Minggu, 16 November 2014

HIKAM ABI MADYAN KE 1: PAKAIAN ZAHIR DAN BATIN



Di syarah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki 

Kitab yang bernama Kanzul Minan ‘Ala Hikam Abi Madyan ra

Hai Tuhanku, Jadikan oleh-Mu akan zahir kami berhias dengan syariat dan batin kami berpakai dengan tariqat

Kata Syeikh, zahir ikut syari’at dan batin ikut tariqat. Inilah langkah yang perlu dilalui oleh ahli sufi untuk mencapai maqam haqiqat. Sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka mereka akan mencapai haqiqat yakni kefahaman sesuatu perkara dalam perjalanan tariqat menuju jalan Allah. Kata Imam Malik ra, “Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh iaitu fiqhul asghar dan fiqhul akbar tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf maka mereka adalah fasiq[4]. Sesiapa yang belajar tasawwuf tetapi tidak belajar fiqh dan tauhid maka mereka adalah kafir zindiq. Sesiapa yang menghimpunkan antara keduanya (fiqh, tauhid) dan tasawwuf maka benarlah ia menjadi ahli muhaqqiqin dalam perjalanan menuju kepada Allah. Nabi saw bersabda,
Wali-wali Allah melihat kepada batin dunia di saat manusia melihat zahir dunia”

Sebab itu antara doa para masyaikh berbunyi seperti berikut,
“Ya Allah, Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku sesuatu perkara itu akan haqiqat perkara itu”
Sebab utama masyaikh berdoa sedemikian agar tidak tertipu dengan kepalsuan yang ditonjolkan secara zahir (lahiriah) sepanjang hidupnya. Orang yang beristiqamah atas jalan tariqat akan diberi air (minuman) yang mencurah-curah oleh Allah Ta’ala kedalam benak hati mereka tanpa ada sebarang perantaraan. Mereka dikurnia ilmu ladunni. Ilmu ini adalah ilmu yang tidak ada batasnya. Ini berbeza dengan orang yang mengambil ilmu dari kitab. Ilmu dari kitab ada batasnya sebab ilmu itu terhad pada bilangan buku atau bilangan mukasurat yang dibacanya. Ilmu Nabi saw tidak ada batasnya disisi makhluk Allah kerana Allah telah berfirman kepada Nabi saw, 

Katakanlah wahai Muhammad dan aku ijazahkan kepadamu dengan berkata, “Tuhanku, tambahkanlah bagiku ilmu”

Tentang keluasan ilmu Nabi saw, seorang sahabat bernama Huzaifah ibn Yaman berkata, pernah suatu hari Nabi saw berkhutbah dari Subuh hingga ke Isyak. Nabi saw berkhutbah tentang peristiwa akhir zaman dan memperincikan satu-persatu tentang keadaan manusia hingga ke hari kiamat termasuklah keadaan pemimpin yang zalim.

Supaya benderang atas kami beberapa cahaya haqiqat dan jadikan oleh-Mu akan ma’ani pohon kayu La Ilaha Illallah Muhammad Rasul Allah itu tetap lagi biasa pada kami hingga mendatangkan buahnya pada tiap-tiap ketika dengan kurnia tuhannya.

Semua perkara atas muka bumi ini adalah bersumber daripada kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasul Allah. Pohon ini hendaklah hidup dan berbuah didalam hati kita.

Dan masakkan buah kayu ini hingga bersedap memakan dengan dia dan hingga kami bahagikan padanya akan segala saudara

Menjadi kelaziman kepada wali Allah untuk tidak memakan buah seorang diri melainkan berkongsi dengan segala ikhwan. Kerana itu mereka akan mengajak anak-anak murid mereka menanam pohon kayu itu sebelum disiram oleh mereka (wali Allah). Inilah wawasan wali Allah yang mursyid dan murabbi. *Pohon kayu ini adalah untuk orang awam.

Dan dijiruskan oleh-Mu akan dia daripada beberapa sungai kurnia dan ehsan hingga kami merasa akan manis buah kayu la hawla wa la quwwata illa billah

Kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasul Allah adalah pohon syariat. Pohon ini hendaklah dibiarkan berbuah. Setelah itu, tanam pula pohon tariqat iaitu la hawla wa la quwwata illa billah. Pohon ini adalah tempat dimana kita bersandarkan segala kekuatan kepada Allah Ta’ala.

Dan hingga kami bahagikan daripada bendaharaan ini dan kami lengkapkan sekalian dan kami tentukan akan tiap-tiap hati yang khusyuk tiada daya bagiku dan tiada kuat bagiku adalah pada aku itulah dan harap sejahtera.

Pohon tariqat dibahagikan kepada orang-orang yang telah mencapai kesempurnaan dalam syariat mereka. Pohon ini hanya dikongsi dengan orang-orang yang telah merasai buah dari pohon La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah. Orang yang benak hatinya tidak layak merasai buah ini. Sahl al-Tasturi memilih orang tertentu sahaja belajar tentang pohon ini. Untuk belajar pohon tariqat ini, Sahl akan menjempt anak muridnya yang terpilih datang ke rumahnya. Beliau akan mengunci pintu rumah dan meletakkan kunci diatas pahanya. Begitu juga dengan wali Allah yang lain seperti Sayyid Ahmad Idris ra. Beliau hanya mengajar pohon tariqat ini selepas waktu Isyak kepada murid-murid yang khawass sahaja. Kata Syeikh, kita harus sedar dan faham bahawa untuk memahami sesuatu perkara bukanlah atas kecerdikan atau kekuatan kita melainkan itu semua datangnya dari Allah Ta’ala.

Dalam Hizib Saifi, Sayyiduna Ali ra ada menyebut,
“Ya Allah, Sesungguhnya aku membebaskan diriku dari keupayaan dan kekuatanku.”
Inilah syarat untuk masuk belajar ilmu tasawwuf. Untuk belajar ilmu ini, kita hendaklah masuk dalam keadaan yang faqir. Inilah yang telah berlaku kepada Imam Abu Hasan asy-Syazuli ra ketika hendak berguru dengan Imam Abd Salam bin Masyis. Sebelum bertemu dengan Imam Abd Salam bin Masyis, Imam Abu Hasan telah bermusafir sehingga ke Iraq untuk mencari guru mursyid. Sesampai disana, Imam Ahmad Rifa’i baru sahaja meninggal dunia. Imam asy-Syazuli berjumpa dengan anak murid Imam Ahmad dan menerima ijazah darinya. Kata anak murid Imam Ahmad Rifa’i, “Engkau bersusah-payah datang ke Iraq untuk mencari wali qutub sedangkan wali qutub it ada didalam negeri engkau.” Terkejut Imam Asy-Syazuli mendengar kata-kata anak murid Imam Ahmad Rifa’i. Beliau bergegas pulang sehinggalah ia bertemu dengan Imam Abd Salam bin Masyis. Imam Abd Salam bin Masyis tinggal didalam gua di atas sebuah bukit. Diriwayatkan beliau tidak pernah mempunyai anak murid atau pengikut melainkan Imam asy-Syazuli sahaja.

Imam Asy-Syazuli pada ketika itu telah pun mencapai kemahsyuran sebagai professor yang sangat terkenal dalam dunia ilmiah. Untuk berguru dengan Imam Abd Salam, beliau sanggup mengenepikan segala kemahsyuran dan naik ke puncak bukit dengan penuh tawaduk. Beliau mengambil wudhuk dan menanggalkan seliparnya untuk berjalan naik ke atas. Di tengah jalan, dia bertemu dengan Imam Abd Salam. Imam Abd Salam menyambutnya dan menyebut nama keturunannya sehingga sampai ke Sayyiduna Ali ra seolah-olah beliau sudah kenal lama dengan Imam Asy-Syazuli (Kata Sayyid Ahmad Idris, amalkanlah salawat al-muzhib al-nisyaan untuk mengingat peristiwa alam roh, penyaksian atas Allah dan agar diri tidak lalai dari menyebut kalimah syahadah). Imam Abd Salam berkata kepada Imam Asy-Syazuli, “Oleh kerana engkau naik ke gua aku dengan pakaian faqir maka aku pakaikan engkau dengan pakaian ma’rifah”. Kata syeikh, untuk faham tentang ilmu tasawwuf ini, seseorang itu mestilah datang dalam keadaan faqir agar mendapat kurnia dari Allah Ta’ala. Kata ulama, “Tanggalkan akal engkau dan datanglah (untuk belajar). Hikmahnya ialah supaya si penuntut ilmu tidak membangkang perjalanan tasawwuf. Imam Abd Wahab asy-Sya’rani, syeikhul Azhar yang sangat mahsyur pernah berguru dengan seorang ahli khawass yang kerjanya bertukang kasut dihadapan al-Azhar yang sangat terkenal itu. Ahli khawass menyuruh Imam Abd Wahab asy-Sya’rani membakar kesemua buku-bukunya. Inilah perkara yang paling sukar hendak dilakukan oleh Imam Abd Wahab. Kata ahli khawass, “Engkau mesti bakar semua kitab engkau supaya engkau tidak menyandar ilmu engkau pada kitab tetapi menyandar kepada Allah Ta’ala semata-mata”

Hai orang-orang yang gemarkan berjalan kepada Allah yang berkehendak akan merasai dengan dzauq manis ma’rifah. Jangan engkau mengenderai didalam jalan kepada Allah melainkan dengan kenderaan zul (hina) dan iftiqar (berkehendak) dan jangan engkau mengambil bekal kepadanya didalam padang ini melainkan dengan taqwa dan inkisar (pecah hati). Maka tatkala demikian itu adalah engkau orang yang melentangkan diri bagi nafahat lagi berjalan bagi yang terlebih hampir jalan ahli muamalat (orang yang berurusan dengan Allah) lagi berhias bagi turun fidh yakni limpah pemberian rahmat daripada Tuhan yang memberi akan beberapa pemberian

Untuk mengikuti jalan yang paling hampir menyampaikan diri kepada Allah Ta’ala, kenderaan yang hendak diguna adalah kenderaan zul dan iftiqar manakala bekal yang perlu dibawa ialah taqwa dan inkisar. Firman Allah dalam Hadith Qudsi, “Aku bersama dengan orang yang pecah hatinya kerana Aku”.

Telah muwafaqat segala masyaikh atas mentakzimkan dan membesarkan dia dan mereka itu beradab pada hadapannya dan adalah radiallahu anhu sangatlah elok rupanya lagi bersih tubuhnya lagi banyak tawadhu’ lagi zahid akan dunia lagi wara’ lagi adalah muhaqqiq ilmunya. Sanya telah menghimpunkan atas baik kelakuannya dan baik perangainya dan karamatnya amat banyak. Maka adalah suatu hari lalu ia atas himar dan harimau memakan dia setengah tubuhnya dan empunyanya itu melihat ia akan dari jauh tiada kuasa hampir akan dia maka berkata Syeikh ra bagi empunya himar, “Mari kita pergi kepadanya”. Dan berkata ia, “Pegang olehmu dengan telinganya dan pakaikan dia akan ganti tempat himar engkau selama hari hidupnya”. Maka mengambil empunya himar itu akan telinga harimau dan ditunggangnya akan dia dan duduk ia kerjakan pekerjaannya hingga mati harimau itu beberapa tahun dengan karamat Syeikh ra.







Sabtu, 15 November 2014

ASBABUN NUZUL : Surah Al-Baqarah (Surat 2) Ayat 6, 14, 19 dan 26


Dinukilkan  dari Jalaluddin As-Suyuthi, Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzuul

Al-Faryabi dan Ibnu Jarir (8) meriwayatkan dari Mujahid, dia berkata, “Empat ayat dari permulaan surah al-Baqarah turun pada orang-orang mukmin, dua ayat turun pada orang-orang kafir, dan tiga belas ayat turun pada orang-orang munafik.”


Ayat 6, yaitu firman Allah ta’ala
“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman.” (al-Baqarah: 6)

Sebab Turrunnya Ayat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari jalur Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah atau dari Sa’id ibnuz-Zubair dari Ibnu Abbas tentang firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7, “Sesungguhnya orang-orang kafir…”Kedua ayat ini turun pada orang-orang Yahudi Madinah.
Ibnu Jarir juga meriwayatkan dari Rabi’ bin Anas, dia berkata, “Dua ayat turun pada peperangan al-Ahzaab, yaitu,
‘Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat’” (al-Baqarah: 6-7)

Ayat 14, yaitu firman Allah ta’ala,
“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, ‘Kami telah beriman.’ Tetapi apabila mereka kembali kepada setan-setan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.’” (al-Baqarah: 14)

Sebab Turunnya Ayat
Al-Wahidi dan ats-Tsa’labi meriwayatkan dari jalur Muhammad bin Marwan dan as-Suddi dari al-Kalabi dari Abu Shaleh dari Ibnu Abbas, dia berkata , “Ayat ini turun pada Abdullah bin Ubay dan rekan-rekannya. Pada suatu hari mereka bertemu dengan beberapa sahabat Rasulullah. Lalu Abdullah bin Ubay berkata kepada rekan-rekannya itu, ‘Lihatlah bagaimana saya menjauhkan orang-orang bodoh itu dari kalian.’
Kemudian Abdullah bin Ubay mendekati Abu Bakar dan memegang tangannya, lalu berkata, ‘Selamat datang ash-Shiddiq, tuan Bani Tamim, Syekh Islam, orang kedua setelah Rasulullah ketika berada di dalam goa, serta orang yang telah mencurahkan jiwa dan hartanya untuk Rasulullah.’ Lalu dia memegang tangan Umar dan berkata, ‘Selamat datang Tuan Bani Adi bin Ka’ab, al-Faruq yang kokoh dalam agama Allah, yang telah mencurahkan jiwa dan harta-nya untuk Rasulullah.’ Setelah itu dia memegang tangan Ali dan berkata, ‘Selamat datang anak paman Rasulullah dan menantu beliau. Tuan Bani Hasyim setelah Rasulullah.’ Kemudian masing-masing sahabat Nabi itu pun pergi ke arah yang berbeda.
Lalu Abdullah kembali menemui rekan-rekannya dan berkata, ‘Menurut kalian bagaimana yang saya lakukan tadi? Maka jika kalian melihat mereka berkumpul, lakukan saja seperti yang saya lakukan tadi.’ Rekan-rekannya pun memuji apa yang dilakukan Ubay tadi. Kemudian orang-orang muslim menemui Nabi saw. dan memberi tahu beliau tentang hal itu, maka turunlah ayat di atas.”
Isnad riwayat ini sangat lemah. Karena Suddi ash-Shaghir adalah pendusta, demikian juga dengan al-Kalbi. Abu Shaleh sendiri lemah.

Ayat 19, yaitu firman Allah ta’ala,
Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir,sebab takut akan mati . Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah: 19)

Sebab Turunnya Ayat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari jalur as-Suddi al-Kabir dari Abdul Malik dan Abu Shaleh dari Ibnu Abbas dan dari Murrah dari Ibnu Mas’ud dari sejumlah sahabat, mereka berkata, “Dulu ada dua orang munafik penduduk Madinah melarikan diri dari Rasulullah menuju tempat orang-orang musyrik. Di perjalanan hujan lebat mengguyur mereka. Hujan tersebut sebagaimana disebutkan oleh Allah swt. bahwa di dalamnya terdapat petir yang dahsyat dan kilat yang menyambar-nyambar. Setiap kali petir menggelegar, mereka menutupkan jari-jari mereka ke telinga mereka karena takut suara petir itu masuk ke gendang telingan mereka dan membunuh mereka. Dan ketika sinar kilat berkelebat, mereka berjalan menuju cahayanya. Jika tidak ada cahaya kilat, mereka tidak dapat melihat apa-apa. Lalu keduanya kembali pulang ke tempat mereka, dan keduanya berkata,” “Seandainya saat ini pagi sudah tiba, tentu kita segera menemui Muhammad, lalu kita menyerahkan tangan kita ke tangan beliau.’ Kemudian ketika pagi tiba, keduanya menemui beliau, lalu masuk Islam dan menyerahkan tangan mereka ke tangan beliau. Setelah itu keduanya menjadi muslim yang baik. Lalu Allah menjadikan keadaan kedua munafik itu sebagai perumpamaan bagi orang-orang munafik yang ada di Madinah.”
Setiap kali orang-orang Munafik Madinah tersebut menghadiri majelis Nabi saw, mereka meletakkan jari-jari mereka di telinga karena takut mendengar jika ada wahyu yang turun yang berkenaan dengan mereka atau mereka diingatkan dengan sesuatu yang bisa membuat mereka mati ketakutan. Hal ini sebagaimana dua orang munafik tadi yang menutupkan jari-jari mereka ke telinga mereka.
“…Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) tiu…” (al-Baqarah: 20)
Jika orang-orang muslim mempunyai harta dan anak-anak yang banyak, serta mendapat ghanimah atau kemenangan, mereka ikut di dalamnya dan berkata, “Sesungguhnya agama Muhammad saw. saat ini adalah benar.” Maka mereka pun istiqamah di dalamnya, sebagaimana dua orang munafik tersebut yang berjalan di bawah sinar kilat setiap kali sinarnya menyinari.
“…dan apabila gelap menerpa mereka, mereka berhenti…” (al-Baqarah: 20)
Jika harta dan anak-anak orang muslim sedikit, dan mereka tertimpa kesulitan, mereka pun berkata, “Ini karena agama Muhammad.” Maka, mereka pun keluar dari Islam (murtad) dan menjadi orang-orang kafir, sebagaimana dikatakan dua orang munafik tersebut di atas, ketika kilat tidak menyinari mereka.

Ayat 26, yaitu firman Allah ta’ala,
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu . Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan : “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?.” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah , dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik. (al-Baqarah: 26)

Sebab Turunnya Ayat
Ibnu Jarir meriwayatkan dari as-Suddi dengan sanad-sanadnya, bahwa ketika Allah membuat dua perumpamaan untuk orang-orang munafik, yaitu dalam firman-Nya,
“Perumpamaan mereka seperti orang-orang yang meyalakan api,…” (al-Baqarah: 17)
Dan firman-Nya,
“Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,…” (al-Baqarah: 19)
Orang-orang munafik berkata, “Allah sangat agung dan mulia, tidak layak bagi-Nya membuat perumpamaan-perumpamaan ini.” Maka Allah menurunkan firman-Nya,
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan-perumpamaan…,” hingga firman-Nya, “…Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (al-Baqarah: 26-27)
Al-Wahidi meriwayatkan dari jalur Abdul Ghani bin Sa’id ats-Tsaqafi dari Musa bin Abdirrahman dari Ibnu Juraij dari Atha’ dari Ibnu Abbas, dia berkata, “Allah menyebutkan kondisi Tuhan-tuhan orang musyrik dalam firman-Nya,
‘Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka,…” (al-Hajj: 73)
Dan ketika Allah menyebut tipu daya para Tuhan tersebut, Allah mengumpamakannya seperti rumah laba-laba. Maka orang-orang munafik berkata, “Tidakkah kalian lihat, ketika Allah menyebutkan lalat dan laba-laba dalam Al-Qur’an yang diturunkan kepada Muhammad, apa yang bisa Dia lakukan dengan keduanya?”
Maka Allah menurunkan ayat ini.
Namun Abdul Ghani -salah satu perawinya- sangat lemah.
Abdurrazzaq di dalam tafsirnya, berkata, “Muammar memberi tahu kami dari Qatadah, ‘Ketika Allah menyebutkan laba-laba dan lalat, orang-orang musyrik berkata, ‘Mengapa laba-laba dan lalat disebutkan dalam Al-Qur’an?’ Maka Allah menurunkan ayat ini.’”
Ibnu Abi Hatim dari Hasan al-Bashri, dia berkata, “Ketika turun firman Allah,
‘Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan…” (al-Hajj: 73)
Orang-orang musyrik berkata, “Ini bukan termasuk perumpamaan-perumpamaan,’ atau, ‘Ini tidak menyerupai perumpamaan-perumpamaan.’ Maka Allah meurunkan firman-Nya,
‘Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan-perumpamaan…’” (al-Baqarah: 26)

Saya katakan, “Pendapat yang pertama lebih benar sanadnya dan lebih sesuai dengan awal surah. Dan penyebutan tentang orang-orang musyrik tidak sesuai dengan status surah ini sebagai surah Madaniyyah. Adapun riwayat yang saya sebutkan dari Qatadah dan Hasan al-Bashri, disebutkan oleh al-Wahidi dari mereka tanpa sanad, dengan lafazh, ‘Orang-orang Yahudi berkata…’, dan ini lebih sesuai.”
8. Ibnu Jarir adalah Ibnu Jarir ath-Thabari penulis Tafsir Jaami’ul Bayaan fi Tafsiiril Qur’an, dalam buku ini Imam as-Suyuthi banyak menukil dari tafsirnya, Penj.

ASBABUN NUZUL : Surah Al-Faatihah (Surat 1)



Dinukilkan  dari Jalaluddin As-Suyuthi, Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzuul

Tidak ada riwayat atau pendapat ulama yang menyebutkan tentang sebab turun surah al-Faatihah. Imam as-Suyuthi sendiri tidak menyinggung sama sekali tentang surah al-Faatihah di dalam buku ini. Namun agar seluruh surah Al-Qur’an masuk dalam pembahasan buku ini, kami (penerjemah) melihat perlu untuk membubuhkan sedikit tentang surah al-Faatihah.

Ayat 1-7, yaitu firman Allah ta’ala,

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (al-Faatihah: 1-7)


Nama Lain dari Surah al-Faatihah

Di antara nama lain dari surah al-Faatihah adalah sebagai berikut.

1. Ummul Kitaab. Penamaan ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan at-Tirmidzi -dan dia menshahihkannya- dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,
“Alhamdulillah adalah Ummul Qur’an, Ummul Kitab, dan as-Sab’ul Matsaani.”(1)
2. Ash-Shalat. Penamaan ini berdasarkan firman Allah ta’ala dalam hadits Qudsi yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah, dari Nabi saw. Yang di antara isinya adalah,
“Allah ta’ala berfirman, `Aku membagi shalat menjadi dua; untuk-Ku dan untuk hamba-Ku dan Aku berikan kepada hamba-Ku apa yang dia minta.”
Para ulama berpendapat bahwa yang dimaksud dengan shalat di sini adalah surah al-Faatihah, karena shalat tidak sempurna tanpa membaca surah al-Faatihah.
3. Asy-Syifaa’. Penamaan ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan ad-Darimi dari Abu Sa’id al-Khudri bahwa Nabi saw. bersabda,
“Pembuka (Faatihah) Al-Kitab adalah obat bagi semua penyakit.” (2)
4. Ar-Ruqyah. Penamaan ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri bahwa Rasulullah bersabda kepada seorang sahabat yang mengobati seseorang yang disengat binatang berbisa dengan membacakan surah al-Faatihah terhadapnya,
“Bagaimana engkau tahu bahwa surah al-Faatihah adalah ruqyah (obat)?” (3)


Keutamaan Surah al-Faatihah

Surah al-Faatihah mempunyai beberapa keutamaan. Di antara keutamaannya adalah sebagai berikut.
1. Surah yang Paling Agung di Dalam Al-Qur’an
Al-Bukhari, Abu Dawud, dan an-Nasa’i meriwayatkan dari Abu Sa’id ibnul-Mu’alla, dia berkata, “Pada suatu hari saya sedang shalat di masjid, lalu Rasulullah memanggil saya dan sayat tidak menjawab panggilan beliau. Setelah selesai shalat, saya berkata kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah, tadi saya shalat. `Rasulullah bersabda, ‘Bukankah Allah berfirman, ‘Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,…” (al-Anfaal: 24)

Kemudia beliau bersabda,

‘Saya akan mengajarkan kepadamu sebuah rumah yang teragung di dalam Al-Qur’an sebelum engkau keluar dari masjid’.
Kemudian beliau menggandeng tangan saya. Ketika beliau ingin keluar dari masjid, saya katakan kepada beliau, “Wahai Rasulullah, bukankan engkau katakan bahwa engkau akan mengajarkan kepadaku surah teragung di dalam Al-Qur’an?’
Maka beliau menjawab,

‘(Ia adalah surah), ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.’ Ia adalah tujuh ayat yan diulang-ulang (dalam setiap rakaat) dan Al-Qur’an yang agung yang diberikan kepada saya.” (4)

2. Surah yang Paling Utama di Dalam Al-Qur’an
An-Nasa’i dalam as-Sunan al-Kubra, Ibnu Hibban, al-Hakim, dan al-Baihaqi meriwayatkan dari Anas bin Malik, dia berkata, “Pada suatu hari Rasulullah dalam perjalanan. Kemudian beliau berhenti dan turun dari tunggangan beliau. Lalu seseorang turun dari tunggangannya juga untuk mendampingi beliau.

 Kemudian beliau bersabda,
‘Maukah engkau saya beritahu surah apa yang paling utama di dalam Al-Qur’an?’

Lalu beliau membaca,

“Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.” (5)

3. Surah al-Faatihah adalah munajat antara hamba dan Rabbnya
Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi saw. bersabda,
“Barangsiapa melakukan shalat tanpa membaca al-Faatihah, maka shalatnya tidak sempurna.
Beliau mengulangi sabda tersebut sebanyak tiga kali.
Lalu Abu Hurairah ditanya, “Ketika itu kita ikut imam?” Abu Hurairah menjawab, “Jika begitu, bacalah al-Faatihah dengan tidak terdengar oleh orang lain. Karena saya mendengar Rasulullah bersabda,

‘Allah ta’ala berfirman, ‘Aku membagi shalat menjadi dua; untuk-Ku dan untuk hamba-Ku, dan Aku berikan kepada hamba-Ku apa yang dia minta.’ Jika sang hamba membaca, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam’. Allah berfirman, ‘Hamba-Ku memuji-Ku…’ (6) Jika sang hamba membaca, ‘Yang Maha pemurah, Maha Penyayang’, Allah berfirman, ‘Hamba-Ku memuji-Ku.’ Jika sang hamba membaca, ‘Pemilik hari pembalasan,’ Allah berfirman, ‘Hamba-Ku mengagungkan-Ku.’ Jika sang hamba membaca, “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,’ Allah berfirman, ‘Ini antara Aku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dia minta.’ Jika sang hamba membaca,” Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat,’ Allah berfirman, ‘Ini Aku berikan kepada hamba-Ku, dan untuknya apa yang dia minta.” (7)

1. HR at-Tirmidzi dalam Kitabu Tafsiri Qur’an, No. 3049.
2. HR at-Tirmidzi dalam Bab Fadhli Faatihatil Kitab, No. 3433.
3. HR Bukhari dalam Kitabul Ijarah, No. 2276 dan Muslim dalam Kitabus Salaam, No. 2201.
4. HR Bukhari dalam Kitabut Tafsir, No. 4474, Abu Dawud dalam Kitabush Shalat, No. 1458 dan an-Nasa’i dalam Kitabul Iftitaah.
5. HR an-Nasa’i dalam as-Sunan al-Kubra, dalam Kitabu Fadhaa’ilil Qur’an, No. 8011, Ibnu Hibban dalam Shahihnya, dalam Kitabur Raqaaq, No. 774, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dalam Kitabu Fadhaa’ilil Qur’andan al-Baihaqi dalam as-Sunanush Shaghiir.
6. Pujian di sini mengandung arti terima kasih.
7. HR Muslim dalam Kitabush Shalah, No. 395, Abu Dawud dalam Kitabus Shalat, No. 821, at-Tirmidzi dalam Kitabut Tafsir, No. 2953, an-Nasa’i dalam Kitabul Iftitaah, No. 2953 dan Ibnu Majah dalam Kitabul Adab, No. 3784.
Sumber: Diadaptasi dari Jalaluddin As-Suyuthi, Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzuul, atau Sebab Turunnya Ayat Al-Qur’an, terj. Tim Abdul Hayyie (Gema Insani), hlm. 19 – 24.