauNya, kata-kata tak mungkin dapat enggambarkanNya, segala isyarat tak pernah dapat menunjuk ke arahNya, rikiran tak pernah mampu meliputiNya dan segala pengelihatan tak pernah dapat memandang padaNya.

Tiap sesuatu telah ditetapkan olehNya. Makhluk tak harus bicara soal "keadaan"Nya, tapi sayugia berkata tentang "kewujudan"Nya. Kerana bukan semua yang wujud itu punya keadaan tertentu, sebaliknya tiap keadaan itu pasti merupakan sesuatu yang wujud. Maha Suci ALLAH dari segala yang tergambar oleh sangkaan, dari semua yang terbayang oleh tahaman.

Jika kamu bertanya bilakah Allah? Sesungguhnya ALLAH mendahululi bila dan masa. Jika kamu bertanya bagaimanakah Dia? Sesungguhnya Zat ALLAH tak dapat disifatkan keadaanNya. Jika kamu bertanya di mana Dia? Sesungguhnya kewujudan ALLAH mendahului kewujudan ruang dan tempat, kewujudanNya mewujudkan segala yang ada, Dia mencipta sesuatu tanpa memerlukan sebab, zatNya tak dapat dibayangkan, perbuatanNya tak dapat dipersoalkan.

Maha Suci ALLAH ; akal dan pengelihatan terhijab dariNya. Kerana akal hanya mampu untuk sampai kepada sesuatu yang setaraf dengannya. Sementelahan pula akal itu adalah perkakas untuk menghambakan diri kepada ALLAH, bukan alat untuk menunjuk kepada ketuhanan ALLAH.

Maha Suci ALLAH ; Zatnya tidak sama dengan zat makhluk, sifatNya tidak sama dengan sifat makhluk ; sifatNya Maha Mengetahui bukan kerana [perlu] menafikan jahil, sifatNya Maha Berkuasa bukan kerana [perlu] menafikan lemah 1 .

Kaum Sufi sepakat menetapkan segala sifat yang ALLAH sebutkan dalam kitabNya, juga yang sahih diriwayatkan dari perkhabaran Sidnan Nabi <^ <&l seperti sifat al-wajh (wajah), al-yad (tangan), an-nafs (jiwa), as-sam'u (pendengaran) al-basar (pengelihatan)... semuanya itu diiktikadkan tanpa penyerupaan dengan suatu apa pun, dan sekali-kali tidak dinafikan dengan berpandukan firmanNya :

...Maha Suci ALLAH tiada penyerupaan bagiNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. - Surah As-Syura : 11

Kaum sufi pernah ditanya orang mengenai ALLAH, maka jawab mereka :- Jika kamu bertanya tentang zatnya maka : Maha Suci ALLAH, tiada peyerupaan baginya

- Jika soalanmu tentang sifatNya maka Dia adalah yang Maha Esa lagi tempat bergantung,

Dia tidak beranak lagi tidak diperanakkan dan tiada suatu apa pun yang setaraj denganNya.


- Jika soalanmu tentang namaNya, maka Dia adalah ALLAH yang tiada Tuhan melainkan Dia, Mengetahui yang ghaib maupun yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

- Jika solanmu tentang perbuatanNya, maka setiap hari Dia berkerja (mengurus segala ciptaanNya) ...

Tentang masalah al-istiwa' (bersemayam diatas arash) kaum Sufi berpegang kepada kata- kata Imam Malik bin Anas : "Al-Istiwa' adalah perkara yang sedia maklum, bagaimana ia ; itu tak dapat dijangkau akal, beriman dengannya wajib, manakala bertanya tentangnya adalah bid'ah!". Demikianlah juga pegangan kaum sufi tentang masalah an-nuzul.

Kaum Sufi sepakat beriktikad bahawa Al-Quran adalah kalam ALLAH, bukan makhluk. Al-Quran tertulis dalam mashaf kita, dibaca dengan lidah kita, dihafaz di dalam dada kita. Inilah yang wajib diiktikadkan tanpa perlu menyoalkan makhluk atau tidaknya apa yang tertulis dan dibaca itu kerana sunnah Rasul tidak menyentuh perkara ini.

Kaum Sufi juga sepakat berpendapat bahawa memandang Zat ALLAH di dalam syurga itu hukumnya harus. Yang ALLAH Taala nafikan ialah melihat kepadaNya (dengan mata kepala) kerana pengelihatan sebegini bererti organ mata dengan cara tertentu mengesan suatu objek... (Maha Suci ALLAH dari sebarang penyerupaan). Dalam masalah ini Sidnan Nabi mengibaratkan pandangan dengan pandangan, bukan soal objek yang dipandang.

Sabda Sidnan Nabi

“Sesungguhnya kamu akan memandang Tuhan kamu di hari kiamat nanti ibarat kamu memandang bulan di malam purnama tanpa sebarang halangan.”

Kaum sufi sepakat mengatakan bahawa wajib beriman dan mengakui perkara-perkara yang disebutkan ALLAH Taala dalam Al-Quran dan apa yang datang dari perkhabaran hadis Baginda Sidnan Nabi  tentang [perkara-perkara ghaib] seperti syurga, neraka, lauhul mahfuz, qalam, haudh, syafaat, sirat, timbangan mizan, benteng pemisah di akhirat, azab kubur, soalan Munkar dan Nakir, ada yang akan dikeluarkan dari neraka dengan syafaat dari para pemberi syafaat, dibangkitkan sesudah mati, syurga dan neraka diciptakan untuk kekal abadi, ahli syurga kekal abadi mendapat nikmat di dalam syurga, ahli neraka kekal abadi mendapat
azab di dalam neraka, dan orang beriman yang masuk neraka bukan kerana dosa-dosa besar tidak akan kekal di dalamnya.

Kaum sufi sepakat meyakini bahawa ALLAH Taala menciptakan segala perbuatan
hamba-hambaNya, ALLAH jualah yang menciptakan segala amalan mereka, demikianlah seperti yang difirmankan ALLAH Taala :

Dan Allah-lah yang menciptakan kamu dan segala apa yang kamu lakukan.
Surah As-Saffat : 96

Kaum sufi sepakat meyakini bahawa semua makhluk akan mati dengan ajal masing-
masing. Begitu juga syirik dan maksiat itu semuanya berlaku dengan qadha dan qadar ALLAH Taala dan tiada siapa yang boleh membangkang ALLAH dalam soal ini,

Katakanlah : "ALLAH mempunyai hujah yangjelas lagi kuat... "  Surah Al-An'am : 149

dan ALLAH Taala tidak redha dari hamba-hambaNya kekufuran dan maksiat, dan redha (dari Allah) itu tidak sama dengan iradah (kehendak Allah).

Kaum sufi berpendapat bahawa patut solat menjadi makmum di belakang imam yang
baik dan yang tidak baik. Kaum sufi tidak mewajibkan syurga bagi seorang Islam semata-mata kerana kebaikan yang dilakukannya, kaum sufi juga tidak mengata dia ahli neraka semata-mata kerana dosa besar yang dilakukannya.

Kaum sufi berpendapat bahawa kekhalifahan itu tertentu kepada orang Quraisy ; tidak boleh bangsa lain merebut kekhalifan dari mereka. Kaum sufi tidak melihat keharusan pemberontakan melawan pemerintah, walaupun pemerintah itu zalim.

Kaum sufi beriman dengan semua kitab yang diturunkan kepada para nabi dan rasul.
Sesungguhnya mereka semua adalah manusia yang paling utama, dan yang terutama di kalangan mereka ialah Baginda Nabi Muhammad ^j yang telah dijadikan ALLAH Taala sebagai penutup segala nabi.

Dan manusia paling utama sesudah Saiyidina Rasulullah ialah Saiyidina
Abu Bakar, kemudian Saiyidina Umar, kemudian Saiyidina Uthman, kemudian Saiyidina Ali, kemudian sepuluh sahabat yang dijamin syurga oleh Saiyidina Rasulullah kemudian orang mukmin pada kurun yang diutus padanya Saiyidina Rasulullah kemudian para ulama yang beramal dengan ilmu, kemudian manusia yang paling memberi manfaat kepada manusia lain.

Kaum sufi sepakat mengatakan bahawa para rasul itu lebih mulia dari para malaikat,
namun bersalah-salahan pendapat mereka tentang kemuliaan malaikat keatas orang beriman, tapi yang jelasnya dikalangan malaikat ada yang lebih mulia antara satu sama lain sepertimana dikalangan orang mukmin ada yang lebih mulia antara satu sama lain.

Kaum sufi sepakat mengatakan bahawa mencari rezeki halal adalah satu kefardhuan, dan bumi ini tidak sunyi dari yang halal, kerana ALLAH Taala telah menuntut hamba-hambaNya mencari yang halal. ALLAH sekali-kali tidak menuntut hamba dengan suatu perkara melainkan perkara itu pasti ada ; mungkin banyak di satu tempat dan sedikit pula di satu tempat yang lain. Maka siapa yang zahirnya baik tidaklah patut diragui harta dan sumber pendapatannya.

Kaum sufi sepakat meyakini bahawa kesempurnaan iman itu ialah berikrar dengan lisan, tasdiq (meyakini) dengan hati dan mengamalkan dengan perbuatan. Maka barangsiapa meninggalkan ikrar sesungguhnya dia kafir, siapa meninggalkan tasdiq sesungguhnya dia munafik, dan siapa yang tidak beramal dengan perbuatan maka sesungguhnya dia mubtadi' (ahli bid'ah). Kaum sufi berpendapat bahawa kemuliaan manusia itu berdasarkan ketinggian imannya, hanya mengetahui Islam dengan hati itu tidak berguna selagi tidak mengucap dua kalimah syahadah, kecuali dihalang oleh suatu keuzuran yang diiktiraf oleh syarak.


Kaum sufi berpendapat bahawa istisna' dalam soal iman itu dibolehkan dengan syarat [ucapan InsyALLAH itu] disebut langsung sesudah ikrar dan ia disebut untuk menyungguhkan ikrar, ini kerana soal iman itu perkara yang ghaib. Sidi Al-Hasan Al-Basri pernah ditanya : 'Apakah benar-benar tuan ini beriman?!" Maka beliau menjawab : "Jika iman yang kau maksudkan itu ialah pengakuan (Islam) yang menjamin nyawaku, menghalalkan sembelihanku dan pernikahanku ; maka sesungguhnya memang benar-benar aku beriman. Tapi jika iman yang kau maksudkan ialah iman yang menjamin aku masuk syurga, menyelamatkan aku dari neraka, iman yang diredhai ALLAH ; maka aku adalah orang beriman, Insya ALLAH." Dalam Al- Quran, ALLAH Taala pun melakukan istisna ' iaitu dalam firmanNya :

...kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram -Insya Allah- dalam keadaan aman... - Surah Al-fath : 27

dalam perkara ini ALLAH menyebut (Insya Allah) walaupun ia tidak syak lagi.

Ada ulama sufi telah ditanya mengenai istisna' ALLAH Taala dalam ayat tadi, beliau
menjawab : "ALLAH mahu mendidik hamba-hambaNya melalui istisna' ini, ALLAH mahu mengingatkan mereka bahawa ALLAH Taala yang Maha Sempurna pengetahuanNya pun berkata (Insya Allah), maka makhluk yang lemah pengetahuannya sudah tentu lebih patut untuk tidak menghukumkan sesuatu melainkan dengan mengembalikannya kepada kehendak ALLAH
jua." Seterusnya Baginda Sidnan Nabi  dalam ucapannya kepada ahli kubur
berkata :

...dan kami -Inysa Allah- akan mengikut kamu semua. - Riwayat At-Tirmizi

...di sini Baginda tetap menyebut (Insya Allah) sedangkan Baginda tak pernah meragui bahawa mati pasti terjadi, dan pasti semua orang akhirnya akan menjadi ahli kubur. Dengan ini jelaslah bahawa istisna' juga turut memberi erti kepastian.

Kamu sufi sepakat berpendapat mengenai keharusan melakukan suatu pekerjaan,
berniaga dan bertukang yang mana itu semua dibuat untuk bertolong bantu sesama manusia bagi mendatangkan kebaikan dan ketaqwaan, namun kaum sufi melihat semua usaha itu tidaklah memberi apa-apa bekas untuk mendatangkan rezeki. Kaum sufi juga berpendapat bahawa pekerjaan terakhir yang dapat dilakukan buat mencari rezeki ialah minta sedekah, tapi ini tidak halal dikerjakan oleh orang kaya dan orang yang punya maruah sempurna.

Sabtu, 23 Juli 2016

KEZUHUDAN ABU BAKAR AS SIDDIQ R.A BAHAGIAN 2

Abdurraman bin Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu bercerita kepada kami,” pada suatu ketika, saat Rasulullah Shallahu ‘alaihi Wa sallam usai melaksanakan shalat subuh, tiba-tiba beliau mengarahkan pandangannya ke arah para sahabatnya seraya mengatakan,” Adakah di antara kalian yang hari ini ia berpuasa?”

Umar bin Khottob radhiyallahu ‘anhu menjawab,” Wahai Rasulullah aku tidak berniat untuk berpuasa pada hari ini, sehingga di pagi ini aku tidak berpuasa.”

Lalu Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu berkata,” Aku berpuasa wahai Rasulullah, sebab sejak semalam aku telah berniat puasa, sehingga di pagi ini aku pun berpuasa.”

Lalu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,” Adakah salah satu dari kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?”

Umar menjawab,” Wahai Rasulullah, usai menjalankan shalat tentunya kami masih berada di sini, lantas bagaimana kami bisa menjenguk orang sakit?”

Abu Bakar berkata,” Telah sampai kabar kepadaku bahwa saudaraku Abdurrahman bin Auf sedang mengeluhkan sakit yang dialaminya, sehingga dalam perjalananku menuju masjid ini aku telah menyempatkan diri menjenguknya.”

Lalu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,” Adakah salah satu dari kalian yang hari ini ia bershodaqoh?”

Umar menjawab,” Wahai Rasulullah, usai menjalankan shalat tentunya kami masih berada di sini.”

Abu Bakar berkata,” Saat aku memasuki masjid, aku melihat seorang pengemis minta-minta, ketika itu aku mendapati sepotong roti gandum tengah berada di genggaman tangan Abdurrahman(salah seorang putranya), lalu aku pun memintanya untuk aku berikan kepada pengemis itu.”

Maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,” Bergembiralah engkau(wahai Abu Bakar) dengan syurga.”

Lantas Umar menghela nafas dengan seraya berkata,” Oh...oh...betapa indahnya syurga.” Selanjutnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan perkataan yang membuat umar merasa lega, sebab umar menyadari bahwa segala kebaikan-kebaikan telah didahului seluruhnya oleh Abu Bakar.

Dalam riwayat lain dijelaskan bahwa Rasulullah kemudian bersabda,” Semoga Allah menyayangi Umar, semoga Allah menyayangi Umar, sebab segala kebaikan yang diinginkannya telah didahului seluruhnya oleh Abu Bakar.”(H.R. At-Thobroni)

Suatu ketika Rasulullah memerintahkan kepada para shahabat untuk bershodaqoh. Pada saat itu pula Umar bergumam,” Aku berharap hari ini aku bisa menandingi amalan Abu Bakar dengan menginfakkan setengah dari hartaku.”

Akan tetapi, ternyata Abu Bakar datang kepada Rasulullah dengan membawa seluruh harta yang beliau miliki untuk dishodaqohkan, sehingga Rasulullah bertanya kepadanya,” Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau sisakan hartamu untuk keluargamu?”

Abu Bakar menjawab,” Untuk mereka, aku sisakan Allah dan Rasul-Nya.”
Maka Umar berkata,” aku selamanya tidak akan mampu mengalahkanmu dalam hal kebaikan.” Dalam riwayat lain,” aku selamanya tidak akan bisa mendahuluinya sedikitpun.”(H.R. Abu Daud)

Sejak sebelum masuk islam, Abu Bakar sudah dikenal sebagai orang yang rendah hati dan tidak menyombongkan diri, tidak rakus terhadap harta dunia. Begitu pula setelah masuk islam, ia tidak pernah menampakkan perilaku takabbur dalam segala bentuknya, bahkan saat beliau menjadi kholifah sekalipun. Beliau adalah sosok yang sangat menghawatirkan sisi agamanya, serta sangat berhati-hati sekali agar tidak jatuh pada kesombongan.

Suatu ketika Abu Bakar mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,” Barangsiapa yang memanjangkan bajunya dengan kesombongan, maka Allah tidak berkenan memandangnya di hari Kiamat kelak.”(mutafaqqun ‘alaih dan yang lainya)

Lalu Abu Bakar berkata,” Wahai Rasulullah, salah satu sisi pakaianku ini menjulur ke bawah, sehingga aku harus memeganginya agar tidak menjulur.”

Maka Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,” Sungguh engkau tidak termasuk orang yang berperilaku sombong.”

Kerendahan hati Abu Bakar yang lain yaitu, beliau sangat perhatian terhadap tetangga beliau. Anisah radhiyallahu ‘anha mengatakan,” Abu Bakar tinggal di sekitar tempat tinggal kami selama 3 tahun lamanya. 2 tahun sebelum menjabat khalifah dan 1 tahun setelah menjabat khalifah. Saat itu para tetangga  di sekitar tempat tinggalnya seringkali datang kepada Abu Bakar dengan membawa kambing-kambingnya, sehingga Abu Bakar pun memerahkan susu dari kambing-kambing itu untuk mereka.”(Isnadnya shohih, diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad)


Sungguh ini adalah contoh dari kerendahan hati dan bentuk khidmat dari seorang pemimpin yang belum pernah ada bandingannya kapan pun.!

KEZUHUDAN ABU BAKAR AS SIDDIQ R.A BAHAGIAN 1

Dikeluarkan oleh al Bazar dari Zaid bin Arqam r.a. katanya: Ketika kami bersama dengan Abu Bakar r.a. ia meminta air, lalu air itu dan madu dihidangkan untuknya. Ketika ia memegang air dan madu itu dengan tangannya, ia pun menangis sehingga kami mengira sesuatu telah terjadi kepadanya. Setelah ia selesai menangis, kami pun bertanya kepadanya, “Apakah yang menyebabkan engkau menangis, ya khalifah Rasulullah?”

Ia menjawab “Ketika aku bersama-sama dengan Rasulullah saw., aku melihat baginda saw.menghalau sesuatu tetapi aku tidak dapat melihat benda yang dihalau olehnya. Maka aku pun berkata, “Ya Rasulullah, Apa yang engkau halau sedangkan aku tidak dapat melihatnya?” Baginda saw. pun bersabda, ‘Dunia mengulurkan tangannya kepadaku, lalu aku berkata kepadanya supaya meninggalkan aku. Maka dunia berkata kepadaku, ‘Bukankah Engkau mau memegangku lama-lama.’”

Abu Bakar r.a.berkata, “Aku merasa takut dengan penjelasan baginda saw. itu sekiranya aku telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Rasulullah saw., sekiranya dunia telah dapat menguasaiku.”

Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab al Hilyah dari Zaid bin Arqam bahwa Abu Bakar r.a. meminta air, lalu di bawahkan kepadanya air dan madu di dalam satu wadah. Ketika ia mengangkat air hampir ke mulutnya, ia menangis. Tangisannya menyebabkan orang-orang yang berada di sekililingnya turut menangis. Kemudian ia terdiam dan berhenti menangis. Tetapi orang-orang di sekililingnya  masih menangis. Kemudian ia menangis lagi sehingga mereka mengira bahwa mereka tidak dapat menanyakan masalahnya. Kemudian ia menyapu mukanya dan berhenti menangis dan kembali seperti biasa, mereka berkata, “Apakah yang menyebabkan engkau menangis?”

Maka dinyatakan hadits lebih kurang seperti di atas dengan tambahan:  Setelah menghalau dunia itu, dunia berkata, “Walaupun kamu telah berhasil keluar dari perangkapku tetapi orang-orang selepasmu tidak akan bebas dari godaanku.”

Begitulah yang diriwayatkan oleh al Hakim dan al Baihaqi, sebagaimana dalam al Kanz.

Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam kitab az Zuhd dari ‘Aisyah r.ha. katanya: Ketika Abu Bakar r.a. meninggal dunia, ia tidak meninggalkan satu dinar atau satu dirham pun. Sebelum kematiannya, ia telah mengambil semua hartanya dan memberikannya kepada Baitul Mal.”

Dalam riwayat Ahmad juga dalam kitab az Zuhd dari Urwah bahwa sesungguhnya setelah Abu Bakar r.a. dilantik menjadi Khalifah, ia menyimpan semua hartanya di dalam Baitul Mal kaum muslimin. Maka tidak tinggal satu dirham atau satu dinar pun, melainkan semuanya telah disimpan olehnya di Baitul Mal. Ia berkata, “Aku telah menjalankan perniagaan danaku telah mencari harta itu. Ketika aku dilantik sebagai khalifah, jabatan itu telah menjadikan aku sibuk. Maka aku tidak dapat menjalankan perniagaan dan berusaha mencari rejeki dengannya.” (al Kanz)

Dalam riwayat Ibnu Sa’ad dari Atha bin ash Shaib katanya: Takkala Abu Bakar r.a.diba’iat, keesokkan harinyaia pergi ke pasar. Ia menyandang di atas bahunya bungkusan kain-kain untuk dijual.

Di pertengahan jalan, ia bertemu Umar r.a. lalu Umar r.a. berkata kepadanya, “Hendak ke manakah engkau?”

Umar r.a.bertanya lagi, “Apakah yang engkau lakukan? Bukankah engkau telah dilantik untuk mengurus keperluan kaum muslimin?”

Sebaliknya Abu Bakar r.a. bertanya kepada Umar r.a., “Karena itulah, bagaimanakah aku akan memberi makan ahli keluargaku?”

Umar r.a. pun berkata, “Pergilah, Abu Ubaidah akan menetapkan sejumlah tunjangan untukmu yang diambil dari harta Baitul Mal.”

Kemudian mereka berdua pergi menemui Abu Ubaidah r.a. dan Abu Ubaidah r.a. berkata, “Aku akan menentukan bagi engkau tunjangan dalam jumlah yang biasa diberikan kepada seorang lelaki dari kalangan muhajirin, tidak lebih dan tidak kurang, beserta pakaian musim dingin dan panas. Jika pakaian itu lusuh, engkau boleh mengembalikannya dan mendapat ganti yang baru.”

Kemudian Abu Bakar r.a. diberi setengah ekor kambing setiap hari dan kain untuk mengikat kepala dan perut.”

Dalam riwayat Ibnu Sa’ad juga, dari Hamid bin Hilal katanya: Ketika Abu Bakar r.a.dilantik sebagai khalifah, sahabat-sahabat Rasulullah saw. menetapkan untuknya tunjangan dalam jumlah yang mencukupi untuknya. Mereka berkata, “Ya. Dua helai kain selimut yang apabila telah lusuh, kain itu boleh dikembalikan dengan mendapat ganti yang baru dan binatang tunggangan yang boleh digunakan dalam suatu perjalanan. Begitu juga nafkah anak-anaknya dalam jumlah yang biasa diberikannya kepada mereka sebelum ia dilantik menjadi khalifah.”


Abu Bakar r.a.berkata, “Aku ridha dengan semua ini.” (al Kanz)

Jumat, 22 Juli 2016

IMAN TAPI KAFIR

IMAN TAPI KAFIR

Bismillahir rohmaanir rohiim
Assalamu`alaikum wr wb

Lepas dari konteks keagamaan, Iman itu sudah ada dan senantiasa bersemayam dalam diri manusia yang pada dasarnya merupakan pemberian yang sangat esensial bagi keberadaan sang pemberi  sekaligus menjadi petunjuk bagi yang diberi bahwa yang diberi tidak bisa keluar dari keadaan diberi.

Ketika ada seseorang berkata bahwa dia tidak beriman kepada tuhan, sebab dia ingin keluar dari iman padahal tidak akan pernah bisa keluar dari keimanan.

Ibarat ada orang sedang makan dan mengunyah nasi tapi sambil berkata bahwa dia tidak ingin makan.

Hanya saja kebanyakan manusia melihat iman dari sisi keagamaan saja. Terutama dari sisi peribabatan lahiriyah saja. Sehingga iman itu sendiri menjadi milik agama.
Manusia seperti apapun pasti beriman. Keluar dari agama apapun, dia tetap beriman. Dengan iman pasti akan beramal sesuai apa yang diimani. sebab amal itu buah dari iman. Tidak ada seseorang berbuat sesuatu tanpa dasar iman. Tidaklah seseorang beramal tanpa dasar keyakinan.

Ketika kita sedang melakukan sesuatu, kita didorong oleh iman kita. Ketika itu pula kita bisa melihat dari mana datangnya dorongan hingga kita melakukan sesuatu. Yang paling umum dan jelas, kita melakukan sesuatu atas dorongan keinginan dari dalam diri kita sebab kita ingin sesuatu, Ini sudah cukup membuktikan bahwa dasar kita berbuat itu atas perintah diri kita alias taat kepada diri kita sendiri. Artinya kita patuh menuruti diri kita sendiri. Kita takluk sujud kepada diri kita sendiri. Kita beriman kepada diri kita sendiri. Di sini kita bisa melihat Seperti apa dan bagaimana keimanan kita. Tentu saja bagi orang awam tauhid tidak bisa membedakan. Bahkan memikirkan asal datangnya dorongan saja tidak bisa dan tidak pernah.

Bagi orang yang mengetahui atau memiliki ilmu terutama ilmu keimanan, keadaan itu bisa dideteksi dengan menggunakan disiplin ilmu yang sesuai. Namun, Apakah dengan pengetahuan yang dia miliki kemudian dia bisa merubah keyakinannya dan dia bisa berpindah dari keadaan itu ?. Umpamanya dia bekerja supaya dapat penghasilan. Jadi dasar bekerjanya didorong oleh dirinya sendiri yang menginginkan penghasilan. Apakah kemudian bisa merubah supaya tidak ingin dapat penghasilan? Keadaan hati yang menginginkan penghasilan itu sudah terpatri dalam hatinya hingga mendarah daging hingga memenuhi sumsum jiwanya. Mengiang dalam benaknya dan menimbulkan dia ingin bekerja supaya dapat penghasilan.
Dia yang sedang berada pada keimanan kepada dirinya sendiri, lantas dia sendiri yang mrmerintahkan dirinya untuk menyanjung dan membanggakan penghasilannya. Tanpa kasat mata, sebenarnya dia sedang menuja penghasilannya dalam wujud harta atau kesenangannya.

Dalam kondisi ini, Harta benda atau keinginannya berposisi sebagai tujuan dan dirinya sendiri menjadi tuhannya.

Walaupun sebagian dalam hatinya menyadari keberadaan tuhan namun dia tidak bisa keluar dari kondisi ini. Keimanannya kepada tuhan disandingkan dengan dirinya sendiri.

Sebagaimana kami sendiri saat ini yang sedang menulis. Apakah dasar dorongan menulis ini sebab perintah keinginan kami sendiri? Jika ini kenyataannya, maka Allah tidak ikut campur tangan. Kenyataan ini tidak bisa kami pungkiri. Walaupun Ilmu yang kami pelajari tidak seperti ini.  Bahkan ilmu yang diberikan kepada kami sangat jelas. Ilmu Wahidiyah sangat tegas. Dasarnya jelas. Ayatnya " WAMAA UMIRU ILLA LIYA`BUDULLOHA MUHLISHIINA LAHUDDIINA KHUNAFA...dst. (dan tidaklah diperintahkan kecuali hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah...dst

Walaupun ayat ini dihadapkan didepan mata kita bahwa "WAMAA KHOLAQTUL JINNA WAL INSA ILLA LIYA`BUDUUN. ( Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah. Maka apakah ketika ingin makan, ingin tidur ingin bekerja, ingin kumpul keluarga, kumpul suami istri dan seterusnya sudah diarahkan sebagai pengabdian atau hanya mengikuti kemauan diri sendiri?

Mohon maaf. Bagi pembaca yang sedang membaca tulisan ini juga perlu koreksi diri juga.  Jika dorongan ingin membaca atas dasar keinginan diri kita sebab ingin membaca dan ingin tahu, alias ingin mendapatkan ilmu,  maka Allah tidak ikut campur tangan. Kita saat ini sama sama melaksanakan perintah diri kita sendiri. Kita sama sama melaksanakan perintah nafsu kita masing masing. Sehingga semua aktifitas kita tidak pernah dikitabkan sebagai pengabdian diri kepada Allah tapi mengabdi kepada nafsu kita sendiri.  Maka jelas catatan ibadahnya kosong. Tidak pernah beribadah walaupun bentuk perbuatannya berupa sholat, puasa zakat, mengaji dan membaca alqur`an , berbuat baik dan lain sebagainya.
Hal ini berlaku untuk semua aktifitas kita. Mulai dari gerak gerik lahir hingga batin kesemuanya total menjalankan perintah diri kita.

Ketika kita bangun dari tidur, kita diperintah oleh diri kita sendiri sebab ingin bangun dan melakukan sesuatu.
Ketika Kita bekerja, Belajar, ke Sekolah dan semua aktifitas  kita diperintah oleh diri kita sendiri sebab kita ingin hasil maksimal.
Ketika kita Sholat, Puasa, Zakat dan semua bentuk amal perbuatan apapun yang kita kerjakan, asal dorongan perintah berasal dari keinginan diri kita sendiri. Jadi selamanya Kita diperintah oleh nafsu kita sendiri sebab nasfu kita ingin surga atau takut neraka atau ingin sesuatu yang harus kita penuhi.
Mau atau tidak mau, kita selamanya disebut orang yang menuruti diri kita sendiri.
Suka atau tidak suka, kita selamanya menjadi budaknya diri kita sendiri. Sehingga kalimat orang orang kafir yang sangat terkenal dan sangat akrab ditelinga kita yaitu Jadilah diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri. PADAHAL INI BAHASA KAFIR.

Kenyataan ini berlaku bagi kebanyakan manusia di dunia ini. Termasuk diri kami sendiri

Orang bodoh menjadi budak nafsu sebab kebodohannya. ( bodoh tauhid )
Orang alim menjadi budaknya ilmu sebab nafsunya. (Jahil binnurillah)
Antara orang bodoh dengan orang alim tidak ada bedanya. Sama sama melaksanakan perintah dirinya sendiri. Sama sama menjadi budak nafsunya sendiri. Jahil sebab tertutup oleh Nur.
Apalagi bagi orang yang tidak beragama. Orang yang beriman dan beragama saja masih kufur  kecuali orang yang diberi taufiq hidayah Allah. Sehingga terbuka Nur Nur Ubudiyah.

Semoga taufiq hidayah Allah menyertai kita semua. Sambil berapapun semoga ditemani hidayah. Sehingga berbuat sesuatu, berfikir serta mengoreksi dengan sungguh sungguh kita diberi bisa mendeteksi iman kita sendiri.

 Setundanya kita senantiasa  dituntun taufiq hidayah Allah. Mari kita  tengok keadaan iman kita saat ini bearada di level mana.

1. IMAN KUFUR
2. IMAN DZAUQI
3. IMAN MUSYAHADAH

1. IMAN KUFUR ( Ingkar )
Kalau dalam kajian Ilmu tauhid, sebenarnya tidak ada Iman kufur. Apalagi dalam kajian ilmu syariat. Orang kafir, tidak masuk kategori iman. Dia difonis menjadi golongan orang orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rosulnya. Sebab prilaku kafir itu bertentangan dengan terminologi iman itu sendiri. Secara umum memang begitu adanya.

Namun dalam kajian iman itu sendiri, keadaan kufur atau ingkar itu terjadi bukan sebab tidak adanya iman. Dia tetap beriman kepada tuhan. Dia tetap ingat kepada Allah ( Dzikir ) . Dia percaya kepada kekuasaan tuhan. Dia tahu bahwa hidupnya dikuasai tuhan ( diciptakan dan dihidupkan Allah ) . Dia berbuat ingkar sebab tidak ingin mengakui kedudukan Tuhan sepenuhnya. Tidak semata menyetujui kekuasaan Allah dan Rosulnya . Orang yang mengakui kedudukan Allah dan Rosulnya, pasti disertai penghormatan. Disertai ta`dziiman ( mengagungkan ) dengan rasa cinta yang murni.
Diri kita sendiri yang sudah kita sadari bahwa  keberadaan kita ini sebab diciptakan. Otomatis tidak ada secuilpun yang bisa diandalkan di hadapan Allah dan Rosulnya. Hanya ketergantungan tanpa daya upaya. akan tetapi kita masih senantiasa mengambil porsi yang bukan hak kita. Kita masih terbiasa merampas kekuatan Allah. Kita mengaku memiliki kekuatan. Mengaku memiliki kemampuan.Kita merasa bisa berjalan. Bisa berbuat, bisa membuat sesuatu. Sikap ingkar itu  terjadi pada semua manusia walaupun sikap ingkar itu tetap tidak berpengaruh apa apa terhadap kedudukan Allah dan Rosulnya. " INNAL INSANA LADZOLUMUN KAFFARUN  ( Sesungguhnya manusia itu senantiasa berbuat Dzolim dan Ingkar.)

Sebagaimana sikap seorang rakyat kepada presiden. walaupun si rakyat itu ingkar, tidak hormat, atau bahkan tidak suka, Jabatan Presiden tetap tidak luntur atau berubah kedudukannya.
ini baru contoh jabatan keduniaan. kalau jabatan tuhan Allah tidak bisa dibayangkan kedudukannya. Rosululloh juga tidak bisa diukur kekuasaannya. Hanya saja kebanyakan manusia melihat Rosul bukan melihat jabatannya tapi melihat manusianya. Sehingga terjadi perdebatan panjang sepanjang sejarah kemanusiaan. Terjadi peperangan tanpa henti. Perang opini, Perang pemahaman, bahkan tidak jarang terjadi perang fisik.

Hal tersebut sudah dibukukan ( dikitabkan ) sebagaimana syaithan tidak menyetujui kemauan Allah terhadap Nabi Adam.
Seperti juga para ahli kitab, kaum Yahudi, nasrani yang tidak setuju dengan kenabian Junjungan kita Muhammad Rosululloh Shollallohu Alaihi Wasallam.

Mereka mau beriman atau tidak,mereka tetap tidak merubah ke_Rasul_an Nabi Muhammad Shollallohu Alaihi Wasallam di sisi Allah. Syaithan mau menerima atau tidak, Mbah Adam AS tetap menjabat sebagai kholifah fil ardhi. Tetap menjadi Nabi Allah.

Seperti halnya Zaman ini, Tentang keberadaan dan kedudukan Ghoutsi Hadzaz Zaman Rodhiyallohu Anhu. Sangat sedikit manusia yang mengakui dan menyadari keberadaan dan kedudukan Ghoutsi Hadzaz Zaman RA.  Kebanyakan manusia mengingkari ke_kholifah_an.

Walaupun kebanyaakn manusia tidak mau mengimani, keberadaan dan kedudukan beliau Sulthonul Auliya tetap berlaku dipermukaan langit dan bumi ini. Kedudukan Amirul mukminin tetap berlangsung hingga kiamat. Walaupun secara jasmani sudah dianggap berakhir oleh sebagian besar bangsa manusia.

Masalah iman tidak bisa diatur secara keilmuan  apalagi secara logika. sebab iman itu bukan ilmu. Iman itu adalah taufiq hidayah Allah yang secara thobi,i sudah ada dalam hati manusia.

Jadi kami mohon maaf kepada seluruh ulama` yang sudah menetapkan bahwa orang kafir itu bukan orang beriman. Orang kafir juga beriman tapi ingkar. Syaithan juga Iman kepada Allah tapi dia ingkar.

Syaithan ingkar kepada perintahnya. Dia tahu Allah maha kuasa dan sebagainya tapi dia ingkar dengan kehendak Allah. Lebih celakanya lagi  banyak manusia yang menyatakan iman kepada Allah dan Rosulnya akan tetapi  dalam prakteknya masih tergolong ingkar. Sehingga kami ikut membahasakan dengan istilah IMAN KUFUR atau iman ingkar.  Ingkar kepada aturan aturan Allah. Ingkar kepada kedudukan Rosululloh beserta tuntunnya. Tak ubahnya seperti syaithan.

Jika iman itu ibarat baju, semua manusia memang memiliki baju tapi tidak sedang berbaju lantaran bajunya sedang tidak dipakai.

Jika bajunya orang islam itu Sholat, Puasa, Zakat dan Haji , namun sudah tidak ada getaran lagi dalam pelaksanaannya. Semua bentuk keingkaran itu terjadi sebagaimana syaithan yang pada dasarnya hanya ingin menuruti dirinya sendiri. Allah disuruh mengankat dirinya sebagai khalifah.

Semua manusia yang tidak mentaati perintah Allah dan Rosulnya, menjadi manusia ingkar sebagaimana keingkaran syaithan namun tidak disadari.

Alhamdulillah, Sholawat Wahidiyah dan ajarannya diberi bisa mengatasi keingkaran keingkaran kepada Allah dan Rosulnya. Dengan cara memperbanyak hibungan rohani ke pangkuan Rosululloh, tidak sedikit manusia diberi taufiq hidayah oleh Allah. Bahkan banyak saudara pengamal Sholawat Wahidiyah diberi bisa bertemu junjungan kita Rosululloh SAW. Banyak yang diberi bisa bertemu Shulthanul Auliya` baik melalui mimpi maupun yaqodhotan ( Lek lek an = jawa )

Semoga Allah memberi peningkatan iman yaitu IMAN DZAUQI ( Iman Merasakan )
Iman Dzauqi adalah iman merasakan langsung. Ibarat iman itu sebuah baju, maka baju itu sedang kita pakai.
Semoga dilain waktu Allah memberi kesempatan kepada kita untuk mengkaji bersama sama  yaitu kajian Iman Dzauqi. Iman merasakan langsung namun kajian ini tanpa pelaksanaan, kita hanya mendapat ilmu yang akan menuntut kita sendiri jika tidak diterapkan.

Wabillahi taufiq wal hidayah

Wassalamu`alaikum wr wb.