Tampilkan postingan dengan label Untaian Kisah Para Wali Allah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Untaian Kisah Para Wali Allah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 16 Juli 2016

UNTAIAN KISAH PARA WALI KE 20 : Hamba Yang Ajaib



Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.
                  
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.

Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.

Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak hambanya menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan kehairanan. Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang (padang pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai solat hamaba tersebut menadah tangan kelangit dan memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.

Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia berjanji akan memerdekakan hambanya kerana hamba yang saleh spertinya tidak seharusnya menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri dengan bagitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah beliau.

Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda itu berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari dengan cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata orang berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam tadi hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari.

Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu sahaja disitu seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa menuggu Abdul Wahid sudah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan minuman telah terhidang disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini sehingga saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya , tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya berkata "ini wang dirham untuk malam tadi".

Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan saya kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta batu tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.

Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku. Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak perumpuan Abdul Wahid memaki hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya terkeluar dan dia jatuh pingsan.

Satelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada disitu telah memberi tahu kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui keadaan sebenarnya.

Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah supaya memulihkan kembali penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala. Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku.
Bagitulah adik-adik besarnya darjat orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan dia telah memperolehi darjat dan kemulian dari Allah Subhanahu Wataala.

UNTAIAN KISAH PARA WALI KE 18 : BERBAIK SANGKA TERHADAP ALLAH



Petikan Dari Untaian Kisah Para Wali Allah Diceritakan dari Syeikh Ibrahim Al-Khowwas rahimahullah, bahwasanya dia berkata; Aku meninggalkan negeriku menuju ke Makkah untuk berhaji, kali ini tanpa kenderaan dan bekal apa pun. Di tengah perjalanan, aku tersesat sehingga tidak mengetahui arah mana yang harus dituju.

Tiba-tiba terlihat olehku seorang pendita Nasrani mendatangiku seraya bertanya: “Wahai Pendita muslim! bolehkah aku menemanimu dalam perjalanan ini?” “Boleh, jawabku kepadanya. Memang kebetulan pula, saya pun tak mempunyai teman yang lain.” Aku tidak tahu dari mana pendita Nasrani, dan aku pun tidak mahu bertanya. Hatiku berkata syukur aku telah dikurniai Tuhan seorang teman, kalau tidak tentu aku akan terus sesat tidak tahu menuju ke mana.

Kami pun berjalan selama tiga hari tiga malam tanpa merasakan makan dan minum. Kami merasa terlalu lapar sekali, namun begitu masing-masing kami terus berdiam diri antara satu dengan yang lain. Kemudian dengan tiba-tiba pendita Nasrani itu berkata: “Wahai pendita muslim! apakah engkau tidak membawa makanan dan minuman untuk kita menikmati bersama?” Mendengar pertanyaan itu, aku agak terkejut sedikit. Selama ini aku berkata di dalam hatiku, apakah si pendita Nasrani ini tidak membawa bekal makan atau minum. Rupanya dia tidak punya apa-apa, maka dia bertanya pula kepadaku. Apa yang hendak aku ketakan kepadanya? “Ya, ada!” tiba-tiba terkeluar dari mulutk kata-kata yang berani itu. “Marilah kita nikmati bersama!” usul pendita Nasrani itu wajah yang tersenyum.

Celaka aku! Aku telah berdusta kepada diriku sendiri. Di mana ada makanan dan minuman yang akan aku keluarkan? Wajahku pucat lesi. Tiada jalan lagi bagiku melainkan dengan memohon kernia dari Allah Subhanahuwa Taala. Aku menengadah ke arah langit, lalu berdoa: “Ya Tuhan hamba! Wahai pengguasa yang tiada terbatas! Berilah hamba sesuatu untuk menutup lapar dan dahaga kami berdua ini, dan janganlah sampai hamba dihinakan di hadapan pendita Nasrani ini! Ya Allah, Ya Tuhanku! Dengarlah permohonan hamba ini!” Tanpa diduga, dengan tiba-tiba turunlah dari angkasa sebuah talam yang berisi roti, daging dan sekendi air. Kamipun memakannya berdua sehingga kenyang, serta bersyukurlah kami kepada Tuhan Maha Pemurah yang telah menurunkan kurniaNya secara luarbiasa itu.

Kemudian kamipun melanjutkan perjalanan kami tanpa membicarakan apa-apapun tentang bagaimana turunnya makanan dan minuman dari angkasa itu. Orang Nasrani itu nampaknya kelihatan tidak hairan, seolah-olah perkara serupa itu adalah biasa saja. Namun begitu aku tetap takjub tentang hal itu, kerana itu adalah yang pertama kali berlaku atas diriku. Kini, sudah tiga hari tiga malam, kami berjalan lagi tanpa makan dan minum apapun. Maka pada hari keempat, aku berkata pula kepada pendita Nasrani itu: “Wahai pendita Nasrani! Kini giliranmu pulalah untuk mengeluarkan apa yang yang ada padamu untuk kita makan dan minum bersama!” “Baiklah,” jawabnya tenang saja. Aku hairan, dan aku ingin lihat apa pula yang dibuatnya. Pendita Nasrani itu lalu menengadah ke arah langit lalu berdoa. Tiba-tiba meluncur turun dua buah talam yang penuh dengan makanan dan minuman. “Sila makan!” pelawa pendita Nasrani itu. “Ini ada dua hidangan satu untukmu satu untukku.” Aku tercengang, tidak tahu apa yang hendak aku katakan. Bila dulu aku meminta kepada Allah untuk menurunkan makanan, aku hanya mendapat satu talam saja.

Kini si pendita Nasrani ini mendapat dua talam. “Sila makan!” pelawanya sekali lagi. “Tidak! Demi Allah, aku tak akan memakanya sebelum kau menjelaskan terlebih dulu tentang makanan dan minuman ini!” kataku Kepada pendita Nasrani itu. Pendita itu lalu menjawab dengan riang gembira, katanya: “Selama saya menemani tuan, benar-benar saya tertarik kepada amalanmu itu, dan saya yakin bahwa selama ini diriku dalam kesesatan yang nyata, dan jelas sekali saya tak mampu berbuat seperti dengan perantaraan Kesalihan tuan dan kekeramatan tuan di sisi Allah, Semoga Allah berkenan memberi kami makanan dan minuman.

Dan rupanya doa itu dikabulkan Tuhan, dan inilah dia makanan dan minuman yang diberikanNya, dan DiberikanNya kita dua talam pula sebagai kurnia hidangan daripadaNya. Maka sekarang, saksikanlah bahwa saya telah memeluk islam: “Asyhadu Illaaha Illallaah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah!” Alangkah gembiranya hatiku bila mendengar penjelasan tuan pendita itu. Aku terus merangkulnya dengan perasaan yang terharu, dan hatiku gembira tidak pernah gembira seperti hari ini. Kemudian kami pun makan dan minum bersama. Selesai makan dan minum, dia lalu bertanya kepadaku: “Ke mana tujuanmu dari sini?” “Aku akan ke Mekah untuk naik haji,” jawabku. “Aku akan mengikutmu ke sana juga,” jawab pendita itu pula. Kami pun meneruskan perjalan menuju ke Makkah untuk berhaji bersama-sama pula. Sewaktu kami berada di Mekah, pada suatu ketika , aku kehilangan dirinya, lalu aku mencarinya ke sana ke mari, sehingga aku menemukannya sedang giat bershalat di suatu tempat yang terlindung dari pandangan orang ramai.

 Aku pun menunggunya di situ sehinggalah ia selesai dari shalatnya. Aku lalu memberi salam kepadanya. Ia menjawab salamku itu dengan baik dan penuh gembira. Kemudian ia berkata pula: “Tuan! Rupa-rupanya aku terasa diriku ini akan segera pergi untuk mengadap Tuhan Rabbul-alamin!” “Bagaimana kau tahu?!” tanyaku ingin mengatahui. “Aku tahu,” jawabnya pendek sahaja. Dia lalu menghulurkan tangannya sambil berkata: “Aku berdoa moga-moga persahabatan kita ini diteruskan Allah nanti ketika kita berada di akhirat nanti!” dia lalu menggoyang-goyangkan tanganya ke tangan tanda mesra. “Amin!” jawabku.

 Dia bangun untuk meneruskan shalatnya, tiba-tiba ia menggeletar hebat, lalu jatuh di tempat shalatnya, dan sambil membaca dua kalimah syahadat, dia menghembus nafasnya yang terakhir. Wajahnya kelihatan tenang dan bercahaya. Aku merasa sangat sedih kerana kehilangan seorang teman yang baik sepertinya. Aku kemudian memandikanya, mengkafankannya, menshalatinya, kemudian menguburkannya. Dan pada malam itu, aku memimpikannya sedang berpakaian yang sangat indah, di tempat kediaman yang amat indah pula. Aku pun bertanya kepadanya: “Bukankah kau ini temanku?” “Benar!” jawabnya. “Alhamdulillah,” ucapku untuknya. Dia ketawa suka dan riang sekali. “Bagaimana sambutan Allah kepadamu?” aku bertanya kepadanya. “Aku datang kepadaNya dengan membawa dosa yang bertumpuk-tumpuk, namun Allah berkenan mengampuniku, kerana aku telah berbaik sangka kepadaNya, dan semoga Allah menjadikanku sebagai temanmu nanti di akhirat,” dia memberitahuku. Aku pun terjaga dari mimpiku itu, dan merasa sangat gembira sekali.

UNTAIAN KISAH PARA WALI KE 17 : KATA-KATA HIKMAH DARI WALI ALLAH YANG TELAH MENGALAMI FANA



Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthami; “Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?”. Abu Yazid menjawab: “Diri saya telah hilang(fana) dalam mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang”.

**Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai orang bagaimanakah kita boleh mencapai Allah. Beliau telah menjawab dengan katanya: “Buangkanlah diri kamu.

Di situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang melenyapkan(fana) dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala-galanya”.

Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya; Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa dengaNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa-apa.

Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera.

Kemudian Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga.”

**Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut: Kamu tidak mencapai baqa(kekal dengan Allah) sebelum melalui fana(hapus diri) Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan ‘mematikan diri’ ialah kesufian. Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.

Sabtu, 18 Juni 2016

UNTAIAN KISAH PARA WALI ALLAH KE 16 : AHLI MAKSIAT YANG DIAMPUNI



Sebagian Ulama Sufi berkisah:

“Aku mempunyai tetangga yang sangat buruk perangainya. Hampir seluruh tetangga lain tidak menyukainya. Sampai tiba suatu masa, ia sakit dan meninggal. Melihatnya meninggal, tidak ada raut susah pada tetangga-tetangga lain. Malah mereka bergembira. Telah hilang satu biang kerok!!”

“Namun aneh. Suatu malam aku memimpikannya di syurga. Di temani bidadari-bidadari di mahligai kenikmatan. Karena penasaran aku bertanya padanya”:

“Apa yang membuatmu bisa mendapat nikmat ini. Padahal dalam hidupmu. Engkau adalah biang kerok sejati?”.

“Penyebabnya ialah, pada suatu hari aku hadir di majlis Dzikir kepada Allah. Aku dengar pemimpin majlis itu menyampaikan sebuah riwayat hadist dari Rasulullah SAW.: Barangsiapa yang bershalawat atasku dan mengeraskan suaranya dalam shalawat itu. Niscaya ia akan mendapat syurga”.

“Pemimpin Majlis itu lalu mengangkat suaranya dalam Shalawat itu. Dan orang-orang yang hadir turut mengeraskannya. Termasuk diriku”

“Maka dari itulah. Aku telah diampuni Allah terhadap segala Dosa-dosaku”.

UNTAIAN KISAH PARA WALI ALLAH KE 14 : SEORANG HAKIM, SEORANG NASRANAI DAN IBU YANG MENANGGUNG ANAK–ANAK KECIL



Diceritakan oleh sebagian orang salih, bahwa pada zaman pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, kerajaan Bani Umaiyah, terdapat seorang wanita janda dari keturunan Nabi s. a. w. Dia menanggung tiga orang anak perempuan yang masih kecil-kecil kesemuanya, padahal keadaan hidupnya amat sempit sekall. Hari-hari ada saja yang kurang.

Pada suatu hari anak-anak itu terus menangis tidak mahu berhenti, lantaran tidak tertahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas lbunya memujuk untuk bersabar, namun anak-anak itu tidak sunggup bersabar lagi.

Sang ibu sudah habis helah untuk menghibur anak-anak kecil yang tidak faham tentang keadaan hidup itu. Lalu la berkata kepada anak-anaknya itu: 'Tunggulah sampal besok, nantli ibu. akan pergi ke kantor Tuan Hakim negerl meminta sesuatu dari 'Baltul-mal' (Kas Negara), moga-moga dia merahmati kita!'

Pada pagi-pagi lagi, ibu dengan anak-anak kecilnya datang ke kantor Tuan Hakim menunggu kedatangannya. Lama juga mereka menunggu, baru Tuan Hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecilnya di situ, Tuan Hakim bertanya:

`Ada apa kamu sekalian menunggu di sini?'

`Tuan Hakim!' bicara ibu anak-anak itu. 'Kami sudah selalu sangat tidak makan. Saya sendiri boleh tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup bertahan menunggu makanan. Jadi kami datang di sini, moga-moga ada apa-apa makanan yang dapat Tuan berikan sedekah kepada kami dari Baltul-mal.'

Sang lbu sungguh mengharapkan bantuan dari Tuan Hakim itu. Kalau tidak dikasihaninya dirinya sendirl, paling kurang kepada anak­-anak kecil yang tidak tahu bahasa itu.

Balklah,'jawab Tuan Hakim baik sekali. 'Hari ini kembalilah dulu! Besok aku akan berikan kamu sesuatu,' tegasnya.

Wajah ibu itu cerah sedikit, menyangka ada harapan bahwa bantuan yang dicita-citakan itu akan datang, walaupun lambat sedikit. Namun begitu dia mencuba jika boleh biarlah bantuan yang dijanjikan itu dapat segera pada hari itu juga kerana dia tidak tertahan lagi melihat anak-anaknya yang terus menangis saja.

`Tuan Hakim!' rayunya pula 'Terima kasih banyak atas pertimbangan Tuan yang balk itu. Tapi boleh tak kalau bantuan itu diberikan sekarang juga, kerana anak-anak kecil ini sungguh terlalu lapar sekali. Biarlah saya menunggu lambat sedikit, tidak mengapa, asalkan saya boleh dapatkan bantuan itu sekarang juga,' dia merayu penuh harapan meminta belas-kasihan Tuan Hakim yang berkuasa itu

`Sudahlah, bukankah aku sudah bilang besok, datanglah besok saja. Aku kan ada banyak kerja sekarang ini. Aku baru saja datang, sudah hendak kerjakan perkara kan dulu,' Tuan Hakim merungut-­rungut minta sang ibu itu berundur dari kantornya.

Ibu itu tidak ada alasan lain untuk merayu, dan dia bimbang pula, jika banyak bicara yang tidak disukai Tuan Hakim, mana tahu, dia akan ubah putusannya yang mahu membantu itu. Lebih balk kembali saja, katanya dalam hari.

Ibu itu menarik tangan-tangan anak-anaknya untuk pulang, namun anak-anak yang tidak tahu bahasa itu, malah lebih menangis, kerana dilihatnya tidak ada benda yang diberikan oleh Tuan Hakim kepada mereka.

`Tuan Hakim tidak beri kita apa-apa,' tanya anak yang terbesar sekali.

`Dia sibuk hari ini,' puiuk sang ibu, 'besok dia akan berikan kita. Kita terpaksa kena sabarlah.'

Pada malam itu ibu itu terus menenteramkan anak-anaknya, bahwa mereka akan dapat bantuan dari Baitul-mal, dan Tuan Hakim akan memberikan bantuan kepada mereka, dan mereka tidak akan hidup dalam kekurangan lagi. Anak-anak itu masih belum faham lagi, mengapa mereka mesti tunggu sampai Tuan Hakim memberi mereka makan mereka, namun begitu mereka merasa gembira juga kerana mulai besok mereka akan dapat makan minum dengan cukup, berkat bantuan Tuan Hakim itu. Mereka pun tidur tanpa banyak resah dan tangis.

Pada hari esoknya, seperti waktu kelmarinnya, ibu itu datang lagi ke kantor Tuan Hakim kerana menuntut janji yang diluahkan Tuan Hakim pada hari yang sebelumnya. Dia terpaksa menunggu lagi sehingga Tuan Hakim datang.

`Assalamu alaikum, Tuan Hakim,' ibu itu memulakan bicara­nya.

`Ah, pagi-pagi buta engkau sudah sampai ke sini?' bangkang Tuan Hakim kepada ibu itu.

`Minta maaf,' kata ibu itu.

`Ada apa?' Tuan Hakim pura-pura tanya.

Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan,' kata ibu itu.

Bantuan yang aku janjikan?' bentak Tuan Hakim. 'Aku tak pernah berjanji kepada siapa-siapa pun.'

Bukankah saya datang kelmarin dengan anak-anak saya, dan Tuan Hakim....'

Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk meng­ingatkan Tuan Hakim itu mengenai janjinya, tiba-tiba Tuan Hakim itu membentak lagi dengan suara keras sekali.

`Hei pengawal,' panggil Tuan Hakim kepada penjaga pintu di situ. 'Halau perempuan ini dari sini!'

`Hei Tuan Hakim! Kenapa Tuan bersikap zalim begini?!' ibu itu menggerutu.

Pergi saja dari sini! jangan bising-bising!' perintah Tuan Hakim.

Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari kantor Tuan Hakim. Dia menahan tangisannya sekuat hatinya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina sebagai seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian dan harga diri. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah s.a.w. yang mesti menjaga harga diri.

Lekas-lekas dia melarikan dirinya dari tempat itu. Dia keluar sedang fikirannya berkecamuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya. Apa akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah? Aku katakan Tuan Hakim itu telah memungkiri janjinya? Mana anak-anak kecil tahu alasan-alasan serupa itu!

Dia memesong ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi. Rumah-­rumah itu banyak yang sudah roboh kerana sudah tua dan benaannya sudah tidak sesuai dengan kehendak orang-orang yang sudah serba maju pada mana itu.

Dia kemudian duduk di salah satu sudutnya sendirian untuk memecahkan sakit yang sedang menekan hati sanubarinya. Dia terus menangis sekuat hati dan sepuas-puasnya. Dia kemudian mengeluh: `Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anakanakku yang kecil itu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat mempu mereka lagi dengar alasan-alasan yang tidak benar! Tuhanku! Berilah aku jalan keluar dari kesempitanku ini! Aku sendiri pun sudah tidak sanggup menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun?!'

Ibu itu terus menangis dan meraung seorang diri.

Diceritakan pula bahwa pada kota itu ada seorang Nasrani yang agak luar biasa sikapnya. Meskipun dia seorang beragama Masihi, namun dia sering berbelas-kashihan kepada orang-orang yang beragama Islam, khususnya mereka yang miskin dan fakir. Dia suka membantu orang-orang yang sudah.

Orang Nasrani ini namanya Saiduk, mempunyai harta yang banyak serta banyak pula orang yang bekeria dengannya.

Kebetulan sekali, Saiduk sedang melihat-lihat rumah-rumah buruk di situ. Mungkin ada sesuatu tujuan dagang, kerana itulah dia memeriksa-meriksa deretan rumah-rumah yang roboh di situ. Dari kejauhan terdengar olehnya suatu suara tangisan yang merintih hati.

`Aku sudah datang ke sini beberapa kali, tidak pernah aku dengar apa-apa macam ini,' katanya kepada beberapa orang pekerjanya yang datang bersama-samanya. kamu dengar tidak suara itu?'

`Dengar suara tangisan seorang perempuan,' jawab seorang pekerjanya.

`Jangan-jangan suara jin tak,' kata yang lain.

Eh, mana ada jin siang-siang hari begini?! kata yang lain pula.

Mereka pun pergi ke tempat datangnya suara tangisan itu. Mereka dapati disitu ada seorang perempuan yang setengah umur sedang menangis. Melihat orang-orang itu datang, ibu itu berhenti menangis. Dia kelihatan terperanjat. Dari mana orang-orang ini datang?

`Jangan takut,' kata Saiduk. 'Saya Saiduk, semua orang kenal saya di sini,' sambungnya lagi.

`Saiduk, saudagar Nasrani itu?' tanya ibu itu

`Kenapa engkau menangis di sini?' tanya Saiduk.

`Tak ada apa-apa,'Jawab ibu itu.

`Tak ada apa-apa tak kan menangis? Mesti ada apa-apa, cuba katakan!' kata Saiduk lagi. Ibu itu lalu menceritakan nasibnya yang malang itu. Bagaimana dia menderita kesusahan dengan menanggung tiga orang anak perempuan yang masih kecil-kecil. Diceritakan sekali apa yang berlaku di antaranya dengan Tuan Hakim yang tidak berperi­kemanusiaan itu.

`Saya faham,' kata Saiduk. jangan menangis lagi!' katanya lagi.

Saiduk lalu menyuruh perempuan itu kembali ke rumahnya dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya. Dia lalu memanggil pengurus perniagaannya dan berkata:

Berikan perempuan ini seribu dinar. Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga!' perintah Saiduk.

Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrari yang begitu murah hari dan berperi-kemanusiaan terhadap orang yang susah sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbangrasa itu. Meskipun dia bukan seorang Muslim, namun dia tetap seorang manusia yang berperasaan kemanusiaan terhadap sesama manusia yang lain.

Orang suruhan Saiduk itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan dan buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pasangan pakaian untuk sang ibu dan anak-anaknya. Semua itu disampaikannya pada hari itu juga. Anak-anak ibu itu bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada seribu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.

`Terima kasih banyak, sampaikan kepada Saiduk itu,' kata ibu itu dengan tersenyum.

Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: Ya Allah! Ya Tuhanku! Berikanlah si Saiduk itu hidayat dan taufiq memeluk Islam, dan berilah dia dari kenikmatan-kenikmatanMu di syurga!

Pada malam itu Tuan Hakim bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di hari kiamat. Manusia terlalu sibuk masing-masing dengan keadaannya sendiri-sendiri mencari perlindungan.

Tuan Hakim dibawa pengawal untuk menuju ke syurga, kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi indah permai penuh dengan ukiran mas merah, dan tingkap-tingkapnya dari mutiara putih yang berkilaukilauan. Antara dua tingkapnya berdiri seorang bidadari hurul-ein yang bercahaya lebih terang dari cahaya mataharl, dan lebih menarik dari cahaya bulan.

Apabila Tuan Hakim itu tiba di situ, semua bidadari-bidadari hurul-ein bertempik di mukanya: 'Orang yang tidak tahu diuntung! orang yang sial dan merugi! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah mlllkmu. Tetapi sekarang, alangkah slahlya nasibmu! semua ini termasuk kami bidadari-bidadari ini menjadi hak orang lain. Menjadi milik si Saiduk, orang Nasrani itu. sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milikmu lagi. Bawa dia di tempatnya di dalam neraka itu!' Mereka bertempik-tempik dengan suara yang keras.

Kemudian Tuan Hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan diunjukkan tempatnya di situ.

Pada saat itulah Tuan Hakim itu tersedar dari mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Apa yang aku lihat di dalam mimpiku ini! Alangkah sialnya naslbku kerana perbuatan yang telah aku sia-siakan. Dia tidak dapat tidur terus pada malam itu sampai pagi memikirkan mimpinya yang dahsyat itu. Mungkin ini kerana perbuatanku yang kejam terhadap si perempuan yang datang memohon bantuan untuk anak-anaknya itu.

Pada besok paginya, Tuan Hakim bergegas-gegas datang ke rumah Saiduk orang Nasrani itu. Dia mengetuk pintunya, maka keluarlah penjaga pintu bertanya:

`Oh, Tuan Hakim!' kata penjaga pintu itu. 'Ada apa?' `Mana Saiduk?' tanya Tuan Hakim.

`Ada di dalam,'Jawab penjaga pintu.

`Panggillah dia ke mari!'

Saiduk keluar dan menyambut baik Tuan Hakim itu. 'Sila masuk, Tuan Hakim!' dia mempelawa Tuan Hakim.

Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya, lalu dipersilakan duduk. Tuan Hakim tidak sabar lagi, lalu bertanya:

`Ada apa-apa kebalkan yang kau lakukan semalam?' tanya Tuan Hakim.

`Saya memang suka membuat kebaikan,'Jawabnya. 'Kebaikan yang macam mana?' tanya Saiduk kemball.

`Kebaikan apa saja, cuba terangkan!'

`Tadi malam, saya minum lebih sedikit, saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa,' Saiduk memberitahu Tuan Hakim.

`Aku tidak mahu tahu tentang apa yang kau buat untuk dirimu,' Tuan Hakim naik darah. 'Yang aku mahu tahu apa yang kau buat untuk orang lain, Cuba ingat-ingat!'

Saiduk Cuba mengingat-ingat. Dalam fikirannya tentu Tuan Hakim ini mahu tahu kebaikan yang aku lakukan terhadap perempuan janda itu, agaknya, terkanya di dalam hati.

`Barangkali kebaikan yang saya buat terhadap seorang-perempuan janda yang mempunyai anak-anak kecil, tiga orang jika tidak salah?!' terang Saiduk.

`Ya ... ya,' pintas Tuan Hakim tidak sabar. 'Apa yang kau berikan dia?'

`Apakah salah, jika saya berikan sesuatu kepadanya?'

`Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya,' pintas Tuan Hakim lagi.

Dia saya dapati menangis di deretan rumah-rumah roboh yang saya bell di Ujung kampung ini. Saya kasihan kepadanya. Saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya dan keperluan anak-anaknya,' kata Saiduk.

`Itu saja yang kau beri?' tanya Tuan Hakim.

`Ada lagi,'Jawab Saiduk.

`Apa dia?'

`Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anak kedInya,' Saiduk memberitahu semua ceritanya.

Tuan Hakim termenung sebentar kerana mengingatkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan Ibu anak-anak itu.

`Tapi, saya ingin tahu apa sebabnya Tuan Hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini kerana hendak bertanya perkara ini,' tanya Saiduk minta penerangan.

Tuan Hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang banyak fikiran dan sedih sekali. Saiduk semakin hairan dan mengulang lagi pertanyaannya.

`Tuan Hakim!' kata Saiduk. 'Cubalah beritahu saya apa sebabnya Tuan Hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini?'

`Begini Saiduk. Aku mimpi tadi malam suatu mimpi yang sungguh menyedihkan aku,' Dia kelihatan sangat muram sekali.

`Mimpi yang menyedihkan Tuan?' Saiduk terperanjat. 'Tapi apa kena-mengenanya dengan diri saya?'

Tuan Hakim tidak punya helah lain, melainkan terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia beritahukan tentang gedung di syurga yang asalnya atas namanya, lalu bertukar menjadi hak Saiduk.

Mendengar cerita itu, Saiduk lalu menghulurkan tangannya kepada Tuan Hakim, katanya:

`Tuan Hakim! Sekarang saksikanlah bahwa saya menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya, dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutusnya membawa petunjuk dan agama yang benar.'

Tuan Hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduk itu. Kemudian dia keluar dari rumah Saiduk, sedang hatinya remuk redam, sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperi­kemanusiaan itu.

Wahai suadarakul Cuba renungkan betapa seorang penguasa yang tidak bijak dalam tugasnya telah membuat suatu keputusan yang salah. Dia menahan hak orang miskin yang ada dalam tangannya sehingga dia diancam menjadi dari golongan ahli neraka, padahal telah tersedia untuknya sebelum itu bermacam-macam kenikmatan di dalam syurga.

Sebaliknya, seorang Nasrari yang berbudi mulia, dengan doa seorang perempuan miskin saja, dia telah diberi Allah petunjuk menemui jalan kebenaran, lalu menjadi dari golongan ahli syurga, padahal sebelum itu dia adalah dari golongan ahli neraka