Kamis, 28 Juli 2016

KITAB ADABUL MURIDIN : [5] DEFINISI TASAWWUF



AL IMAM AL ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT SUHRAWARDIYAH]
 
Jawapan para syeikh sufi (mengenai definisi tasawuf) berbeza berdasarkan latar belakang soalan itu sendiri. Setiap syeikh menjawab berdasarkan ehwal dirinya, atau dengan sekadar yang mampu difahami oleh yang bertanya ; kalau yang bertanya masih seorang murid maka jawapannya berdasarkan zahir mazhab sufi dibidang muamalat, jika yang bertanya telah berada ditahap pertengahan maka jawapannya berdasarkan ahwal... jika yang bertanya seorang arif maka jawapan yang akan diberi berdasarkan hakikat.

Apapun jawapan ahli sufi yang paling zahir ialah : Permulaan tasawuf adalah ilmu,
pertengahannya amal dan penghujungnya kurniaan (dari Allah). Ilmu akan menyuluh jalan, amalan membantu untuk mencapai tujuan, sedangkan kurniaan (dari ALLAH di hujungnya) akan menyampaikan kepada apa yang dicita.

Ahli tasawuf terbahagi kepada tiga golongan :

• pertama golongan murid yang sedang menuntut  muridun thalib

• kedua golongan pertengahan yang sedang menempuh perjalanan Jaujla
mutawassithun saa'ir

• dan yang ketiga golongan yang telah sempurna lagi sampai (kepada Allah) -
muntahin washil.

Maka murid itu empunya waqt (waktu semasa), yang pertengahan empunya hal, yang muntahi (telah sempurna dan sampai) empunya nafas ; perkara yang paling utama disisi mereka ialah menghitung nafas.

Golongan murid diberati dengan kewajiban-kewajiban dalam memenuhi tuntutannya,
golongan pertengahan dipertanggungjawab untuk memenuhi tuntutan adab pada setiap peringkat yang menjadikan warna dirinya berubah-ubah berdasarkan peningkatan dari satu maqam ke satu maqam yang lain, yang menjadikan pencapaian golongan pertengahan akan terus meningkat.

Golongan yang telah sempurna pula adalah golongan yang dijamin kerana mereka telah melepasi semua maqam, kedudukan mereka adalah terjamin dan takkan terkesan dengan sebarang keadaan maupun bencana yang menimpa. Kedudukan ini diistilahkan sebagai at-tamkin (yang tak tergoyah) sepertimana diibaratkan ketika peristiwa Zulaikha mempamerkan Nabi Yusufkepada wanita-wanita bangsawan ; semua hadirin terpesona hingga memotong jari-jemari sendiri, namun Zulaikha sedikit pun tak tergoyah disitu kerana dia telah mencapai darjat tamkin
terhadap Yusuf, sedangkan realitinya dikalangan wanita-wanita itu dialah yang paling tergila- gilakan Yusuf.

Dengan itu dapatlah difahami bahawa peringkat murid penuh dengan mujahadah
melawan kehendak nafsu, menanggung beban, meneguk kepahitan, menolak tepi segala kepentingan diri serta kelazatan yang diingini nafsu. Peringkat pertengahan umpama menongkah gelora di lautan demi mencapai tujuan, memelihara kejujuran diri dalam semua keadaan serta menjaga adab dalam setiap maqam yang dicapai. Manakala di peringkat kesempurnaan adalah peringkat sedar dan waras serta tamkin, berinteraksi dengan ALLAH Taala yang Maha Benar dalam situasi apa pun. Di peringkat kesempurnaan ini bagi seorang sufi susah dan senang adalah
sama, diberi atau tidak, berteman mesra atau dipulaukan semuanya sama tak berbeza reaksinya. Makan atau lapar sama, tidur atau jaga sama ; kepentingan dirinya sudah sirna, yang kekal adalah apa yang diwajibkan keatasnya, zahirnya bersama makhluk batinnya bersama ALLAH.

Semuanya itu adalah dicontohi dari ehwal kehidupan junjungan Sidnan Nabi <^ *M dan para sahabatnya ; diperingkat awal baginda khalwah (menyendiri) di Gua Hira', kemudian baginda bergaul dengan manusia ; dimana tiada beza lagi disisi Baginda antara khalwah dengan jalwah (bersama makhluk). Begitu juga dengan para sahabat ahli suffah sesudah mencapai ehwal tamkin mereka menjadi para penguasa dan pentadbir ; waktu itu bergaul dengan manusia tidak lagi memberi kesan terhadap jatidiri mereka.

KITAB ADABUL MURIDIN : [4] CABANG CABANG AGAMA DAN HUKUM HUKUMNYA



AL IMAM AL ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT SUHRAWARDIYAH]

Ijmak ahli Sufi menegaskan bahawa wajib hukumnya mempelajari segala hukum syariat yang mesti diketahui serta darihal halal dan haram dalam agama (ilmu fardhu ain). Ilmu ini wajib dituntut supaya amalan sejajar dengan ilmunya. Pepatah sufi mengatakan : "Ilmu tanpa amal ; mandul, amal tanpa ilmu ; penyakit." Sabda Saiyidina Rasulullah

Menuntut ilmu adalah kewajiban setiap orang Islam. - Sunan Ibnu Majah

Kaum Sufi memilih mazhab salafus soleh dari kalangan ulama feqah yang pakar dalam bidang hadis. Kaum sufi tidak menolak perkara ikhtilaf yang berlaku antara ulama dalam ranting-ranting agama kerana Sidnan Nabi  telah bersabda :

Ikhtila/ (perselisihan pendapat) dikalangan umatku adalah rahmat

Mengenai ulama yang diiktiraf perselisihan mereka sebagai rahmat, kaum Sufi
berpendapat bahawa mereka itu ialah para ulama yang berpegang teguh kepada kitab ALLAH, berjuang mengikut sunnah Saiyidina Rasulullah j <^ ^ dan mencontohi para sahabat. Ulama-ulama ini terbahagi kepada tiga golongan : ulama hadis, ulama feqah dan ulama sufi.

Ulama hadis berpegang teguh kepada makna yang zahir dari hadis Saiyidina Rasulullah  yang merupakan asas agama.

Konsep ini didasarkan kepada firman ALLAH :

Dan apa yang datang dari Rasul hendaklah kamu ambil, manakala yang ditegah oleh Baginda wajiblah kamu meninggalkannya. - Surah Al-Hasyr : 7

Ulama hadis adalah para pengawal agama yang telah bekerja keras menuntut ilmu hadis, mengajarkannya, memahami isi kandungannya dan menyaring riwayat-riwayat hadis yang sahih dan yang tidak sahih.

Ulama Feqah - yang benar ilmunya - mengatasi kedudukan ahli hadis kerana
keistimewaan mereka dalam memahami dan menggali hukum dari hadis, juga kefahaman mereka yang mendalam terhadap aturan hukum-hukam agama ; membezakan yang mana nasikh dan mansukh, muthlak dan muqayyad, mujmal dan mufassar, khas dan 'aam, muhkam dan mutasyabih. Pendek kata para ulama feqah adalah ahli hikmah dan golongan terkemuka dalam agama Islam.

Golongan sufi menyetujui kefahaman serta perjalanan golongan feqah dan hadis selagi mana tetap berada diatas landasan sunnah dan tidak didasari oleh nafsu. Mana-mana ahli sufi yang tidak mengetahui suatu hukum syarak akan merujuk kepada ulama feqah dan hadis, bila dua golongan ini sependapat maka ahli sufi bersama pendapat mereka. Jika berlaku khilaf antara ulama feqah dan ulama hadis dalam menentukan satu hukum, ahli sufi akan memilih pendapat yang terbaik dan yang lebih patut diikut ; dalam mazhab sufi tidak boleh mencari-cari helah
(dalam melaksanakan apa-apa hukum), juga tidak boleh mengikut dorongan syahwat (dalam apa jua perkara).

Lebih dari itu golongan sufi telah diistimewakan ALLAH Taala dengan ilmu-ilmu yang
tinggi serta ehwal yang mulia. Ahli sufi membicarakan persoalan hubungan (sesama ALLAH dan sesama manusia), gerak dan diam (dalam jiwa) yang tak nampak oleh mata kasar, maqam- maqam yang terpuji seperti maqam taubat, zuhud, warak, sabar, redha, tawakkal, cinta, takut, harap, musyahadah (penghayatan), ketenangan, yakin, qana'ah, kejujuran, ikhlas, syukur, zikir, fakir, muraqabah (awas), iktibar, gementar, mengagungkan ALLAH, membesarkan ALLAH, menyesal, malu, jam'u, tafriqah, fana' (sirna), baqa' (kekal), mengenal diri, melawan nafsu, melatih jiwa, pengetahuan yang seni-seni mengenai sifat riya' (menunjuk-nunjuk kemampuan
diri), syahwat yang tersembunyi, syirik khafi (syirik tersembunyi) dan bagaimana cara mahu selamat dari penyakit-penyakit tadi.

Golongan sufi juga mampu menggali ilmu-ilmu yang tak tercapai oleh para ulama feqah seperti perbahasan mengenai halangan dan rintangan (yang menyekat perjalanan menuju Allah), hakikat segala zikir, mengikhlaskan tauhid, peringkat-peringkat tafrid, rahsia-rahsia tersembunyi di dalam jiwa, kesirnaan yang baharu bila mengadap yang Maha Qadim, hilang segala ehwal, menghimpun segala yang tercaing, berpaling dari segala maksud dengan meninggalkan sikap menentang.

Golongan sufi adalah manusia-manusia yang diistimewakan ALLAH untuk memahami segala permasalahan dari perkara-perkara yang disebutkan tadi dengan terjun secara langsung ke medannya, merempuh segala rintangannya dengan menggadai nyawa. Dengan itu bagi sesiapa yang mendakwa-dakwi diri mencapai maqam itu dan ini dalam perkara-perkara yang disebutkan tadi, para ulama sufilah yang akan berhadapan dengan mereka ; menuntut agar didatangkan bukti dan dalil atas dakwaan seumpama itu. Para ulama sufilah yang dapat menjelaskan mana yang benar serta mana yang salah dalam hal-hal tersebut. Pendek kata ulama sufi adalah benteng, penolong dan pembesar agama Islam.

Maka barangsiapa yang punya kemusykilan dalam mana-mana bidang yang telah
dijelaskan hendaklah merujuk kepada pakar di bidang tersebut. Siapa yang ingin mendapat penjelasan mengenai ilmu hadis dan perawi-perawinya hendaklah merujuk kepada ulama hadis, bukan kepada ulama feqah. Siapa yang ingin penyelesaian masalah berhubung soal-soal hukum- hakam yang halus perinciannya hendaklah merujuk kepada ulama feqah. Siapa yang ingin jawapan mengenai permasalahan hal ehwal tasawuf, latihan jiwa, seni-seni warak serta tingkatan
tawakkal hendaklah merujuk kepada ulama sufi, bukan kepada yang lain. Siapa yang salah tempat merujuk bererti salah memilih jalan dan menempuh lorong yang sempit.

KITAB ADABUL MURIDIN : [3] KEFAKIRAN TIDAK BERERTI TASAWWUF



AL IMAM AL ARIFBILLAH ABU NAJIB DHIYAUDDIN AS SUHRAWARDY [PENDIRI TAREKAT SUHRAWARDIYAH]
 
Kefakiran tidak bererti tasawuf, namun hujung kefakiran adalah pangkal tasawuf.
Begitulah halnya dengan zuhud ; zuhud tidak bererti fakir.

Takrif fakir dalam terminologi sufi bukan sekadar miskin yang tidak memiliki apa-apa, bahkan fakir yang terpuji ialah yakin sepenuhnya kepada ketentuan ALLAH dan redha dengan segala yang telah ditetapkan olehNya.

Seorang sufi tidak sama dengan orang malamati tidak menzahir kebaikan diri dan tidak pula menyembunyikan kejahatan, sedang orang sufi ialah mereka yang tidak sibuk dengan apa yang orang lain kata dan tak peduli apakah mereka diterima orang lain atau ditolak.

Jika seseorang tidak lagi memikirkan soal mencari rezeki dan telah yakin benar terhadap jaminan ALLAH serta bulat tawakkalnya maka kaum sufi sepakat memutuskan bahawa yang terlebih afdhal baginya ialah meninggalkan pekerjaan dan perusahaan untuk menumpukan ibadah membuat ketaatan sepenuh masa, melainkan kalau khalwah (bersendirian) maupun jalwah (ramai) terasa sama olehnya, uzlah (mengasingkan diri) maupun bergaul tiada bezanya ; maka inilah orang yang dapat menghayati kekuasaan ALLAH dalam setiap keadaan.

Ulama sufi berkata :

"Jangan kau menyibukkan dirimu dengan rezeki, nanti imanmu kepada yang Maha Memberi Rezeki akan diragui lalu hilanglah keyakinanmu terhadap jaminan dariNya."

Seorang Sufi pernah ditanya :

 "Dari mana kamu makan? Lantas dijawab : Kalau sumbernya "dari mana" sudah lamalah habisnya".

Soalan yang sama ditanya kepada sufi yang lain, lantas dijawab : "Bertanyalah kepada Dia yang memberi aku makan ; dari mana Dia memberi aku makan?!".

Kaum Sufi sepakat mengatakan bahawa amalan seseorang bukan penyebab bahagia atau celaka dirinya, kerana Saidina Nabi telah bersabda :

Orang bahagia itu bahagia sejak ditentukan dalam perut ibunya, sedangkan orang celaka itu celaka sejak ditentukan dalam perut ibunya.

Kaum Sufi percaya kita mendapat pahala ialah kerana sifat pemurahnya ALLAH, jika dihukum ALLAH maka hukuman itu adalah keadilan dariNya. Sifat redha dan murka ALLAH Taala adalah qadim (sediakala sejak azali), tidak terpengaruh dengan perkerjaan mahkluk yang bersifat baharu. Siapa yang diredhaiNya akan digerak untuk melaksanakan amalan ahli syurga, siapa yang dimurkaiNya akan digerak untuk melakukan amalan ahli neraka.

Kaum Sufi mengatakan bahawa wajiblah setiap insan untuk redha dengan segala qadha dan qadar, sabar dengan ujian dan bersyukur dengan nikmat. Sesungguhnya rasa khauf (takut) dan raja' (harap) 2 adalah benteng yang menjaga seorang hamba dari tidak beradab dengan Tuhannya. Hati yang kosong dari rasa takut dan harap adalah hati yang punah. Selagi mana seorang insan berakal waras wajiblah dia mentaati hukum-hakam, suruhan dan larangan atau apa


Kaum Sufi berpendapat bahawa sifat kemanusiaan akan tetap dan kekal pada diri
manusia sekalipun dia mampu merentasi batas alam buana, cuma kemanusiaan seseorang itu kadang-kadang kuat dan kadang-kadang lemah.

Golongan siddiqin jiwanya bebas dari belenggu nafsu. Golongan arifin pula adalah orang yang bersih total dari sifat ma^mumah , manakala jika seseorang masih bertaraf murid maka mazmumahnya masih ada cuma ia tidak menyala.

Seorang hamba mampu meningkatkan dirinya dari satu hal (keadaan) kepada hal yang lebih tinggi hingga dapat mencapai darjat kerohanian tertentu yang membolehkannya melipat bumi, berjalan di atas air dan ghaib dari pandangan mata kasar.

Kaum Sufi melihat bahawa cinta kerana ALLAH dan benci kerana ALLAH merupakan
antara benteng iman yang terkuat, menyuruh orang lain membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajiban bagi setiap orang yang mampu melaksanakannya berdasarkan kemampuan masing-masing.

Ijmak kaum Sufi mengatakan bahawa karamah adalah hal yang harus berlaku kepada para wali ; baik di zaman Sidnan Nabi  maupun selain zaman Baginda. Kenabian seseorang bukanlah dikira dengan berlakunya mukjizat (perkara yang mencarik adat) keatas dirinya, kenabian itu bermula apabila seorang Nabi diutus (dengan wahyu) oleh ALLAH Taala.

Beza antara mukjizat dengan karamah ialah seorang nabi wajib baginya menzahirkan mukjizat dan mencabar penentangnya, sedangkan seorang wali wajib baginya menyembunyikan karamah melainkan ALLAH sendiri yang menzahirkannya. Sesungguhnya apa yang sabit disisi ALLAH itulah yang dizahirkan kepada makhlukNya.

Kaum Sufi menolak sikap bermujadalah yang tak berkesudahan dalam agama. Yang
mereka anjurkan ialah berkerja melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang keatas mereka.

Kaum Sufi sepakat mengatakan bahawa semua jenis pakaian adalah boleh digunakan melainkan pakaian yang ditegah oleh syariat -keatas kaum lelaki- yaitu pakaian yang kebanyakan (bahannya dari) kain ibraysam .

Kaum Sufi berpendapat cukuplah berpakain yang lama dan lusuh, kalau bertampung itu lebih afdhal kerana Baginda Sidnan Nabi bersabda :

Apa yang sedikit tapi mencukupi itu lebih baik dari yang banyak dan melalaikan. - Al-Jami'us Saghir


1 - Sifat mazmumah : sifat tercela, seperti pemarah, sombong, riya dll.

2 - jamaknya Dalam istilah sufi hal/ahwal bererti suatu keadaan maknawi yang berlaku pada diri seorang sufi.

3 - sejenis kain sutera mewah.


Sementelahan pula pakaian ini termasuk dalam persoalan dunia yang halalnya dihisab dan haramnya diazab, sepertimana sabda Sidnan Nabi

Barangsiapa meninggalkan pakaian yang indah di dunia sedangkan dia mampu untuk memakainya, nescaya ALLAH akan menyarungkannya dengan pakaian kemuliaan di hari kiamat. - Al-Mustadrak Lil-Hakim

Ada beberapa sebab mengapa kaum Sufi cenderung memilih pakaian bertampung,
antaranya ialah : pakaian sebegini lebih murah belanjanya, kurang koyaknya, lebih lama dapat dipakai, lebih dekat dengan sifat tawadhu', tahan lasak, dapat menahan hawa dingin dan panas, orang jahat tidak cenderung memandangnya serta dapat mencegah pemakai dari kejahatan dan sifat ego. Diriwayatkan dari Saiyidatina Ummul Mukminin Aisyah W bahawa beliau berkata :


Kekasihku Saiyidina Rasulullah  menyuruhku agar tidak membuang kain
tudungku yang terkoyak ; Baginda menganjurkanku untuk terus memakai dengan menampalnya.

Dalam satu hadis yang lain Saiyidina Ibnu Umar  meriwayatkan :


Aku pernah melihat Saiyidina Rasulullah  menampal baju Baginda, aku juga
pernah melihat Abu Bakar hanya berpakaian sehelai aba'ah\ aku juga pernah melihat UmarAl Khattab menampal jubahnya dengan beberapa tampungan.

Diriwayatkan dari Saiyidina Anas bin Malik j katanya :

Warna yang paling digemari oleh Saiyidina Rasulullah ialah hijau.

Sesungguhnya pakaian ahli syurga berwarna hijau. - Al-Jami'us Saghir

Dalam hadis lain Saiyidina Anas meriwayatkan sabda Saiyidina Rasulullah  :

Pakaian terbaik kamu ialah yang berwarna putih - As-Sunan Al-Kubro Lin-Nasa'i

Maksud hadis ini ialah pakaian putih merupakan pakaianmu yang tercantik dan yang paling sesuai dipakai untuk sekelian manusia.

Kaum Sufi sepakat berpendapat bahawa sunat hukumnya mengelokkan suara ketika
membaca Al-Quran selagi tidak menjejaskan makna bacaan, berdasarkan sabda Sidnan Nabi

Hiasilah Al Quran dengan suaramu. - Al-Mustadrak Lil-Hakim


Sabda Baginda lagi

Sesungguhnya tiap sesuatu ada perhiasannya dan perhiasan Al Quran itu ialah suara yang merdu. Aj-Jami'us Saghir

Walau bagaimanapun mereka menghukumkan makruh jika bacaan dilakukan dengan lagu yang terputus-putus.

Mengenai lagu qasidah dan syair pula Saiyidina Rasulullah  pernah
ditanyakan tentangnya, maka sabda baginda :

Syair adalah kata-kata ; jika baik maka baiklah ia, jika buruk maka buruklah ia.

Jadi syair yang baik ialah kata-kata nasihat, hikmah, yang mengingatkan tentang keagungan ALLAH serta mensyukuri nikmatNya, juga yang menyebut sifat-sifat para solihin dan orang bertaqwa. Syair-syair begini sunat didengar. Syair yang harus pula ialah kata-kata mengenai runtuhan desa, kampung halaman, penderitaan jiwa dan kisah umat manusia. Syair yang haram ialah kata-kata ejekan dan omongan bodoh. Syair yang makruh ialah gambaran wajah jelita, pipi, bentuk tubuh, alunan rambut dan apa-apa yang disukai oleh tabiat nafsu. Kecuali bagi seorang alim yang rabbani (terdidik dan mendidik) kerana dia dapat membezakan antara tabiat (yang normal) dan syahwat, mampu membezakan antara ilham dan was-was. Alim rabbani ialah peribadi yang dapat membunuh nafsunya dengan riadhah dan mujahadah, jiwa manusiawinya telah disucikan dan kepentingan diri telah diungkai. Peribadi sebegini disifatkan oleh ALLAH sebagai :

Mereka adalah orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti mana yang baik - Surah Az-Zumar : 18

Tanda seseorang telah mencapai tahap ini ialah : pujian dan kejian dirasakan sama, diberi atau tidak tiada berbeza, dipulaukan atau dikawan sama sahaja. Dikalangan syeikh sufi ada yang pernah ditanya tentang hukum sama' 1 (mendengar syair), beliau menjawab : "Sunat hukumnya bagi ahli hakikat, harus untuk ahli ibadah dan orang-orang warak, manakala untuk orang yang bernafsu rakus maka hukumnya makruh". Sidi Al-Junaid Al-Baghdadi 2 telah ditanya mengenai sama', jawab beliau : "Apa jua yang boleh mengarahkan hamba mengadap ALLAH Taala... itu dibolehkan".

Mendengar suara merdu dan nyanyian yang baik merupakan makanan jiwa dan ini
dibenarkan dalam syariat. Secara dasarnya suara merdu adalah sesuatu yang dipuji. Firman ALLAH Taala :

ALLAH menambah pada ciptaanNya dengan apa yang dikehendakiNya. - Surah Fathir : 1

Ada pendapat yang menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah suara yang elok dan merdu.

Ada ulama sufi berkata :

"Suara merdu tak dapat memasukkan apa-apa ke dalam jiwa, namun ia mampu menggerakkan apa yang ada di dalamnya".

Ahli sama' punya tingkatan yang berbeza-beza terhadap apa yang mereka dengarkan ; ada yang mendengar hingga diselubungi perasaan takut, atau sedih, atau rindu hingga menyebabkan dia menangis, mengaduh, menjerit, mengoyak baju, pengsan dan tak tentu hala.

Ada yang mendengar hingga diselubungi rasa harap, suka dan gembira hingga rasa
terhibur lalu menari, bertepuk tangan. Dalam satu riwayat dikhabarkan bahawa Nabi Daud   akan menari bila merasa ketenangan jiwa. Diriwayatkan bahawa Saiyidina Ali
berkata :

aku bersama Zaid dan Jaajar datang mengadap Baginda Nabi Baginda lantas bersabda kepada Jaajar : ((Engkau menyerupai rupa paras dan budi pekertiku)),
kerana terlalu gembira dengan sabda Baginda, Jaajar melompat-lompat kegirangan. Baginda kemudian bersabda kepada Zaid : ((Engkau saudara kami juga kerabat dikalangan kami)), mendengarkan itu Zaid terlompat-lompat. Baginda kemudian bersabda kepadaku (Ali) : ((Engkau pula sebahagan dari diriku dan aku sebahagian dari dirimu j), lantas aku pun terlompat-lompat.

Sidi Abu Ubaidah 1 mendefinasi kalimat hajala sebagai : mengangkat sebelah kaki kemudian melompat dengan kaki yang sebelah lagi, kalimat ini kadangkala turut bererti melompat dengan kedua belah kaki. Yang jelasnya kata kerja ini memberi erti gerakan melompat dan bukan berjalan.

Dalam keadaan lain ada orang mendengarkan sama' hingga diselubungi rasa rindu yang mendalam terhadap apa yang disebut dalam qasidah atau syair itu. Rasa rindu ini mendorongnya secara spontan bangun dari duduknya umpama seorang perindu ingin pergi kepada kekasihnya ; bilamana mendapati ia tak mungkin sampai kepada yang dirindui dia berulang-ulang duduk- bangun dan berputar-putar ditempatnya. Ini mungkin terjadi apabila berlakunya hal ulang-alik antara jasad dan roh waktu mendengar sama' . Ini kerana jasad itu sifatnya rendah ; tercipta dari tanah, roh pula rohaniah yang tinggi ; tercipta dari kegembiraan, dengan itu roh naik ke alamnya
dan jasad pula turun ke tempatnya hinggalah keadaan menjadi tenang. Kadang-kadang kaum sufi melakukan perkara tadi kerana perasaan gembira dan kelapangan jiwa waktu mendengar sama', ini tidak dilarang cuma ia bukanlah sifat golongan muhaqqiqin.

Dihikayatkan bahawa Sidi Abdullah Ahmad Bin Atha' Ar-Rouzbari berkata :

 "Rahsia orang yang jujur mendengar sama' tiga perkara : kenal ALLAH, setia dengan janji padaNya, dan menghimpun hemah." Tempat majlis sama' diadakan haruslah berbau harum, terhormat, tidak

Mendengar sama' itu hendaklah dengan tiga makna : mendengar dengan mahabbah,
mendengar dengan takut, mendengar dengan harap.

Gerakan yang berlaku waktu mendengar sama' itu ada tiga jenis : pertama kerana jiwa terhibur, kedua kerana wajd  ketiga kerana khauj (takut). Jiwa rasa terhibur itu ada tiga alamat : menari, bertepuk tangan dan gembira Wajd ada tiga alamat : pengsan, kebimbangan hati dan jeritan. Khaufa.d& tiga alamat : tangisan, menampar diri dan pekikan.