Jumat, 08 Februari 2013

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 15 : (BAH 1) : PERANAN AL QURAN DAN AL SUNNAH DALA,M KEHIDUPAN MANUSIA



Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa baginda telah meninggalkan kepada umat manusia dua perkara yang jika mereka berpegang teguh dengan keduanya mereka tidak akan tersesat buat selama-lamanya. Jelas bahawa hanya berpegang kepada al-()ur'an dan al-Sunnah sahaja yang dapat menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Islam tegak di atas sumber rabbani yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur'an dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan keduanya diasaskan asas-asas utama Islam dari segi 'aqidah, 'ibadah, syari'at dan akhlak Islam.
Melalui ayat-ayat al-Qur'an, Allah menjelaskan pengertian tauhid kepada­Nya, dan melalui sunnah Rasulullah s.a.w. pula diterjemahkan pengertian 'ubudiyyah yang sebenar kepada Allah. Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada manusia cara-cara untuk mempraktikkan penerimaan terhadap rububiyyah dan uluhiyyah Allah ke dalam realiti kehidupan yang sebenamya. Melalui baginda s.a.w. umat manusia dapat memahami apakah itu iman dan tuntutan-tuntutannya. Melalui sunnah Rasulullah s.a.w. jug alah manusia memahami hubungan amal dan kegiatan manusia di dalam hidup dengan keimanan mereka kepada Allah.
Al-Qur'an juga telah menggariskan perintah-perintah asasi berkenaan teras-teras 'ibadah seperti; salat, zakat, puasa dan haji. Bertolak dari asas ini sunnah Rasulullah s.a.w. pula berperanan dalam menunjukkan dalam bentuk amali 'ibadah-'ibadah tersebut. Hanya menerusi sunnah, orang­orang yang beriman dapat memahami kesan-kesan dan tujuan sebenar asas 'ibadah itu didirikan. Malah melalui sunnah sahaja mereka dapat melihat pengembangan asas-asas tadi dalam bidang-bidang da'wah, infak dan jihad fisabilillah.
Al-Qur'an menetapkan beberapa asas-asas dan perintah syari'at atau undang-undang bagi melicinkan perjalanan hidup manusia. Demikian juga peranan sunnah dalam melaksanakan perintah-perintah yang berbentuk undang-undang di dalam kehidupan manusia. Melalui sunnah ditunjukkan bagaimana cara mengatur pentadbiran negara dan kerja-kerja pemerin­tahan Islam. Melalui sunnah juga segala undang-undang Islam dalam bidang jual beli, nikah kahwin, pusaka, zakat, jenayah dan sebagainya, ditunjukkan samada secara terperinci atau dengan meletakkan asas-asas utamanya. Tujuan bagi keduanya adalah untuk memudahkan orang-orang yang beriman memahami dan melaksanakannya, atau membantu mereka untuk membuat ijtihad sekiranya ada perkara-perkara baru yang berkaitan dengannya timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Al-Qur'an juga menggariskan asas-asas akhlak serta pecahan-pecahannya. al-Qur'an memuji akhlak yang mulia dan mengkeji akhlak yang buruk, kemudian al-Qur'an menyimpulkan:
"Dan sesungguhnya bagi kamu (Rasuiultah) benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak yang agung." (Al-Qalam: 3-4)
Akhlak Rasulullah s.a.w. ialah akhlak al-Qur'an. Semua akhlak yang dipuji di dalam al-Qur'an terkandung di dalam diri Rasulullah s.a.w. dan segala akhlak yang buruk dan keji yang dikecam oleh al-Qur'an, maka didapati Rasulullah s.a.w. bersih daripadanya dan sentiasa mengingatkan manusia agar menjauhkan diri daripadanya. Sifat-sifat dan tingkah laku dalam seluruh perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. adalah rujukan kepada orang­orang yang beriman dalam bidang akhlak. Akhlak al-Qur'an dan seluruh kehidupan Rasulullah s.a.w. adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Al-Qur'an dan al-Sunnah merangkumi seluruh kehidupan manusia dalam bidang-bidang 'aqidah, 'ibadah, syari'at dan akhlak atau tingkah laku. Naungan al-Qur'an dan al-Sunnah adalah naungan Islam. Naungan ini meliputi seluruh ufuk kehidupan manusia dalam segala sudut dan lapisannya. Naungan Islam membawa kedamaian dan keselamatan kepada manusia. Bemaung di bawah kedamaian Islam bererti berpegang dan bersandar kepada al-()ur'an dan al-Sunnah. Menolak kedua-dua atau satu di antaranya, bererti melucutkan diri dari Islam dan mendedahkan diri kepada kebinasaan.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan­jalan (yang lain), kerana jalan jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. " (A1-An'am: 153)

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 14 : (BAH 1) : AS SUNNAH SEBAGAI SUMBER PENJELASAN



1.     Pengertian al-Sunnah
Sunnah bererti jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau carahidup. Pada mulanya perkataan ini digunakan secara umum dengan pengertian di atas, tetapi kemudian para 'ulama' Islam menggunakannya secara khusus untuk percakapan, perbuatandan pengakuan Rasulullah s.a.w.
Dengan percakapan diertikan segala perkataan yang pemah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam berbagai bidang; seperti bidang 'aqidah dan keimanan, hukum halal dan haram, akhlak, 'ibadah, pendidikan, muamalah, jenayah dan sebagainya.
Dengan perbuatan pula adalah merupakan penjelasan amali terhadap segala peraturan-peraturan syari'at agar dapat difahami dan kemudian dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman. Sudut amali ini sangat penting kerana ia menjelaskan melalui perbuatan dan tunjuk ajar yang amali terhadap perintah-perintah Allah yang tidak dijelaskan secara terperinci oleh al-gur'an. Ini termasuklah cara salat, cara menghadap kiblat ketika salat sunat di atas kenderaan, cara melaksanakan zakat, mandi dari hadas besar dan lain-lain.
Taqrir Rasulullah s.a.w. ialah keadaan baginda mendiamkan diri terhadap apa yang dilakukan oleh para sahabatnya di hadapannya. Berdiamnya Rasulullah s.a.w. dengan tidak melarang perbuatan sahabatnya bererti bahawa perbuatan itu tidak maksiat dan tidak haram. Kerana mustahil Rasulullah s.a.w. akan mengizinkan atau membiarkan sahabatnya melakukan sebarang dosa di hadapannya. Di samping itu terdapat juga taqrir Rasulullah s.a.w. dalam bentuk baginda secara terus terang, bersetuju dengan menyatakan dengan lisannya atas apa yang dilakukan oleh sahabatnya.
2.     Kedudukan al-Sunnah sebagai Penjelas kepada al-Qur'an
Allah mengutuskan Rasulullah s.a.w. untuk membacakan dan menerangkan ayat-ayat al-gur'an kepada manusia. Melalui sunnahnya pula, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan seluruh perintah dan larangan Allah melalui tunjuk ajar dan contoh teladan. Peranan sunnah Rasulullah s.a.w. berhubungan dengan ayat-ayat al-gur'an adalah seperti berikut:
i.    Menguatkan ayat-ayat al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an pada dasamya mengandungi perkara-perkara yang cukup jelas serta mudah difahami oleh orang yang membacanya. Dalam hal-hal seperti ini peranan sunnah Rasulullah s.a.w. adalah untuk menguatkan lagi perkara-perkara tersebut serta meletakkannya di satu kedudukan yang ditegaskan melalui susunan kalimah Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai contoh firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan dengan Kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya" (Al-Nisa': 136)

Dari sunnah pula, Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:
"Islam didirikan atas lima perkara; syahadah bahawa tiada ilah melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa dalam bulan Ramadan." (Bukhari)

ii.    Menghuraikan ayat-ayat al-Qur'an yang bersifat Ringkas
Terdapat ayat-ayat di dalam al-Qur'an yang menyebutkan sesuatu perintah secara ringkas. Oleh kerana keringkasannya adalah mustahil ia dapat dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman tanpa penghuraian lanjut. Di sinilah peranan sunnah dalam menghuraikan perintah-perintah yang terkandung di dalam ayat-ayat yang ringkas. Sebagai contoh:
"Sa1at itu adaIah suatu lcetetapan yang diwajibican ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya." (An-Nisa': 103)
Tidak terdapat di dalam al-Qur'an yang menerangkan cara-cara salat dan waktu-waktunya yang lima secara berurutan. Tetapi perkara ini telah dijelaskan oleh sunnah Rasulullah s.a.w, sama ada secara percakapannya ataupun perbuatannya.
Demikian dengan perintah zakat, ayat al-gur'an hanya menyatakan:
Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sadeqah zakat, supaya dengannya kamu membersihkan dan mensucikan mereka."(At-Taubah: 103)
Berkenaan perintah dalam ayat ini, sunnah Rasulullah s.a.w. menetapkan jenis-jenis perkara yang wajib zakat, kadarnya dan tempoh masanya.
iii.     Mengkhususkan Maksud ayat-ayat al-Qur'an yang Umum
Terdapat juga beberapa ayat al-gur'an yang berbentuk umum maksudnya, di antaranya firman Allah yang mafhumnya:
"Allah memerintahkan kepada kamu mengenai pembahagian harta pesaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak IeIaki menyamai dua bahagian anak perempuan." (An-Nisa': 11)
Sifat umum ayat di atas dikhususkan oleh sunnah dengan mengecualikan pembunuh yang membunuh ahli-ahli warisnya dan juga kepada Rasulullah s.a.w. dan anak-anaknya.
Sabda baginda yang mafhumnya: "Kami para Nabi tidak dipusakai." (Bukhari)
iv.    Membatasi ayat-ayat al-Quran yang tidak terbatas maksudnya
Ada di antara ayat-ayat al-Qur'an yang bersifat mutlaq atau tidak terbatas, antaranya firman Allah yang malhumnya:
"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka potonglah tangan keduanya." (Al-Ma'idah: 38)
Sifat tidak terbatas ayat di atas menggambarkan seolah-olah apa sahaja benda yang dicuri dan dalam keadaan apa sekali perbuatan itu dilakukan maka hukumannya adalah dipotong tangan orang yang mencuri. Ayat di atas juga tidak menjelaskan setakat manakah tangan pencuri itu akan dipotong.
Peranan sunnah dalam hal ini adalah untuk menjelaskan kadar benda yang dicuri dan juga had bahagian tangan yang akan dipotong.
v.    Menetatkan Hukum dan Amalan yang Tidak disebut oleh al-Qur'an
Terdapat hukum-hukum yang yang tidak ditetapkan oleh al-Qur'an secara nas tetapi ada asas-asasnya berkenaan perkara tersebut di dalamnya. Dalam perkara ini sunnah menambahkan secara nas akan hukum terhadap perkara yang telah ada asasnya di dalam al-gur'an.
Sebagai contoh mengharamkan memakan setiap binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku panjang. Asas bagi hukum ini terkandung dalam Surah al-Ma'idah ayat 3. Demikian juga Rasulullah s.a.w. telah menambahkan amalan-amalan seperti salat rawatib, duha, gerhana bulan dan gerhana matahari dan seumpamanya.
3.     Kedudukan al-Sunnah sebagai Sumber Pegangan Hidup
Sunnah merupakan sumber pegangan hidup yang kedua bagi orang­orang yang beriman sesudah al-Qur'an. Semua 'ulama' sependapat, bahawa sunnah Rasulullah s.a.w. menjadi hujjah atau dalil dalam soal-soal yang berkaitan dengan Islam. Ketetapan ini berlandaskan kepada firman Allah yang mafhumnya:
 "Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu dada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)." (An-Najm: 3-4)
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertaqwalah kepada Allah." (AI-Hasyr: 7)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21)
Sunnah tidak dapat dipisahkan daripada al-gur'an bagi membimbing para mu'min di atas jalan yang benar kerana sunnah adalah penjelas atau pentafsir yang amali terhadap perintah-perintah dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam al-Qur'an. Tidak mungkin seseorang itu dapat mematuhi perintah Allah tanpa ia melihat bagaimana cara sebenar untuk melaksanakanpya. Sedangkan cara sebenar untuk mematuhinya hanya terdapat dalam diri Rasulullah s.a.w. kerana baginda diutuskan oleh Allah untuk tujuan tersebut. Kerana ini Allah secara tegas telah berfirman yang mafhumnya: "Katakanlah: 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa­dosamu." (Ali Imran: 31)
"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (A1-Nisa': 64)
"Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (darf keta'atan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka." (A1-Nisa': 80)
Perintah mentaati Rasulullah s.a.w. adalah dengan mengikuti sunnahnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:
"Telahku tinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. " (Malik)
"Tidak sempuma iman seseorang kamu sehingga keinginannya menurut kepada apa yang aku datangkan kepadanya. " (Al-Hakim)
"Tidaklah aku meninggalkan sesuatu dart apa yang telah Allah perintahkan kepada kamu sekalian dengannya, melainkan sungguh telah aku perintahkan kamu dengannya, dan tidaklah aku meninggalkan sesuatu dari apa yang telah Allah larang bagi kamu sekalian daripadanya, melainkan pasti telah aku larang kamu sekalian daripadanya.' (Ibn 'Abdil Barr)
"Hat manusia, tidak ada sesuatu yang mendekatkan kamu sekalian kepada syurga dan menjauhkan kamu sekalian dari neraka, melainkan telah aku perintahkan kepadamu dengannya, dan tidak ada dart sesuatu yang mendekatkan kamu sekalian dari neraka dan menjauhkan kamu sekalian dari syurga, melainkan pasti telah aku cegah kamu sekalian daripadanya." (Imam al-Baghawi)  
Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak berpegang kepada sunnah atau hadithnya sebagai sumber hukum dan panduan hidup maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w
"Hampir-hampir salah seorang dari kamu berkata: ' Ini Kitab Allah, apa-apa yang ada dalamnya yang halal, kami halalkannya; dan apa­apa yang ada di dalamnya yang haram, kami mengharamkannya.', Ingatlah, barangsiapa yang sampai kepadanya satu hadith dariku, lalu ia mendustakannya, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah, Rasul-Nya dan orang yang meriwayatkannya" (Ibn 'Abdil Barr)

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 13 : (BAH 1) AL QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA




1.     Makna al-Qur'an
Perkataan al-Qur'an dari segi bahasa, sebagaimana yang disepakati oleh kebanyakan 'ulama', berasal dari perkataan al-qira'ah atau bacaan. Dengan maksud ini Allah berfirman yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami-lah yang menghimpunkan al-Qur'an dan bacaannya, maka apabila Kami telah selesai membacanya maka hendaklah kamu mengikut bacaannya." (Al-Qiyamah: 17-18)
Al-Qur'an juga dinamakan dengan nama-nama; al-Furqan, al-Dhikr dan al­Tanzil. Selain itu al-Qur'an juga dinamakan dengan sifat-sifatnya yang disebutkan di dalam al-Qur'an di antaranya seperti; al-'Aliyu, al-Majid, al­'Aziz dan al-'Arabi.
Dapat disimpulkan bahawa, walau dengan apa nama sekalipun, al-Qur'an adalah kalam Allah yang bermu'jizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ditulis dalam beberapa mushaf, dipetik dari riwayat yang mutawatir dan membacanya merupakan satu 'ibadat.

2.     Isi Kandungan al-Qur'an
Al-Qur'an adalah Kitab hidayah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Alif Lam Mim. Kitab (al-gur'an) ini tidak ada keraguan padanya; hidayah kepada mereka yang bertaqwa." (Al-Baqarah: 1-2)
"Sesungguhnya al-Qur'an ini adalah memberi hidayah ke jalan yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang­orang mu'min yang mengerjakan 'aural saleh bahawa mereka disediakan pahala yang besar." (Al-Isra': 9)
Hidayah al-gur'an ditujukan kepada seluruh manusia. Firman Allah yang mafhumnya:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan hidayah, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela'nati." (A1-Baqarah: 159)
Al-Qur'an merupakan hidayah yang yang memberi rahmat kepada orang-orang yang berserah diri sebagai para muslimin dan mu'minin.
"Dan Kami turunkan kepadamu AI-Kitab (al-gur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan hidayah serta rahmat dan khabar gembira kepada para muslimin." (Al-Nahl: 89)
"(Al-Qur'an) itu bukan cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai hidayah dan rahmat bagi kaum yang beriman."(Yusuf 111)
"Dan Kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka perselisihan itu dan menjadi hidayah dan rahmat bagi kaum yang beriman." (A1-Nahl: 64).
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit(yang berada) dalam dada dan hidayah bagi orang-orang yang beriman" to  "Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (al-Qur'an) kepada mereka yang Kami telah menjelaskan atas dasar pengetahuan Kami, menjadi hidayah dan rahmat bagi orang­orang yang beriman. "(A1-A'raf: 52) 
"(Al-Qur an) ini adalah bukti yang nyata dari Tuhanmu, hidayah dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al-A'raf: 203)
"Dan sesungguhnya (al-Qur'an) itu benar-benar menjadi hidayah dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (A1-Naml: 77)
Demikian juga al-Qur'an adalah Kitab hidayah yang membawa rahmat kepadaorang-orang beriman yang cenderung melakukan kebaikan dan yakin terhadap apa yang diturunkan dan dij anj ikan oleh Allah yang mafhumnya:
"Alf Lam Mim. Inilah ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi hikmat, menjadi hidayah dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan." (Luqman: 1-3)
"(Al-Qur'an) ini adalah pedoman bagi manusia, hidayah dan rahmat bagi kaum yang meyakini." (Al-Jatsiyah: 20)
Al-Qur'an adalah Kitab hidayah kerana manusia memerlukan wahyu untuk mendapat petunjuk terhadap perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. Dalam penilaian yang sebenar keperluan asasi manusia adalah untuk mendapat hidayah. Hidayah adalah perkara yang daruri bagi manusia kerana tanpanya manusia tidak mungkin dapat melalui kehidupan ini dengan selamat.
Keperluan manusia yang utama bukan untuk membangunkan tamaddun kemanusiaan dari segi kebendaan tetapi keperluan mereka yang utama adalah untuk membina hadarah atau peradaban kerohanian yang kukuh. Ini adalah kerana kekuatan peradaban kerohanian akan melahirkan kekuatan-kekuatan lain, sedangkan kekuatan-kekuatan itu pula akan berada di atas jalan yang selamat. Tetapi peradaban yang tidak berlan­daskan kepada unsur-unsur rohani yang rabbani, cuma nampak seolah­olah gagah dan perkasa, tetapi pada hakikatnya ia berpegang di dahan yang sangat rapuh.
Manusia dapat membina kekuatan kebendaan dengan daya akal dan kekuatan derianya yang lima. Tetapi manusia tidak mampu mencari pengisian kepada ruh dan jiwanya semata-mata dengan akal. Manusia memerlukan bimbingan wahyu untuk mengisi kekosongan rohaninya dan manusia menghajati kepada hidayah bagi santapan rohaninya.
Dalam kehidupan seseorang yang beriman, tidak ada yang lebih utama daripada hidayah. Keperluan orang-orang yang beriman terhadap hidayah ini telah menjadikan mereka diwajibkan memohon di dalam salat secara berulang-ulang dan berterusan akan hidayah tersebut, kerana dengan hidayah sahaja manusia itu dapat selamat daripada kesesatan dan terselamat dari kemurkaan Allah.
Kalimat yang diulang-ulang itu adalah yang mafhumnya:
"Hidayatkan kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Fatihah: 6-7)

3.     Kedudukan al-Qur'an sebagai Sumber Pegangan Hidup
Allah mewajibkan manusia untuk meng'abdikan diri kepada-Nya kerana itulah tujuan manusia dijadikan oleh Allah. Oleh yang demikian itu Allah telah mewajibkan juga manusia berpegang kepada hidayah dan panduan yang diturunkan oleh-Nya di dalam al-Qur'an.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang 'azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya. "(Az-Zumar: 55)
Kewajipan menjadikan al-Qur'an sebagai pegangan hidup adalah demi keselamatan manusia sendiri. Dengannya manusia terhindar dari 'azab Allah dan dengannya juga manusia terhindar dari kekosongan hidup yang menyebabkan mereka mengikut sesuatu yang mereka tidak ketahui. Di mana kesemuanya selain dari hidayah Allah itu tidak menambahkan selain daripada kesesatan dan kehancuran.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain dariNya." (AI-A'raf: 3)
Al-Qur'an adalah sumber utama dalam kehidupan para muslimin dan mu'minin kerana ia bersumber dari Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah telah mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka yang demikian hanya Allah sahaja yang mengetahui secara mendalam dan terperinci selok belok seluruh ciptaan-Nya. Allah Yang Maha Mengetahui menghendaki agar manusia keluar daripada kegelapan menuju cahaya dengan hidayah daripada-Nya. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu. (Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan 'aural-'aural saleh dari kegelapan kepada cahaya." (At-Talaq: 10-11)

Selasa, 05 Februari 2013

NABI KHIIDIR NABI RAHSIA : NABI KHIDIR MEMBERI TAKZIAH KEPADA KELUARGA RASULULLAH SAW



Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi tidak melihat orangnya.
 Bunyi suara itu begini:
Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang. Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”
Berkata Jakfar: “Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata: “Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Jakfar: “Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”
Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi. Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.” Mendengar yang demikian Ali bin Abi Talib berkata: “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah Khidir.”
Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam kitabnya Ar-Riddah, yang diterimanya dari Sa’id bin Abdullah, dari Ibnu Umar mengatakan: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah Abu Bakar ke rumah Rasulullah. Ketika beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliau berkata: “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.” Kemudian beliau bersama sahabat-sahabat yang lain menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW. Pada waktu mereka menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka mendengar suara ajaib. Selesai solat dan mereka pun semuanya sudah diam, mereka mendengar suara orang di pintu mengatakan: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya pada agama Allah ada pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan dari segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu mengharap dan dengan-Nya berpegang. Orang yang diberi musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu dan hentikan kamu menangis itu."
Mereka melihat ke arah suara itu tetapi tidak melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka menangis lagi. Tiba-tiba terdengar lagi suara yang lain mengatakan: “Wahai Ahli Bait, ingatlah kepada Allah dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu golongan orang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan ada pengganti setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya taat. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orang yang diberi pahala.” Mendengar yang demikian itu berkata Abu Bakar: “Ini adalah Khidir dan Ilyas. Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.”
Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas bin Malik, mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW meninggal dunia, berkumpullah sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kematian beliau. Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap kepada sahabat-sahabat dan berkata: “Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, ada  pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.”
Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada pandangan para sahabat. Abu Bakar berkata: “Datang ke sini lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke kiri dan kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah atas kematian Rasulullah SAW.”
Dari tadi sudah banyak kita lihat ucapan-ucapan takziah yang hampir sama kata-katanya. Ada yang mengatakan hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak diiktiraf oleh Imam Bukhari.
Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya Al-Jana’iz: “Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud, dari Ahmad bin Amr, dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari Muhammad bin Mukandar, berkata: “Pernah pada suatu hari Umar bin Khattab menyembahyangkan jenazah, tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: “Ala, janganlah duluan dari kami mengerjakan solat jenazah ini. Tunggulah sudah sempurna dan cukup orang di belakang baru memulakan takbir.” Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Kalau engkau seksa dia ya Allah, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau Engkau mahu mengampuni dia, maka dia betul-betul mengharap keampunan daripada-Mu.” Umar bersama sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki itu. Tatkala mayat itu sudah dikuburkan, lelaki itu masih meratakan tanah itu sambil berkata: “Beruntunglah engkau wahai orang yang dikuburkan di sini.”
Umar bin Khattab berkata: “Tolong bawa ke sini lelaki yang bercakap itu supaya kita tanya tentang solatnya dan maksud kata-katanya itu.” Tiba-tiba lelaki itu pun sudah menghilang dari pandangan mereka. Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba mereka melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar bin Khattab berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir yang pernah diceritakan oleh Nabi kita Muhammad SAW.”
Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan Umar
.