Minggu, 16 November 2014

KUNCI MENGENAL ALLAH BAB 1 (BAHAGIAN 7) : Kaum Sufi Di Zaman Rasulullah s.a.w



Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun keadaan ahli suffah yang demikian kaum Muslimin tidak menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu.

Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda masjid baginda s.a.w untuk satu puak yang menjadi ahli masjid merupakan satu tindakan yang sangat berhikmah. Ahli suffah yang juga ahli masjid Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan yang paling hampir dengan baginda s.a.w. Mereka yang mula-mula mendengar pengajaran Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dalam majlis baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Peranan mereka adalah umpama kutubkhanah yang menyimpan segala macam pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka hanya menceburi satu bidang sahaja dalam kehidupan ini, iaitulah bidang ilmu Rasulullah s.a.w. Dari kalangan mereka terdapat orang-orang yang sangat mendalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. ‘Khazanah ilmu agama' itulah yang memainkan peranan penting sebagai mubaligh yang menyampaikan ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan juga kepada mereka yang baharu memeluk agama Islam. Ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, ahli sufi atau ahli ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya.

Untuk orang-orang faqir yang telah terikat pada jalan Allah, yang tidak sanggup lagi berusaha pada bumi, disangka oleh orang-orang yang tidak tahu bahawa mereka adalah puak yang berada, dari sangat mereka menahan diri. Engkau dapat mengenal mereka daripada tanda mereka. Mereka tidak meminta-minta kepada manusia dengan memaksa-maksa. Maka apa pun harta yang kamu belanjakan sesungguhnya Allah amat Tahu. ( Ayat 273 : Surah al-Baqarah )

Dan tidaklah (patut) orang-orang yang beriman itu turut (ke medan perang) semuanya. Tetapi alangkah baiknya keluar dari tiap-tiap golongan itu, di antara mereka satu kelompok; supaya mereka memberi ancaman kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada kaum mereka, supaya mereka berhati-hati. ( Ayat 122 : Surah at-Taubah )

Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar. Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan agama. Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul". Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada".

Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan ahli suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian.

Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut. Pada zaman Rasulullah s.a.w, puak yang bekerja khusus dalam bidang ilmu agama itu ditanggung oleh pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri.

Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.

Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empat orang ‘Menteri Kanan'. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Siapa pula ‘kakitangan kerajaan' yang membantu Rasulullah s.a.w dan ‘Menteri-menteri' baginda s.a.w? Mereka adalah ahli suffah yang bekerja sepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w. Kebanyakan daripada masa baginda s.a.w dihabiskan di dalam masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak mempastikan latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai persiapan mempertahankan agama dan negara Islam. Ahli suffah yang mengatur pembuatan senjata-senjata perang seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkan unta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan semuanya berada dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi itulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari dalam masjid baginda s.a.w. Ketika bilangan tentera Islam masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. Jadi, ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka bagi menyara kehidupan mereka. Mereka reda dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama mereka tidak dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keredaan Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

KUNCI MENGENAL ALLAH BAB 1 (BAHAGIAN 6) Ilmu Kerohanian Sebagai Kunci Untuk Mengenal Tuhan.



Ghazali berkata dalam bukunya: “Kimyaussaadah” : “Bahwa Ilmu Kerohanian (kebatinan) dengan sifat-sifatnya itulah yang merupakan kunci kearah mengenal Tuhan”.

Jika kita memperhatikan kehidupan Nabi Muhammad dalam mencapai Hakekat Ketuhanan, baik ia sebelum dan sesudah beliau menjadi Rasul, maka dapatlah kita melihat Nabi Muhammad sebagi seorang shufi. Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. terletak keletihan diatas sepotong tikar daun korma. Tatkala Ibnu Mas’ud seorang shabat setia kepada beliau mencucurkan air matanya karena seorang yang telah memiliki hampir seluruh Jazirah Arab dan dimuliakan oleh Allah, demikian penderiaannya dalam kehidupannya. Ibnu Mas’ud mengatakan kepada beliau apakah tidak perlu mencarikan bantal untuk tempat meletakkan kepala Nabi yang mulia itu?
Maka beliau melihat kepada Ibnu Mas’ud seraya berkata: “Tidak ada hajatku untuk itu, aku ini laksana seorang musyafir di tengah-tengah padang pasir yang luas dalam panas terik yang bukan kepalang aku menemui sebuah pohon yang rindang. Oleh karena aku letih, aku rebahkan diriku sesaat untuk istirahat dengan niat kemudian aku berjalan lagi kembali untuk menyampaikan tujuanku menemui Tuhanku”.

Nabi Muhammad hidup sebagai Shufi sebelum dan sesudah menjadi Nabi. Sebelum beliau menjadi Rasul.

Muhammad suka menyendiri, berkhalwat atau bersamadi di Gua Hira. Disana ia melatih diri mengasah jiwanya, ia bertekun, berjihad, tafakkur, berfikir, ia memperhatikan keadaan Alam dan susunannya, memperhatikan segala-galanya dengan mata hatinya. Dengan demikian, pandangan lahir dan bathinnya menjadi sangat bersih dan suci.
Demikianlah maka kepribadiannya menjadi sempurna. Sekalipun Muhammad adalah manusia seperti kita juga, tetapi Qalbu yang ada padanya sangat luar biasa bersihnya dan sucinya, sehingga dapat lekas menerima dan merasa apa yang bersifat suci, karena itu maka Muhammad layak menerima “wahyu” dari Tuhan Yang Maha Suci. Firman Allah dalam Qur’an (S. Asysyura 52).
yang artinya :
“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu Muhammad wahyu dengan perintah aku. Sebelumnya, kamu Muhammad tidaklah kamu mengetahui apa itu “Qur’an” dan tidak pula kamu mengetahui apa itu “Iman”, tetapi aku jadikan Qur’an itu “Nur” cahaya yang aku beri petunjuk dengan dia siapa-siapa yang kami kehendaki diantara hamba-hamba kami. Dan sesungguhnya kamu Muhammad adalah kamu diberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (QS. Asysyura 52).

Wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam “Gua Hira” sejak dari perintah membaca “IQRA” sampai perintah sujud “WASJUD” dan takarrub “WAQTARIB” mendekatkan diri kepada kepada Allah. Itu tidak lain isinya daripada ajaran-ajaran didikan rohani yang diperoleh Rasulullah s.a.w. dalam hidup kerohanian.

Setelah beliau menjadi Rasul :

Setelah Muhammad menjadi Rasul, sesudah sering mengasingkan diri (zuhud) di Gua Hira iapun meneruskan perjuangan beliau (mujahadah), mendekatkan diri kepada Allah (muraqabah) beliau berzikir, bertaubat/istighfaar, bersolat tahajjud sampai jauh malam (mukasyafah) bermunajat dengan Tuhan dalam tingkat Musyahadah dan Mukasyafah yang dengan jalan ini beliau dapat mencapai hakekat Ketuhanan.

HIKAM ABI MADYAN KE 1: PAKAIAN ZAHIR DAN BATIN



Di syarah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki 

Kitab yang bernama Kanzul Minan ‘Ala Hikam Abi Madyan ra

Hai Tuhanku, Jadikan oleh-Mu akan zahir kami berhias dengan syariat dan batin kami berpakai dengan tariqat

Kata Syeikh, zahir ikut syari’at dan batin ikut tariqat. Inilah langkah yang perlu dilalui oleh ahli sufi untuk mencapai maqam haqiqat. Sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka mereka akan mencapai haqiqat yakni kefahaman sesuatu perkara dalam perjalanan tariqat menuju jalan Allah. Kata Imam Malik ra, “Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh iaitu fiqhul asghar dan fiqhul akbar tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf maka mereka adalah fasiq[4]. Sesiapa yang belajar tasawwuf tetapi tidak belajar fiqh dan tauhid maka mereka adalah kafir zindiq. Sesiapa yang menghimpunkan antara keduanya (fiqh, tauhid) dan tasawwuf maka benarlah ia menjadi ahli muhaqqiqin dalam perjalanan menuju kepada Allah. Nabi saw bersabda,
Wali-wali Allah melihat kepada batin dunia di saat manusia melihat zahir dunia”

Sebab itu antara doa para masyaikh berbunyi seperti berikut,
“Ya Allah, Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku sesuatu perkara itu akan haqiqat perkara itu”
Sebab utama masyaikh berdoa sedemikian agar tidak tertipu dengan kepalsuan yang ditonjolkan secara zahir (lahiriah) sepanjang hidupnya. Orang yang beristiqamah atas jalan tariqat akan diberi air (minuman) yang mencurah-curah oleh Allah Ta’ala kedalam benak hati mereka tanpa ada sebarang perantaraan. Mereka dikurnia ilmu ladunni. Ilmu ini adalah ilmu yang tidak ada batasnya. Ini berbeza dengan orang yang mengambil ilmu dari kitab. Ilmu dari kitab ada batasnya sebab ilmu itu terhad pada bilangan buku atau bilangan mukasurat yang dibacanya. Ilmu Nabi saw tidak ada batasnya disisi makhluk Allah kerana Allah telah berfirman kepada Nabi saw, 

Katakanlah wahai Muhammad dan aku ijazahkan kepadamu dengan berkata, “Tuhanku, tambahkanlah bagiku ilmu”

Tentang keluasan ilmu Nabi saw, seorang sahabat bernama Huzaifah ibn Yaman berkata, pernah suatu hari Nabi saw berkhutbah dari Subuh hingga ke Isyak. Nabi saw berkhutbah tentang peristiwa akhir zaman dan memperincikan satu-persatu tentang keadaan manusia hingga ke hari kiamat termasuklah keadaan pemimpin yang zalim.

Supaya benderang atas kami beberapa cahaya haqiqat dan jadikan oleh-Mu akan ma’ani pohon kayu La Ilaha Illallah Muhammad Rasul Allah itu tetap lagi biasa pada kami hingga mendatangkan buahnya pada tiap-tiap ketika dengan kurnia tuhannya.

Semua perkara atas muka bumi ini adalah bersumber daripada kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasul Allah. Pohon ini hendaklah hidup dan berbuah didalam hati kita.

Dan masakkan buah kayu ini hingga bersedap memakan dengan dia dan hingga kami bahagikan padanya akan segala saudara

Menjadi kelaziman kepada wali Allah untuk tidak memakan buah seorang diri melainkan berkongsi dengan segala ikhwan. Kerana itu mereka akan mengajak anak-anak murid mereka menanam pohon kayu itu sebelum disiram oleh mereka (wali Allah). Inilah wawasan wali Allah yang mursyid dan murabbi. *Pohon kayu ini adalah untuk orang awam.

Dan dijiruskan oleh-Mu akan dia daripada beberapa sungai kurnia dan ehsan hingga kami merasa akan manis buah kayu la hawla wa la quwwata illa billah

Kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasul Allah adalah pohon syariat. Pohon ini hendaklah dibiarkan berbuah. Setelah itu, tanam pula pohon tariqat iaitu la hawla wa la quwwata illa billah. Pohon ini adalah tempat dimana kita bersandarkan segala kekuatan kepada Allah Ta’ala.

Dan hingga kami bahagikan daripada bendaharaan ini dan kami lengkapkan sekalian dan kami tentukan akan tiap-tiap hati yang khusyuk tiada daya bagiku dan tiada kuat bagiku adalah pada aku itulah dan harap sejahtera.

Pohon tariqat dibahagikan kepada orang-orang yang telah mencapai kesempurnaan dalam syariat mereka. Pohon ini hanya dikongsi dengan orang-orang yang telah merasai buah dari pohon La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah. Orang yang benak hatinya tidak layak merasai buah ini. Sahl al-Tasturi memilih orang tertentu sahaja belajar tentang pohon ini. Untuk belajar pohon tariqat ini, Sahl akan menjempt anak muridnya yang terpilih datang ke rumahnya. Beliau akan mengunci pintu rumah dan meletakkan kunci diatas pahanya. Begitu juga dengan wali Allah yang lain seperti Sayyid Ahmad Idris ra. Beliau hanya mengajar pohon tariqat ini selepas waktu Isyak kepada murid-murid yang khawass sahaja. Kata Syeikh, kita harus sedar dan faham bahawa untuk memahami sesuatu perkara bukanlah atas kecerdikan atau kekuatan kita melainkan itu semua datangnya dari Allah Ta’ala.

Dalam Hizib Saifi, Sayyiduna Ali ra ada menyebut,
“Ya Allah, Sesungguhnya aku membebaskan diriku dari keupayaan dan kekuatanku.”
Inilah syarat untuk masuk belajar ilmu tasawwuf. Untuk belajar ilmu ini, kita hendaklah masuk dalam keadaan yang faqir. Inilah yang telah berlaku kepada Imam Abu Hasan asy-Syazuli ra ketika hendak berguru dengan Imam Abd Salam bin Masyis. Sebelum bertemu dengan Imam Abd Salam bin Masyis, Imam Abu Hasan telah bermusafir sehingga ke Iraq untuk mencari guru mursyid. Sesampai disana, Imam Ahmad Rifa’i baru sahaja meninggal dunia. Imam asy-Syazuli berjumpa dengan anak murid Imam Ahmad dan menerima ijazah darinya. Kata anak murid Imam Ahmad Rifa’i, “Engkau bersusah-payah datang ke Iraq untuk mencari wali qutub sedangkan wali qutub it ada didalam negeri engkau.” Terkejut Imam Asy-Syazuli mendengar kata-kata anak murid Imam Ahmad Rifa’i. Beliau bergegas pulang sehinggalah ia bertemu dengan Imam Abd Salam bin Masyis. Imam Abd Salam bin Masyis tinggal didalam gua di atas sebuah bukit. Diriwayatkan beliau tidak pernah mempunyai anak murid atau pengikut melainkan Imam asy-Syazuli sahaja.

Imam Asy-Syazuli pada ketika itu telah pun mencapai kemahsyuran sebagai professor yang sangat terkenal dalam dunia ilmiah. Untuk berguru dengan Imam Abd Salam, beliau sanggup mengenepikan segala kemahsyuran dan naik ke puncak bukit dengan penuh tawaduk. Beliau mengambil wudhuk dan menanggalkan seliparnya untuk berjalan naik ke atas. Di tengah jalan, dia bertemu dengan Imam Abd Salam. Imam Abd Salam menyambutnya dan menyebut nama keturunannya sehingga sampai ke Sayyiduna Ali ra seolah-olah beliau sudah kenal lama dengan Imam Asy-Syazuli (Kata Sayyid Ahmad Idris, amalkanlah salawat al-muzhib al-nisyaan untuk mengingat peristiwa alam roh, penyaksian atas Allah dan agar diri tidak lalai dari menyebut kalimah syahadah). Imam Abd Salam berkata kepada Imam Asy-Syazuli, “Oleh kerana engkau naik ke gua aku dengan pakaian faqir maka aku pakaikan engkau dengan pakaian ma’rifah”. Kata syeikh, untuk faham tentang ilmu tasawwuf ini, seseorang itu mestilah datang dalam keadaan faqir agar mendapat kurnia dari Allah Ta’ala. Kata ulama, “Tanggalkan akal engkau dan datanglah (untuk belajar). Hikmahnya ialah supaya si penuntut ilmu tidak membangkang perjalanan tasawwuf. Imam Abd Wahab asy-Sya’rani, syeikhul Azhar yang sangat mahsyur pernah berguru dengan seorang ahli khawass yang kerjanya bertukang kasut dihadapan al-Azhar yang sangat terkenal itu. Ahli khawass menyuruh Imam Abd Wahab asy-Sya’rani membakar kesemua buku-bukunya. Inilah perkara yang paling sukar hendak dilakukan oleh Imam Abd Wahab. Kata ahli khawass, “Engkau mesti bakar semua kitab engkau supaya engkau tidak menyandar ilmu engkau pada kitab tetapi menyandar kepada Allah Ta’ala semata-mata”

Hai orang-orang yang gemarkan berjalan kepada Allah yang berkehendak akan merasai dengan dzauq manis ma’rifah. Jangan engkau mengenderai didalam jalan kepada Allah melainkan dengan kenderaan zul (hina) dan iftiqar (berkehendak) dan jangan engkau mengambil bekal kepadanya didalam padang ini melainkan dengan taqwa dan inkisar (pecah hati). Maka tatkala demikian itu adalah engkau orang yang melentangkan diri bagi nafahat lagi berjalan bagi yang terlebih hampir jalan ahli muamalat (orang yang berurusan dengan Allah) lagi berhias bagi turun fidh yakni limpah pemberian rahmat daripada Tuhan yang memberi akan beberapa pemberian

Untuk mengikuti jalan yang paling hampir menyampaikan diri kepada Allah Ta’ala, kenderaan yang hendak diguna adalah kenderaan zul dan iftiqar manakala bekal yang perlu dibawa ialah taqwa dan inkisar. Firman Allah dalam Hadith Qudsi, “Aku bersama dengan orang yang pecah hatinya kerana Aku”.

Telah muwafaqat segala masyaikh atas mentakzimkan dan membesarkan dia dan mereka itu beradab pada hadapannya dan adalah radiallahu anhu sangatlah elok rupanya lagi bersih tubuhnya lagi banyak tawadhu’ lagi zahid akan dunia lagi wara’ lagi adalah muhaqqiq ilmunya. Sanya telah menghimpunkan atas baik kelakuannya dan baik perangainya dan karamatnya amat banyak. Maka adalah suatu hari lalu ia atas himar dan harimau memakan dia setengah tubuhnya dan empunyanya itu melihat ia akan dari jauh tiada kuasa hampir akan dia maka berkata Syeikh ra bagi empunya himar, “Mari kita pergi kepadanya”. Dan berkata ia, “Pegang olehmu dengan telinganya dan pakaikan dia akan ganti tempat himar engkau selama hari hidupnya”. Maka mengambil empunya himar itu akan telinga harimau dan ditunggangnya akan dia dan duduk ia kerjakan pekerjaannya hingga mati harimau itu beberapa tahun dengan karamat Syeikh ra.







Sabtu, 15 November 2014

ASBABUN NUZUL : Surah Al-Baqarah (Surat 2) Ayat 6, 14, 19 dan 26


Dinukilkan  dari Jalaluddin As-Suyuthi, Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzuul

Al-Faryabi dan Ibnu Jarir (8) meriwayatkan dari Mujahid, dia berkata, “Empat ayat dari permulaan surah al-Baqarah turun pada orang-orang mukmin, dua ayat turun pada orang-orang kafir, dan tiga belas ayat turun pada orang-orang munafik.”


Ayat 6, yaitu firman Allah ta’ala
“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman.” (al-Baqarah: 6)

Sebab Turrunnya Ayat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari jalur Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah atau dari Sa’id ibnuz-Zubair dari Ibnu Abbas tentang firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7, “Sesungguhnya orang-orang kafir…”Kedua ayat ini turun pada orang-orang Yahudi Madinah.
Ibnu Jarir juga meriwayatkan dari Rabi’ bin Anas, dia berkata, “Dua ayat turun pada peperangan al-Ahzaab, yaitu,
‘Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat’” (al-Baqarah: 6-7)

Ayat 14, yaitu firman Allah ta’ala,
“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, ‘Kami telah beriman.’ Tetapi apabila mereka kembali kepada setan-setan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.’” (al-Baqarah: 14)

Sebab Turunnya Ayat
Al-Wahidi dan ats-Tsa’labi meriwayatkan dari jalur Muhammad bin Marwan dan as-Suddi dari al-Kalabi dari Abu Shaleh dari Ibnu Abbas, dia berkata , “Ayat ini turun pada Abdullah bin Ubay dan rekan-rekannya. Pada suatu hari mereka bertemu dengan beberapa sahabat Rasulullah. Lalu Abdullah bin Ubay berkata kepada rekan-rekannya itu, ‘Lihatlah bagaimana saya menjauhkan orang-orang bodoh itu dari kalian.’
Kemudian Abdullah bin Ubay mendekati Abu Bakar dan memegang tangannya, lalu berkata, ‘Selamat datang ash-Shiddiq, tuan Bani Tamim, Syekh Islam, orang kedua setelah Rasulullah ketika berada di dalam goa, serta orang yang telah mencurahkan jiwa dan hartanya untuk Rasulullah.’ Lalu dia memegang tangan Umar dan berkata, ‘Selamat datang Tuan Bani Adi bin Ka’ab, al-Faruq yang kokoh dalam agama Allah, yang telah mencurahkan jiwa dan harta-nya untuk Rasulullah.’ Setelah itu dia memegang tangan Ali dan berkata, ‘Selamat datang anak paman Rasulullah dan menantu beliau. Tuan Bani Hasyim setelah Rasulullah.’ Kemudian masing-masing sahabat Nabi itu pun pergi ke arah yang berbeda.
Lalu Abdullah kembali menemui rekan-rekannya dan berkata, ‘Menurut kalian bagaimana yang saya lakukan tadi? Maka jika kalian melihat mereka berkumpul, lakukan saja seperti yang saya lakukan tadi.’ Rekan-rekannya pun memuji apa yang dilakukan Ubay tadi. Kemudian orang-orang muslim menemui Nabi saw. dan memberi tahu beliau tentang hal itu, maka turunlah ayat di atas.”
Isnad riwayat ini sangat lemah. Karena Suddi ash-Shaghir adalah pendusta, demikian juga dengan al-Kalbi. Abu Shaleh sendiri lemah.

Ayat 19, yaitu firman Allah ta’ala,
Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir,sebab takut akan mati . Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah: 19)

Sebab Turunnya Ayat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari jalur as-Suddi al-Kabir dari Abdul Malik dan Abu Shaleh dari Ibnu Abbas dan dari Murrah dari Ibnu Mas’ud dari sejumlah sahabat, mereka berkata, “Dulu ada dua orang munafik penduduk Madinah melarikan diri dari Rasulullah menuju tempat orang-orang musyrik. Di perjalanan hujan lebat mengguyur mereka. Hujan tersebut sebagaimana disebutkan oleh Allah swt. bahwa di dalamnya terdapat petir yang dahsyat dan kilat yang menyambar-nyambar. Setiap kali petir menggelegar, mereka menutupkan jari-jari mereka ke telinga mereka karena takut suara petir itu masuk ke gendang telingan mereka dan membunuh mereka. Dan ketika sinar kilat berkelebat, mereka berjalan menuju cahayanya. Jika tidak ada cahaya kilat, mereka tidak dapat melihat apa-apa. Lalu keduanya kembali pulang ke tempat mereka, dan keduanya berkata,” “Seandainya saat ini pagi sudah tiba, tentu kita segera menemui Muhammad, lalu kita menyerahkan tangan kita ke tangan beliau.’ Kemudian ketika pagi tiba, keduanya menemui beliau, lalu masuk Islam dan menyerahkan tangan mereka ke tangan beliau. Setelah itu keduanya menjadi muslim yang baik. Lalu Allah menjadikan keadaan kedua munafik itu sebagai perumpamaan bagi orang-orang munafik yang ada di Madinah.”
Setiap kali orang-orang Munafik Madinah tersebut menghadiri majelis Nabi saw, mereka meletakkan jari-jari mereka di telinga karena takut mendengar jika ada wahyu yang turun yang berkenaan dengan mereka atau mereka diingatkan dengan sesuatu yang bisa membuat mereka mati ketakutan. Hal ini sebagaimana dua orang munafik tadi yang menutupkan jari-jari mereka ke telinga mereka.
“…Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) tiu…” (al-Baqarah: 20)
Jika orang-orang muslim mempunyai harta dan anak-anak yang banyak, serta mendapat ghanimah atau kemenangan, mereka ikut di dalamnya dan berkata, “Sesungguhnya agama Muhammad saw. saat ini adalah benar.” Maka mereka pun istiqamah di dalamnya, sebagaimana dua orang munafik tersebut yang berjalan di bawah sinar kilat setiap kali sinarnya menyinari.
“…dan apabila gelap menerpa mereka, mereka berhenti…” (al-Baqarah: 20)
Jika harta dan anak-anak orang muslim sedikit, dan mereka tertimpa kesulitan, mereka pun berkata, “Ini karena agama Muhammad.” Maka, mereka pun keluar dari Islam (murtad) dan menjadi orang-orang kafir, sebagaimana dikatakan dua orang munafik tersebut di atas, ketika kilat tidak menyinari mereka.

Ayat 26, yaitu firman Allah ta’ala,
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu . Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan : “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?.” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah , dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik. (al-Baqarah: 26)

Sebab Turunnya Ayat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari as-Suddi dengan sanad-sanadnya, bahwa ketika Allah membuat dua perumpamaan untuk orang-orang munafik, yaitu dalam firman-Nya,
“Perumpamaan mereka seperti orang-orang yang meyalakan api,…” (al-Baqarah: 17)
Dan firman-Nya,
“Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,…” (al-Baqarah: 19)
Orang-orang munafik berkata, “Allah sangat agung dan mulia, tidak layak bagi-Nya membuat perumpamaan-perumpamaan ini.” Maka Allah menurunkan firman-Nya,
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan-perumpamaan…,” hingga firman-Nya, “…Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (al-Baqarah: 26-27)
Al-Wahidi meriwayatkan dari jalur Abdul Ghani bin Sa’id ats-Tsaqafi dari Musa bin Abdirrahman dari Ibnu Juraij dari Atha’ dari Ibnu Abbas, dia berkata, “Allah menyebutkan kondisi Tuhan-tuhan orang musyrik dalam firman-Nya,
‘Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka,…” (al-Hajj: 73)
Dan ketika Allah menyebut tipu daya para Tuhan tersebut, Allah mengumpamakannya seperti rumah laba-laba. Maka orang-orang munafik berkata, “Tidakkah kalian lihat, ketika Allah menyebutkan lalat dan laba-laba dalam Al-Qur’an yang diturunkan kepada Muhammad, apa yang bisa Dia lakukan dengan keduanya?”
Maka Allah menurunkan ayat ini.
Namun Abdul Ghani -salah satu perawinya- sangat lemah.
Abdurrazzaq di dalam tafsirnya, berkata, “Muammar memberi tahu kami dari Qatadah, ‘Ketika Allah menyebutkan laba-laba dan lalat, orang-orang musyrik berkata, ‘Mengapa laba-laba dan lalat disebutkan dalam Al-Qur’an?’ Maka Allah menurunkan ayat ini.’”
Ibnu Abi Hatim dari Hasan al-Bashri, dia berkata, “Ketika turun firman Allah,
‘Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan…” (al-Hajj: 73)
Orang-orang musyrik berkata, “Ini bukan termasuk perumpamaan-perumpamaan,’ atau, ‘Ini tidak menyerupai perumpamaan-perumpamaan.’ Maka Allah meurunkan firman-Nya,
‘Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan-perumpamaan…’” (al-Baqarah: 26)

Saya katakan, “Pendapat yang pertama lebih benar sanadnya dan lebih sesuai dengan awal surah. Dan penyebutan tentang orang-orang musyrik tidak sesuai dengan status surah ini sebagai surah Madaniyyah. Adapun riwayat yang saya sebutkan dari Qatadah dan Hasan al-Bashri, disebutkan oleh al-Wahidi dari mereka tanpa sanad, dengan lafazh, ‘Orang-orang Yahudi berkata…’, dan ini lebih sesuai.”
8. Ibnu Jarir adalah Ibnu Jarir ath-Thabari penulis Tafsir Jaami’ul Bayaan fi Tafsiiril Qur’an, dalam buku ini Imam as-Suyuthi banyak menukil dari tafsirnya, Penj.