Tampilkan postingan dengan label Rampai Rohani. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Rampai Rohani. Tampilkan semua postingan

Jumat, 25 Januari 2013

RAMPAI SARI ROHANI NUMBER 3: PERANAN AKAL, ROH, NAFSU DAN NYAWA


Mari kita membincangkan peranan Akal, Roh, Nafsu dan Nyawa di dalam tubuh manusia, sebagaimana kita maklum bahawa ke empat-empat makhluk ini di berikan atas satu nama iaitu ROHANI, ia di cipta oleh Allah di bawah peraturan KUN di alam ulwi oleh Allah swt

Setelah di cipta maka Allah telah menempatkan Rohani itu di alam Roh, dan semasa di alam Roh itulah ia di ambil saksi oleh Allah s.w.t sementara menunggu Allah menjadikan Adam (jasmani) bagi membolehkan dia beribadat kepada Allah, tanpa jasmani dia tidak boleh beribadat kerana tiada penyaksian kerjanya

Rohani mempunyai sikap yang cukup sempurna untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang khalifah di bumi kerana cukup sifatnya untuk menjalankan amanah Allah, ini kerana ia memiliki akal, nafsu,Roh dan nyawa yang mana makhluk tersebut mampu untuk berjuang kepada jalan Allah, ertinya ia di jadikan oleh Allah di alam yang tinggi dan beribadat di alam yang rendah

Komponen Rohani bertugas atas dasar bekerjasama di antara satu dengan yang lainnya, setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab yang seimbang dalam menjalankan tugasnya tiada kelebihan di antara mereka, namun darjat mereka adalah berlainan di antara satu dengan yang lain, umpamanya jika mengikut susunan maka ia akan menjadi begini: nyawa, Akal, nafsu dan Roh, ini bererti di antara mereka tidak boleh tiadak ada di antara mereka

Semasa masih di alam Roh maka Nyawa menjadi wakil Roh,Akal dan Nafsu untuk menjawab soalan daripada Allah, yang mana Nyawalah yang menjawab bagi pehak Roh,Akal dan Nafsu untuk mengakui bahawa Allah itu Tuhan mereka dengan menjawab Qolu bala shahidna.........(Al A'araf ayat 172) namun di bumi maka akal pula yang menjadi ketua bagi mereka terutama dalam soal ibadat kepada Allah atau menjalankan aktiviti hidup sebagai khalifah

Dalam masa menjalankan aktiviti hidup di bumi ini maka nafsu pula menjadi penentu corak aktiviti tersebut kerana dia penentu ke arah mana yang hendak di tuju sama ada ke neraka ataupun ke Syurga, dan dia pula adalah sebagai penentu untuk mengenalpasti sikap jasmani manusia yang mana anasir jasmani itu adalah seimbang dengan sifat hawanya, ini bererti hawa kepada nafsu itu menyebabkan berlakunya gerak dan gerit yang di kendalikan oleh Roh pula

Soalan:
Apakah peranan Rohani di dalam tubuh manusia ?

Jawapan:
Peranan Rohani di dalam tubuh manusia ialah menggerakkan tubuh sesuai dengan tanggungjawab masing-masing, ertinya Roh bertanggungjawab untuk memberikan daya kekuatan tenaga kepada jasad sehingga jasad dapat bergerak dan bertenaga. Nafsu pula memberikan ransangan kepada akal supaya akal membuat keputusan untuk bergerak dan melakukan sesuatu gerak dan diam kepada jasad mengikut sifat nafsu (hawa) sama ada baik ataupun sebaliknya. Akal pula berfungsi untuk menerima dan mengumpulkan maklumat ilmu sama ada ilmu yang hak ataupun yang batil ini bergantung kepada pendidikan. sementara Nafas pula ia tidak terikat kepada mana-mana ransangan atau dorongan dari akal atau nafsu ataupun Roh, dia sekadar berfungsi untuk tugas menghidupkan setiap sel-sel darah, air, daging, tulang, rambut dan bulu serta kuku dan lainnya

Soalan:
Apakah maksud di ambil kesaksian di alam Roh itu ?

Jawapan:
Maksudnya ialah Rohani di ambil kesaksian supaya membuat pengakuan bahawa mereka bertuhankan kepada Allah dan tidak kepada yang lain selain Allah, maksudnya ialah LA ILLA HA ILLALLAH (tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah) atau atas dasar pengakuan ana 'abduka ibni a'bduka la ma'abud ghoirika illa Anta (aku hamba Engkau anak-anak hamba Engkau tiada kami mengabdikan diri melainkan dengan Engkau)

Soalan:
Apakah tanpa jasad maka Rohani itu tidak boleh beribadat?

Jawapan:
Rohani itu tidak boleh beribdat tanpa jasad kerana jasad adalah berfungsi menjadi saksi terhadap kerja buat Rohani sepertimana maksud firman Allah "Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri" Al Qiyamah ayat 14 dan ayat 15 pula dari surah yang sama menyatakan "walaupun ia (Rohani itu) memberikan berbagai-bagai alasan untuk membela diri"

Soalan:
Mengapakah Rohani itu di tempatkan ke alam yang rendah untuk beribadat ?

Jawapan:
Inilah perancangan Allah, yang mana pada mulanya makhluk jin di tugaskan sebagai khalifah di bumi akan tetapi ia membuat kerosakan di planet bumi lalu di perangi oleh bala tentera Allah, kemudian ia kalah dan hilang kuasa, lalu Allah tugaskan pula kepada Rohani menjadi pengganti, lalu Allah jadikan Adam (jasmani) daripada tanah pilihan bagi menempatkan Rohani itu untuk menjadi khalifah (pengganti) di planet bumi, sebagaimana firman Allah menerangkannya yang bermaksud "kemudian Kami turunkan manusia ke tempat yang terendah" At Tin 4

Soalan:
Apakah dalilnya bahawa planet bumi ini alam yang rendah ?

Jawapan:
Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud: ......Kesenangan dunia ini hanyalah bagi memburu kemewahan yang palsu (terpedaya) Ali Imran 185
dan firmanNya lagi: ..Penghidupan dunia itu hanyalah permainan dan godaan" Al An'am 32 dan lagi firmanNya yang bermaksud: Perhatikan bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan, godaan, perhiasan, dan bermegah-megah di antara manusia serta berlumba-lumba dalam menimbunkan harta ekayaan dan memperbanyak anak untuk kesombongan diri Al Hadid 20 dan lagi firmanNya: Sesungguhnya Kami telah jadikan di muka bumi sebagai perhiasan, kerana Kami hendak menguji mereka siapa di antaranya yang lebih baik amalannya (Al khaf 7)

Soalan:
Apakah dasar Rohani itu menjadi khalifah Allah di bumi ?

Jawapan:

Dasarnya ialah SEBAGAIMANA apa yang telah di ikrarkannya semasa di alam Roh iaitu LA ILAHA ILLALLAH, ERTINYA SECARA TEGAS IALAH LILLAHI TA'ALA


RAMPAI SARI ROHANI NUMBER 2 : PERANAN ROHANI DI DALAM JASMANI



Rohani adalah sebenar-benar makhluk yang di jadikan oleh Allah untuk memikul amanah Allah swt untuk menjadi khalifah di bumi, dia adalah di antara makhluk Allah yang mula-mula sekali di jadikan oleh Allah sebelum makhluk yang lain di cipta, dan dia juga telah di berikan oleh Allah panduan beribadat kepada Allah yang berasaskan kalimah Tauhid La Illaha Illallah Muhammadarrasullullah, ertinya Rohani berikrar untuk berTuhankan kepada Allah dan dia sebagai hamba yang di perintahkan untuk melakukan amanah tersebut serta dia secara suka ataupun tidak maka dia wajib menjalankan amanah tersebut

Rohani tidak boleh beribadat ataupun tidak boleh melaksanakan amanah Allah jika ia tidak mempunyai rumahnya sendiri iaitu jasmani manusia yang akhirnya Allah telah menjadikan lembaga Adam bagi memulakan perkembangan manus (makhluk jasmani) sebagai tempat Rohani beribadat, ini kerana jasmani manusia itu sebagai penyaksian kerja buat Rohani tersebut sebagaimana firman Allah menyatakan di dalam surah Al Qiyamah ayat 14, yang bermaksud:
(Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri)
sementara malaikat hanya mencatetkan apa yang di lakukan oleh Rohani tersebut sebagaimana firman Allah menyatakan pada surah At Thoriq ayat 4yang bermaksud:
(Tiada suatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga dan membuat catetan)

Pada Rohani itu ada nafsu yang mempunyai sikap yang berbagai-bagai yang di kenali sebagai HAWA dan sikap nafsu inilah yang wajib ada pada anasir jasmani yang Allah jadikan daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adzom, sebagaimana kita ceritakan pada bab asal kejadian manusia di ruang Pak Karamu, jika anasir Rohani dan jasmani tidak sealiran maka Rohani tidak dapat tinggal pada tubuh jasmani dan ada kemungkinan jasmani akan menjadi terbakar ataupun hancur

Apabila Rohani sudah berada dia dalam jasad manusia maka hiduplah manusia itu dan berperananlah Rohani tersebut menjalankan peranan khalifahnya dengan berpandukan kalimah La Illaha Illallah dan di sinilah kita dapat melihat jutaan perangai manusia yang hidup di muka bumi ini, ada yang jahat dan ada yang baik, dan wajib juga manusia itu memahami daripada apa ia di jadikan sebagaimana firman Allah menyatakan dalam surah At Thoriq ayat 5 yang bermaksud
(Maka hendaklah manusia itu memikirkan dari apa ia di ciptakan)

Masa Rohani itu masuk ke dalam jasad manusia adalah ketika bayi dalam kandungan ibu yaitu di antara 120 hingga 145 hari, ini mengikut ketetapan Allah mengikut kematangan jasmani di dalam kandungan ibu, apabila saja Rohani sudah berada di dalam jasmani maka barulah jasad bayi itu bergerak dan tidak lagi dia bersenyawaan dengan nyawa ibunya

Soalan:
Apakah dalilnya Rohani berikrar bertuhankan kepada Allah?

Jawapan:
Didalam Al Quran Allah berfirman dalan surah Al A'araf ayat 172 dan Al Quran pada muka surat 1465 pimpinan Ar Rahman, Al A'araf 172 yang bermaksud:
"Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Lalu mereka semua menjawab : Benar Engkaulah Tuhan kami, dan kami menjadi saksi, yang demikian supaya kamu tidal berkata pada hari kiamat kelak sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat tauhid)

Soalan:
Apakah maksud amanah tersebut? dan ia berbentuk apa?

Jawapan:
Di dalam Al Quran Allah s.w.t telah menceritakan amanah itu dalam surah Al Ahzab ayat 72 yang bermaksud
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah Kami kepada langit dan bumi serta gunung (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya, dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, lalu di sanggupi oleh manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sesungguhnya manusia itu suka menzalimi dirinya sendiri

Soalan:
Bagaimanakah konsep Tuhan menjadikan lembaga Adam?

Jawapan:
Allah s.w.t menjadikan lembaga Adam mengikut fitrah ilmu, yang mana ia di bentuk mengikut peringkat demi peringkat sebagaimana juga Dia menjadikan perkembangan bayi di dalam kandungan ibu (Embrioloji) akan tetapi anasir Adam dan keturunan manusia itu tidaklah sama sebagaimana pada awalnya namun sumbernya adalah satu aliran iaitu himpunan molikul-molikul, atom, proton, neutron, elektron ion dan sebagainya

Soalan:
Adakah pada Rohani itu banyak nafsu? dan adakah nafsu yang memberi fungsi ransangan terhadap anasir jasmani?

Jawapan:
Pada Rohani itu hanya ada satu nafsu akan tetapi sifat kepada nafsu itu saja yang banyak yang di namakan Hawa, maka hawalah yang memberikan fungsi ransangan terhadap anasir jasmani yang mempunyai sikap dari anasirnya

Soalan:
Apakah malaikat menjaga manusia itu untuk menyelamatkan manusia?

Jawapan:
Malaikat yang di maksudkan itu ada dua jenis malaikat satu jenis yang mencatat kelakuak Rohani yang di pamirkan oleh jasmani dan yang kedua malaikat jenis menjaga manusia yang bernama Hafazo1

Soalan;
Mengapakah perangai manusia ini di katakan tidak sama dan apa asas puncanya?

Jawapan:
Asas puncanya ialah manusia tidak membela dirinya sendiri untuk berkhidmat terhadap Allah dengan sebenarnya, sebab yang lain ialah kerana kedudukkan tempat tinggal yang berbeza dan keadaan suhunya, ini menyebabkan keadaan ransangan alam keliling yang mengubah perangai dan sikap

Soalan:
Allah mencipta jasad manusia itu mengikut kesesuaian apa?

Jawapan:
Allah telah menjadikan jasad manusia itu mengikut kesesuaian bentuk Rohani itu pada bentuk Muhammad iaitu manusia yang berwajah dan bentuk Ruhul Yaqazah dan demikianlah sesuainya adalah mengikut keadaannya (Rohani) sebagaimana firman Allah dalam surah AlA'ala ayat 2 yang bermaksud:
'Tuhan yang telah menciptakan sekalian makhluknya serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya

Soalan:
Apakah penting bagi manusia memikir atau mengenal asal kejadiannya?

Jawapan:
Mengenal diri daripada apa manusia zahir dan batin adalah wajib, ini kerana ada perintah Allah daripada Al Quran yang memerintah manusia berbuat demikian sebagaimana ayat dari surah At Thoriq ayat 5, ertinya
jika manusia tidak berusha untuk mengenal dirinya maka ia sama seperti azazil yang engkar perintah Allah

RAMPAI SARI ROHANI NUMBER 1 : ASAS MENGENAL DIRI



1. Diri terdiri
Yang di maksudkan diri terdiri itu ialah jasmani dan komponennya (anatomi) yang awalnya di jadikan daripada tanah nurani, air nurani, anging nurani dan api nurul adhom, inilah asal usul Adam a.s , selepas Adam maka manusia keturunan Adam di jadikan pula daripada benih lelaki dan benih perempuan iaitu dari Wadi, Wazi, Mani dan Maknikam

2. Diri Terperi

Yang di maksudkan diri terperi itu ialah Ruhul Yaqazah, yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, ia itu terdiri daripada komponen Rohani, ia berasal daripada Nur atau di sebut juga sebagai daripada Allah dan kembali kepada Allah, tarafnya ialah sebagai ammar Rabbi, Ruhul Yaqazah inilah yang di pegang dan di kuasai oleh Allah di dalan masa tidur dan mati, sila rujuk Al Al An'am ayat 60 dan Az Zummar ayat 42

3. Diri Sebenar diri

Yang di maksudkan diri sebenar diri itu ialah Ruhul hayat, yang terdiri daripada Nyawa atau Nafas atau Insan, ia adalah sebahagian daripada komponen Rohani dan dia berasal daripada Nur,diri sebenar dirilah yang dinyatakan oleh Allah sebagai insan yang sempurna, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: " Aku jadikan Insan itu sesempurna-sempurna kejadian"

4. Diri Tajalli

Yang di maksudkan Diri Tajalli itu ialah Insan Kamil, iaitu insan yang beserta Allah, iaitu Insan beserta Allah (tidak bersekutu) iaitu Insan dari Ruhul Hayat dari sifat qahar, dan dari sifat Kamal itu ialah ujud Wahdaniyah, adapun Insan itu ia bertaraf Zat la yakhluqu, sementara Wahdaniyah bertaraf Zat Yakhluqu, untuk memahami ini perlu faham sifat 20

BERHATI-HATI TENTANG ZAT DAN ISTILAH ALLAH

Berhati-hati dengan istilah zat kerana ada Zat yang wujudnya tidak bersebab dan ada juga zat yang wujudnya bersebab, seperti Zat Nafsiyah adalah Zat yang wujudnya tidak bersebab, sementara Zat yang wujudnya bersebab seperti ma'anawiyah ataupun Asmak, ini kena faham ilmu sifat 20, demikian juga dengan istilah kalimah Allah, kalimah Allah adalah Asmak Allah, yang mengandungi ZatNya, SifatNya, AsmakNya, dan juga Af'alNya, sebab itu bila kita sebut kalimah Allah maka kita ingatlah empat perkara tersebut, iaitu dalam keilmuan Tauhidul Zat, Tauhidul Sifat, Tauhidul Asmak dan Tauhidul Af'al

MENSUCIKAN DIRI

Ilmu mensucikan diri itu adalah diri yang empat jenis di atas, cara mensucikannya adalah dengan amalan mensuci dosa cara syari'at, tarikat, hakikat dan makrifat, kemudian amalan mensuci hawa nafsu, kemudian mujahadah, Muraqabah, musyahadah, muqabalah, Tanzih, shuhud, dan sebagainya , ini kena jumpa orang yang arif

ASAL USUL HAWA

Asal usul Hawa adalah daripada Hawa nafsu Adam yang di sebelah kiri, adapun hawa nafsu Adam yang di sebelah kiri ialah Ammarah, Al Lawamah dan Radiyah, adapun yang menyatakan bahawa Hawa terjadi dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri itu adalah terdapat dalam kitab fahaman tafsiran pengikut Nabi Musa dan Isa, fahaman tersebut adalah hanya tafsiran, demikian juga yang mengatakan ia daripada Nafsu Adam yang disebelah kiri, dan pandangan ini lebih jelas dan dekat kebenarannya jika kita kaji sifat nafsu, dan Hawa inilah yang di maksudkan pohon khuldi yang sebenarnya

MASALAH BERSUCI ATAU WUDHUK

Masalah bersuci atau wudhuk adalah berasal daripada mensuci anggota kesalahan Adam kerana memakan dan menghampiri pohon dan buah khuldi, mengapa cuci muka ? kerana Adam memandang pohon khuldi, mengapa mencuci tangan dan lengan,? Kerana Adam memegang buah khuldi, mengapa cuci mulut ? kerana Adam makan buah khuldi, mengapa cuci telinga ? Kerana Adam dengar hasutan Iblis sepaya makan buah khuldi dan seterusnya, apa yang kita kena fikir ialah selepas makan buah tu maka terlucutlah pakaian kedua-duanya apa hal haaa! sendiri fikir laaaa!

TEMPAT SEKALIAN BERGANTUNG

As Shomad adalah tempat sekalian bergantung, ertinya Nur As Shomad atau Nurullah, As Shomad itu adalah Ahad, dan Ahad itu bersifat Salbiyah yang tidak berupa apa jua pun iaitu laisa kamislihi syai un, Ahad ini adalah Zat Yakhluqu, sementara Insan itu adalah zat la yakhluqu, zat la yakhluqu inilah yang di maksudkan NAFSAHU bagi mengenal diri dan mengenal Allah iaitu RABBAHU