Tampilkan postingan dengan label Kasyf al Asrar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kasyf al Asrar. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Juni 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (7) Syari'at, Tariqat dan Haqiqat Ma'rifat, (Dua)


Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

  1. Soal: Ma'rifat itu berapa perkara?
    Jawab:Ma'rifat itu tiga iaitu ma'rifat orang syari'at, ma'rifat orang tariqat, dan ma'rifat orang haqiqat.
   49  Soal: Apa perbezaan di antara tiga itu?
          Jawab: (a) Ma'rifat orang Syari'at itu ialah mengenal segala hukum yang zahir seperti     
          mengenal halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, fardhu dan sunat, rukun dan
          syarat.
          (b) Ma'rifat orang tariqat itu ialah mengenal barang yang seni-seni seperti ria, 'ujub, sum'ah, t
          takabbur, hasad, dan sebagainya daripada sifat madzmumah yang dicela oleh Syara', dan
          mengenal kasih sayang Allah Ta'ala akan hamba-Nya, dan mengenal baik dan jahat zahir dan  
          batin. (c) Manakala ma'rifat orang hakikat itu iaitu antara tanzih dan tasybih, tiada terdinding
          padangan yang zahir akan yang batin, dan tiada terdinding pandangan yang batin akan yang
          zahir.
  1. Soal: Mana yang dinamai syari'at, mana yang dinamai tariqat, mana yang dinamai haqiqat, dan mana yang dinamai ma'rifat?
    Jawab: (a) Yang dinamai Syari'at itu engkau sembah akan Allah Ta'ala, kerjakan segala suruh Syara', jauhi segala yang ditegah Syara'. (b) Yang dinamai tariqat itu engkau sahajakan Allah Ta'ala dengan ilmu dan amal, dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui. (c) Yang dinamai haqiqat itu seperit engkau pandang Allah Ta'ala dengan cahaya yang dipertaruhkan Allah pada sama tengah hatimu. (d) Manakala ma'rifat itu lengkap meliuputi sekalian badan.

       51 Soal: Adakah haqiqat itu bersalahan dengan syari'at?  
Jawab: Haqiqat itu tiada bersalahan dengan Syari'at. Sesiapa yang mengatakan bersalahan haqiqat itu dengan Syari'at, orang itu kafir kerana haqiqat itu Syari'at Nabi yang batin, dan Syari'at itu ya'ni ilmu Fiqh iaitu Syari'at Nabi yang zahir, dengan sebab itulah tiada boleh bercerai Syari'at itu dengan haqiqat kerana haqiqat itu nyawa dan Syari'at itu tubuh. Inilah isyarat sabda nabi s.a.w. terjemahnya:Syari'at tanpa haqiqat itu hampa, haqiqat tanpa syaria'at itu batil.Sebab itulah di antara keduanya tiada bercerai.terjemahnya: Syari'at tanpa haqiqat itu hampa, haqiqat tanpa syariat itu batil, bukanlah hadith Rasululllah s.a.w. tetapi kata-kata orang sufi sahaja. Sebab itu pada pendapat saya, ilmu haqiqat adalah satu perkara menambah-nambah dalam Agama Islam.

KITAB KASYF AL-ASRAR (6). Syari'at, Tarikat, Hakikat, dan Ma'arifat (Satu)

    41   Soal: Berapa jalan kepada Allah Ta'ala dalam tubuh manusia?
   
       Jawab: Jalan kepada Allah Ta'ala di dalam tubuh manusia ada empat iaitu jalan Syari'at,
          Tariqat, Haqiqat, dan Ma'rifat.

  1. Soal: Syari'at itu apa kepada Rasul, tariqat itu apa kepada Rasul, hakikat itu apa kepada Rasul, dan ma'rifat itu apa kepada Rasul?
    Jawab: Syari'at itu perkataan Rasul, tariqat itu jalannya, hakikat itu kediamannya, dan ma'rifat itu kelakuannya.
  1. Soal: Syari'at itu apa kepada kita dan apa zikirnya, tariqat itu apa kepada kita dan apa zikirnya, haqiqat itu apa kepada kita dan apa zikirnya, dan ma'rifat itu apa kepada kita dan apa zikirnya?
    Jawab:Syari'at itu tubuh kepada kita dan zikirnya,tariqat had kepada kita dan zikirnya hakikat itu nyawa kepada kita dan zikirnya dan ma'rifat itu rahsia kepada kita dan zikirnya iaitu hakikat kunhi dzat.
  1. Soal: Mana istana syaria'at, mana istana tariqat, mana istana haqiqat, dan mana istana ma'rifat?
    Jawab: Istana syari'at itu lidah, istana tariqat itu hati, istana haqiqat itu nyawa, dan istana ma'rifat itu lengkap meliputi sekalian badan.
46 Soal: Syari'at itu kejadian-daripada apa, tariqat itu kejadian daripada apa, hakikat itu kejadian daripada apa, dan ma'rifat itu kejadian daripada apa?
Jawab: Kejadian syari'at itu daripada air, tariqat itu daripada angin, hakikat itu daripada bumi, dan ma'rifat itu daripada api.
47 Soal: Kejadian syari'at itu daripada air, air yang mana; tariqat itu daripada angin, angin yang mana; hakikat itu daripada bumi, bumi yang mana, dan ma'rifat itu daripada api, apa yang mana?
Jawab:Air itu ialah cahaya Nur Muhammad, angin itu ialah nafas Muhammad, bumi itu ialah badan Muhammad, dan api itu ialah (nazir atau pemandang Muhammad).
48 Soal: Mana awal Muhammad, mana akhir Muhammad, mana zahir Muhammad,
dan mana batin Muhammad?
Jawab:Awal Muhammad itu nurani, nyawa kepada kita; akhir Muhammad itu rohani,
hati kepada kita; zahir muhammad itu insani, tubuh kepada kita; dan batin Muhammad
itu rabbani, rahsia kepada kita. terjemahnya: Bermula pertama Allah jadikan ialah Nur
Nabimu hai Jabir, maka dijadikan daripadanya segala. sesuatu, dan engkau adalah
salah satu daripada segala sesuatu itu. Maka asal jadi manusia dan seluruh alam ini
adaiah daripada Nur Muhammad. Masalah Nur Muhammad ini sebenarnya tidak asal
dalam Islam yang bersumberkan Qur'an dan hadith sahih. Jika hakikat ini jelas kepada
minda anda, maka tidaklah menghairankan tenang kebatilan perkara 45 dan 46 yang
tersebut di atas. Kerana Muhammad di sebut itu bukanlah nabi Muhammad Rasulullah
yang lahir di Makkah dan wafat di Madinah itu, malah ianya adalah wujud prtama dan
semua asal hakikat wujud adalah terjadi daripadanya. Maka timbullah konsep
Muhammad awal, Muhammad akhir, Muhammad zahir, dan Muhammad batin

KITAB KASYF AL-ASRAR (5) Sifat Dua Puluh Menjadi Batiniyah-Wahdat al-Wujud


.
KITAB KASYF AL-ASRAR (5) Sifat Dua Puluh Menjadi Batiniyah-Wahdat al-Wujud
Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  34  Soal: Di mana (apakah) kalimah yang menghimpun Sifat Dua Puluh ini?
   Jawab:Yang menghimpunkan Sifat Dua Puluh ini ialah kalimah
  1. Soal: Dalam berapa terkandung dalam kalimah, dalam berapa terkandung kalimah, dalam berapa terkandung kalimah dan dalam berapa terkandung kalimah?
    Jawab: Terkandung dalam kalimah lima sifat iaitu wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu, dan qiyamuhu binafsihi. Terkandung dalam kalimah ialah enam sifat iaitu sama', basar, kalam, sami', asir, mutakalim. Yang terkandung dalam kalimah empat sifat iaitu hayvun. 'alimun, qadirun, muridun, dan terkandung dalam kalimah lima sifat iaitu hayat, ilmu, qudrat, iradat, dan wahdaniyat.
  1. Soal: Apa sebab sifat lima terdahulu itu terkandung dalam kalimah, apa sebab sifat yang enam terkandung dalam kalimah, apa sebab sifat yang empat itu terkandung dalam kalimah, dan apa sebab sifat yang lima terakhir itu terkandung dalam kalimah?
    Jawab:Sifat yang lima wujud, qidam, baqa', mukhalafathu dan quyamuhu binafsihi terkandung dalam martabat la ta'yyun ertinya "tiada nyata-Nyata".
    Allah dari sudut dzat atau dari sudut batin tiada nyata-Nya, Allah dari sudut zahir adalah ta'yyun (nyata) iaitu makhluk. La Ta'yyun dan ta'yyun adalah istilah wahdat al-wujud dan kalimah itu kalimah tauhid namanya, maka inilah sebabnya. Enam sifat iaitu sama', basar, kalam, sami', basir, mutakallim, terkandung dalam kalimah sebab sifat itu bernama sifat kaya. Ma'na itu yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lain-Nya. Manakala sifat hayy, 'alim, qadir, murid, yang terkandung kepada kalimah kerana sifat itu melazimi bagi sifat ma'ani dikeranakan dengan ma'ani. Manakala sifat yang lima yang akhir iaitu hayat, ilmu, qudrat, iradat, dan wahdaniyat, terkandung dalam kalimah kerana dengan dia zahir segala sifat, kerana sifat itu wujud kepada zihin dan kepada kharij. Adapun ma'na itu nama bagi dzat wajib al-wujud yang mewajibkan Sifat Dua Puluh.
     
    Sifat Dua Puluh Menjadi Batiniyah-Wahdat al-Wujud (Bah 2)
 
     37 Soal: Apa perbezaan di antara qudrat dengan qadir, sama' dengan sami', hingga    
          ketujuhnya
?
         Jawab: Perbezaan Qudarat dengan Qadir, Sama' dan Sami' hingga ketujuhnya ialah Qudrat itu
         sifat yang berdiri bagi dzat tiada dikeranakan dengan suatu kerana, manakala sifat Qadir       
         itu nama bagi dzat sebab berdiri sifat Qudrat kepada dzat mewajibkan dzat itu bernama Qadir   
         Yang Berkuasa.Demikianlah juga Sama' dengan Sami' dan seterus semua sifat ma'ani -
         ma'nawiyah itu.
  1. Soal: Apa sebab sifat qudrat itu dinamakan sifat ma'ani dan qadir itu
    sifat ma'nawiyah?

    Jawab:Kerana qudrat itu nyata kenyataan memberi bekas pada menjadikan alam, manakala qadir dinamakan sifat ma'nawiyah kerana tiada memberi bekas pada menjadikan alam tetapi ia adalah nama bagi dzat Yang Berkuasa kerana berdiri sifat qudrat pada dzat. Dengan kata lain, dengan qudrat Allah maka alam ini terjadi, dan qudrat itu ada pada dzat Allah Yang Berkuasa (qadir).
  2. Soal: Apakah beza di antara ma'ani dengan ma'nawiyah?
    Jawab: Ma'ani qa'im dengan dzat tiada dikeranakan dengan suatu kerana mewajibkan suatu hukum. Manakala sifat ma'nawiyah pula tiada qa'im dengan dzat hanya qa'im (terletak) dengan ma'ani
    dikeranakan dengan suatu kerana ya'ni kerana ma'ani.
  1. Soal: Dzat (Allah) itu jadi apa kepada kita, sifat (Allah) itu jadi apa kepada kita, af'al atau perbuatan (Allah) itu jadi apa kepada kita, dan asma' atau nama (Allah) itu jadi apa kepada kita? Jawab: Dzat itu jadi rahsia kepada kita, sifat itu jadi nyawa kepada kita, af'al itu jadi tubuh kepada kita, dan asma' itu jadi had kepada kita.


 

 
 
 
 
 
 
 
 

Minggu, 16 Juni 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (4).Wahadat al-Wujud

 Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

10. Soal. Bitapa mentauhidkan (mengesakan) dzat Allah, sifat Allah, Af’al Allah?
Jawab: (a) Maksud mengesakan dzat Allah ialah tiada yang maujud dalam alam hanya Allah. Wujud selain Allah itu tiada hakikat tetapi hanya seperti wujud bayang-bayang yang tiada hakikat baginya.
(b) Maksud esa sifat-Nya ertinya tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya melainkan Allah. Sifat ini ada pada makhluk adalah semata-mata bayang-bayang bagi wujud Allah jua. Makhluk diumpamakan seperti cahaya matahari dan Allah adalah seperti matahari. (c) Maksud mengesakan afal (perbuatan) iaitu taida yang mempunyai perbuatan dalam alam ini hanya perbuatan Allah bukan perbuatan makhluk walau seberat zarah sekalipun. Jika engkau percaya ada perbuatan makhluk walau seberat zarrah sekalipun, maka engkau syirik. (d) Yang dimaksudkan dengan ma'rifat itu ialah membezakan di antara hadith dengan qadim.

11. Soal. Kemana ta'lluq ma'rifat?
Jawab: Ta'alluq ma'rifat itu ialah kepada mengenal diri.
 
12.Soal. Mengenal diri kemana ta'alluq?
Jawab: Mengenal diri itu pula berta'alluq kepada mengenal Allah. Mengenal Allah itu pula ta'alluq kepada binasa diri. Sabda Nabi, terjemahnya: Sesiapa mengenal dirinya, mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal Tuhannya, binasa dirinya. Maka jadilah satu tiada beza di antara yang mengenal dengan yang dikenal. Yang dikenal itulah yang mengenal dan yang mengenal itulah yang dikenal, seperti sabda Nabi terjemahnya, Mengenal aku akan Tuhanku dengan Tuhanku.


13.Soal. Bagaimana kita mengenal Tuhan sedangkan Dia tiada 'ain bagi-Nya?
Jawab: Kita mengenal Tuhan itu dengan sifatnya ya'ni bekas sifatnya seperti firman-Nya "Aku jadikan tiap-tiap sesuatu kerana hendak mengenal akandaku pada tiap-tiap suatu itu".

14 Soal: Di atas ada menyebut sifat. Maka apakah yang dinamai sifat?
Jawab: Yang dinamai sifat ialah sesuatu yang za'idah (lebih) ke atas dzat.
 
15.Soal. Apakah erti sifat, dzat, af’al dan asma'?
Jawab:Tentang pengertian dzat sifat, asma', dan af'al piila ialah sifat itu kelakuan-Nya, dzat itu diri-Nya, afa'al itu perbuatan-Nya, dan asma itu nama-Nya, yang menunjukkan di atas sesuatu maka iaitu asma' namanya.
 
16.Soal: Allah itu siapakah yang memberi nama?
Jawab:Asma' atau nama Allah itu adalah Allah sendiri yang memberi nama bukan makhluk meletakkan nama "Allah" itu. Dan nama Allah qadim bukan hadith. 

17 Soal: Bagaimana hendak beri hukum ada Allah Ta'ala? 
Jawab: Allah itu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu binafsihi Wahdaniyat. (Sedia, Kekal, berlainan dengan yang baharu, Berdiri dengan sendiri dan tunggal)
 
  1. Soal: Apakah beza di antara sifat dengan mausuf, wujud dengan maujud, ilaab dengan ilaa-hiyah, ilaa-h dengan Allah?
    Jawab: Bezanya ialah sifat itu kenyataan bagi mausuf, wujud itu kenyataan bagi maujud, ilaahitu kenyataan bagi ilabiyah, Allah yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepada-Nya tiap- tiap barang yang lain. Allah ialah nama-bagi Tuhan yang Wajib al-Wujud yang mewajibkan dua puluh sifat.
    
19     Soal: Sifat (Allah) dengan dzat (Allah) itu bersekutu atau bercerai?
         Jawab: Sifat dengan dzat itu tiada bersekutu dan tiada bercerai dan kita tiada ketahui
         kaifiyatnya. 

20     Soal: Sifat dengan dzat itu satu syai’(sesuatu) atau dua syai’(sesuatu)?  
         Jawab: Sifat dengan dzat itu dua sya,i' pun kita tidak boleh kata dan satu syai' pun kita tidak     
         boleh kata kerana kita tidak ketahui kaifiyatnya. 

21    Soal: Apakah beza di antara dzat dengan sifat?   
        Jawab: Bezanya ialah dzat itu ialah diri-Nya dan sifat itu kelakuan-Nya.

22    Soal: Apa sebab sifat dua puluh terbahagi kepada empat iaitu sifat nafsiyah, salbiyah,                ma'ani, da ma'nawiyah?
        Jawab: Nafsiyah ialah jenis atau bangsa wujud (ada), salbiyah bangsa 'adam (tiada),     
        ma'ani bangsa hal, dan ma'nawiyah itu bangsa i'tibar. 

24 Soal: Mana bangsa wujud, mana bangsa adam, mana bangsa hal, mana bangsa i'tibar? 
       Jawab:
       (a) Bangsa wujudiaiah sifat ma'ani kerana sifat ma'ani itu maujud pada zihin (fikiran)    
       dan pada  kharij (di luar).
       (b) Adapun 'adam itu sifat salbiyah yang keadaannya tiada maujud   
       pada zihin dan tiada maujud pada kharij,
       (c) Adapun bangsa halitu sifat nafsiyah kerana sifat
       nafsiyah ini kelakuan maujud.    
       (d) Adapun bangsa i'tibar itu ialah sifat ma'nawiyah kerana sifat ma'nawiyah ini nama bagi  
       dibilangkan sifat seperti dzat itu bernama Hayy Yang Hidup kerana berdiri sifat hayat itu pada   
       dzat. Inilah era dikerana dengan suatu kerana.
 
  1. Soal: Berapa martabatkah Sifat Dua Puluh itu?
    Jawab. Sifat Dua Puluh itu ada tiga martabat. Pertama martabat dzat, kedua martabat sifat dan ketiga martabat asma'.
  1. Soal: Mana martabat dzat, mana martabat sifat, dan mana martabat asama'?
    Jawab: Martabat dzat itu sifat nafsiyah dan salbiyah, martabat sifat itu ialah sifat ma'ani, dan martabat asma' itu sifat ma'nawiyah.
  1. Soal: Apa sebab sifat salbiyah dinamakan martabat dzat, sifat ma'ani dinamakan martabat sifat, sifat ma'nawiyah dinamakan martabat asma'?
    Jawab: Martabat dzat itu tiada siapa yang boleh mengetahui akan kunhi dzat Allah Ta'ala hingga mala'ikat muqarrabin. Sifat nafsiyah itu tiada kenyataan pada kharij (luar). Sifat salbiyah itu tiada maujud kenyataan pada kharij hanya sifat pada khabar jua.
    Martabat sifat itu dinamakan bagi ma'ani kerana sifat itu ada kenyataan kelakuannya bekas pada menjadikan alam. Sifat ma'ani itu ada kenyataan memberi bekas pada menjadikan alam. Sifat ma'nawiyah itu dinamai martabat asma' kerana sifat ma'nawiyah itu nama bagi dzat seperti dzat yang bernama Qadir yang kuasa kerana berdiri sifat Qudrat kepada dzat adanya.
  1. Soal. Apa sebab Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu binafsihi masuk pada sifat kaya?
    Jawab:Lima sifat tersebut ini termasuk dalam sifat kaya kerana sifat yang lima ini bernama kaya iaitu Wujud dzat Allah tiada dikeranakan dengan suatu kerana, Qidam-Nya tiada permulaan,
  1. Soal: Apa sebab sifat Sama', Basar, Kalam, Samai', Basir, Mutakallim masuk kepada sifat kaya?
    Jawab. Sebab masuk kepada sifat kaya kerana sifat itu bernama sifat kaya maha suci dari kekurangan.
  1. Soal: Apa sebab bersifat Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat, Hayyun, 'Alimun, Qadirun, Muridun, Wahdaniyat?
    Jawab: Kalau Allah tiada bersifat dengan sembilan sifat ini nescaya tiada diperbuat suatu daripada alam ini.
  1. Soal: Apa erti maujud pada zihin dan apa erti maujud pada kharij?
    Jawab: Ertinya maujud sifat kepada dzat, dan erti maujud pada kharij ialah memberi bekas sifat pada menjadikan alam.
  1. Soal: Apa sebab sifat nafsiyah dan sifat ma'nawiyah maujud kepada zihin tiada maujud kepada kharij?
    Jawab:Sifat nafsiyah itu kenyataan bagi maujud. Sifat ma'nawiyah itu nama bagi dzat.
    Nama itu tiada memberi bekas sekali-kali adanya.
  1. Soal: Apa sebab sifat salbiyah itu tiada maujud kepada zihin dan kepada kharij?
    Jawab: Kerana sifat salbiyah itu 'adami (tiada) maujud kepada dzat, hanya sifat pada khabar, hanya sifat menanggali dan menapikan barang yang tiada patut bagi Tuhan kita Jalla wa'Azza.
  1. Soal: Apa sebab sifat ma'nawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu bersifat ma'ani, dan sifat ma'ani itu diibaratkan dengan sifat wujudiyah yang berdiri dengan dzat Allah Ta'ala?
    Jawab: Sifat ma'nawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib kerana wasitah antara yang maujud dan mu'dam (tiada), kerana sifat itu tiada maujud dan tiada mu'dam (tiada), dan kerana diqaidkan dengan sifat ma'ani dan kerana membezakan antara ma'nawiyah qadim dan ma'nawiyah muhdatah

KITAB KASYF AL-ASRAR (3). Rukun Iman



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

9.Soal. Apa erti percayakan Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kemudian dan untung baik dan untung jahat?
Jawab: Erti percayakan Allah ialah percayakan dzat-Nya, sifat-Nya, af'al (perbuatan)-Nya, dan asma' (nama)-Nya. Percayakan Rasul ialah seperti lahirnya di Makkah dan wafatnya di Madinah. Percayakan Malai'ikat ialah ianya tubuh halus, tiada lelaki atau perempuan, tiada makan dan minum, tiada beranak atau diperanakkan, dan tiada tidur. Percayakan Kitab-Nya sebanyak seratus empat buah di bawa turun dari langit. Percayakan Hari Kiamat bangkit dari kubur, berhimpun di Padang Mahsyar, Titian Sirat al-mustaqim, telaga, syurga dan neraka. Percayakan untung baik ialah iman dan ta'at dan untung jahat ialah kufur dan ma'siat, keduanya datang dari Allah.