Sabtu, 08 Juni 2013

ZIKIR MENGUBAT HATI



SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.

Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.

Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.

Secara umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.

Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama.

Selain itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.

Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.

Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan.

Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah melakukan zina secara terang-terangan.

Renungi firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 179:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah”

“Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai”

Kamis, 06 Juni 2013

AL-SABIQUN AL-AWWALUN (1) ABDULLAH BIN JAHSY - Orang pertama bergelar Amirul Mukminin)



Abdullah bin Jahsy r.a adalah anak kepada ibu saudara Rasulullah SAW, Umamah binti Abdul Mutallib dan juga ipar kepada Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW mengahwini saudara perempuannya Zainab binti Jahsy r.a.

Abdullah bin Jahsy r.a termasuk dikalangan 40 orang pertama yang memeluk Islam (al-Sabiqun al-Awwalun).

Abdullah bin Jahsy ke Madinah

Ketika Rasulullah SAW mengizinkan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah, Abdullah bin Jahsy adalah orang kedua berhijrah selepas Abu Salamah r.a. Penghijrahan ini bukanlah sesuatu yang baru bagi beliau kerana beliau telah terlibat dalam hijrah ke Habsyah sebelum ini, cuma penghijrahan kali ini disertai isteri dan anak.
Berikutan daripada hijrah beliau ke Madinah, harta-harta peninggalan dan kekayaan Abdullah bin Jahsy telah di rampas oleh Abu Jahal. Peristiwa ini berlaku apabile para pembesar Quraisy yang mengadakan rondaan bagi memeriksa sudut-sudut kota Mekah mendatangi perkampunang Bani Jahsy, iaitu setelah Abdullah bin Jahsy meninggalkan kota Mekah. Pemimpin meraka, Abu Jahal yang mendapati rumah Abdullah bin Jahsy tidak berpenghuni dan dipenuhi harta kekayaan, telah mengambil seluruh harta itu. Perkara ini kemudiannya sampai ke pengatahuan Abdullah bin Jahsy dan beliau mengadu kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah telah menjawab: “Allah akan menggantikannya dengan rumah yang paling baik di Syurga”

Abdullah bin Jahsy sebagai Amirul Mukminin

Untuk membentuk pasukan tentera Islam, Rasulullah SAW telah memilih 8 orang yang dipandangnya mampu berperang termasuk Abdullah bin Jahsy dan Sa’ad bin Abi Waqqash r.a. Dalam pasukan ini, Abdullah bin Jahsy telah terpilih sebagai ketua dan telah diserahkan bendera Islam pertama kepadanya. Bendera ini telah diikat pada tongkat Rasullulah SAW. Abdullah bin Jahsy telah digelar Amirul Mukminin kerana peristiwa ini.
Setelah dilantik sebagai amir, beliau telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk merisik dan mengintip musuh. Rasulullah telah memberi Surat Perintah kepada beliau dan melarang beliau membuka surat itu melainkan sesudah dua hari perjalanan. Oleh itu sesudah dua hari perjalanan, beliau telah membuka surat itu dan membacanya:
“ Bila kamu membaca surat ini, teruskanlah perjalananmu ke arah Mekah. Berhentilah diantara Taif dan Mekah. Amatilah gerak-geri kaun Quraisy dan segera laporkan kepadaku.”
Sesuai dengan arahan Rasulullah SAW, Abdullah bin Jahsy r.a meneruskan perjalanannya dan tiba di Nakhlah. Di tempat tersebut mereka mempersiapkan pos perisikan dan ketika mereka bersiap-siap, tiba-tiba dari jarak yang agak jauh mereka terlihat sekumpulan kabilah Quraisy terdiri daripada Amr bin Hadhramy, Hakam bin Kaysan, Utsman bin Abdullah dan al-Mughirah bin Abdullah. Mereka membawa dagangan seperti kulit, anggur dan sebagainya. Abdullah bin Jahsy telah bermesyuarat dengan pasukannya untuk menyerang atau membiarkan kabilah Quraisy itu. Di saat akhir bulan Haram, jika mereka melakukan penyerangan, bererti melanggar kehormatan bulan itu serta akan mendatangkan kemarahan bangsa Arab. Akan tetapi jika kabilah itu dibiarkan lalu, mereka akan masuk ke tanah Haram (Mekah) iaitu bererti membiarkan mereka masuk ke tempat aman.
Akhirnya mereka memutuskan menyerang dah merampas harta kabilah itu. Seorang anggota rombongan tewas, dua ditawan dan seorang lagi berjaya melarikan diri. Tibanya di Madinah, harta rampasan dan tawanan dibawa dihadapan Rasulullah SAW. Abdullah bin Jahsy dan pasukan telah dimarahi kerana bertindak diluar arahan dan perintah Rasulullah SAW.
Baginda telah menangguhkan keputusan mengenai hukuman harta rampasan dan dua tawanan perang sementara menunggu keputusan dari Allah. Abdullah bin Jahsy dan pasukan telah digantung kerja. Mereka jelas bersalah kerana melanggar perintah Rasulullah SAW. Kaum muslimin mencela mereka sehingga mereka terasa dipulaukan. Penyesalan dan kesedihan menjadi lebih teruk apabila mereka mengetahui kaum Quraisy menggunakan peluang ini untuk menekan Rasulullah SAW dan kaum Muslimin. Mereka menyebarkan berita dikalangan kabilah-kabilah Arab, bahawa kaum Muslimin telah menghalalkan pertumpahan darah dan perampasan harta dibulan Haram.
Abdullah bin Jahsy menganggung beban mental yang sangat hebat. Walaubagaimanapun, beliau tetap terus beristigfar dan memohan ampun kepada Allah SWT sehingga turunnya Al-Baqarah ayat 217 membawa berita gembira. Turunnya ayat ini telah menenangkan hati Rasulullah SAW. Harta rampasan diberike Baitul Man dan kedua tawanan dibebaskan. Harta rampasan ini adalah harta rampasan pertama umat Islam dan musuh yang dibunuh adalah musyrik pertama yang tertumpah darahnya di tangan kaum Muslimin. Bendara pasukan mereka juga, bendara pertama yang diikat oleh Rasulullah.

Syahidnya Abdullah bin Jahsy
Abdullah bin Jahsy adalah antara sahabat yang syahid dalam perang Uhud. Di dalam perang ini Abdullah bin Jahsy dan Saad bin Waqqash r.a telah berdoa di sebuah tempat yang agak terpencil.
Doa Saad bin Waqqash r.a:
“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan musuh yang paling buas dan jahat. Aku akan melawannya dan berilah aku kemenangan”
Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa seraya menambah:
“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan musuh yang jahat dan buas. Aku akan melawannya dan aku tewas ditangannya. Dia kemudian memotong hidung dan telingaku”
Ketika perang Uhud berakhir, ternyata Allah memakbulkan doanya. Para sahabat menemukan jasadnya tewas sepertimana doanya. Hidung dan telinganya buntung dan tubuhnya digantung dengan seutas tali. Allah SWT memuliakan nya dengan pahala syahid bersama Hamzah bin Abdul Muttalib r.a. Keduanya tewas dan dimakamkan didalam satu kubur. Air mata Rasulullah telah membasahi kubur mereka menambah harumnya darah syahid yang melumuri jasab mereka. Semoga mereka dirahmati.

KISAH AIR SYURGA KHALIFAH HARUN AL RASYID



Haris seorang Badawi, dan istrinya Nafisa hidup berpindah-pindah tempat membawa tendanya yang tua. Dicarinya tempat-tempat yang ditumbuhi beberapa kurma, rumputan untuk untanya, atau yang mengandung sumber air betapapun kotornya. Kehidupan semacam itu telah dijalani bertahun-tahun lamanya, dan Haris jarang sekali melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Ia biasa menjerat tikus untuk diambil kulitnya, dan memintal tali dari serat pohon kurma untuk dijual kepada kafilah yang lewat.

Namun, pada suatu hari sebuah sumber air muncul di padang pasir, dan Haris pun mencicipi air itu. Baginya air itu terasa bagaikan air surga, sebab jauh lebih bersih dari air yang biasa diminumnya. Bagi kita, air itu akan terasa memuakkan karena sangat asin. ”Air ini,” katanya, ”harus aku bawa ke seseorang yang bisa menghargainya.”

Karena itulah ia berangkat ke Baghdad, ke istana Harun Al-Rasyid; ia pun berjalan tanpa berhenti kecuali kalau makan beberapa butir kurma. Haris membawa dua kantong kulit kambing penuh berisi air: satu untuk dirinya sendiri, yang lain untuk Sang Khalifah.

Beberapa hari kemudian, ia mencapai Bagdad, dan langsung menuju istana. Para penjaga istana mendengarkan kisahnya dan – hanya karena begitulah aturan di istana – membawa Haris ke hadapan Khalifah.

”Pemimpin kaum yang setia,” kata Haris, ”Hamba seorang badawi miskin dan mengetahui segala macam air di padang pasir, meskipun mungkin hanya mengetahui sedikit tentang hal-hal lain. Hamba baru saja menemukan air surga ini, dan menyadari bahwa ini merupakan hadiah yang sesuai untuk Tuan, hamba pun segera membawanya kemari sebagai persembahan.”

Khalifah Harun Al-Rasyid mencicipi air itu dan – karena ia sepenuhnya memahami rakyatnya, diperintahkannya para penjaga membawa pergi Haris dan mengurungnya di suatu tempat sampai ia mengambil keputusan. Kemudian dipanggilnya kepala penjaga. Katanya, ”Apa yang bagi kita sama sekali tak berguna, baginya berarti segala-galanya. Oleh karena itu bawalah ia pergi dari istana pada malam hari. Jangan sampai ia melihat Sungai Tigris yang perkasa itu. Kawal orang itu sepanjang perjalanan menuju tendanya tanpa memberinya kesempatan mencicipi air segar. Kemudian berilah ia seribu mata uang emas dan terima kasihku untuk persembahannya itu. Katakan bahwa ia adalah penjaga air surga, dan bahwa atas namaku ia boleh membagikan air itu kepada kafilah yang lewat, tanpa pungutan apapun.”

HAYATI KHOTBAH (22) IMAM ALI ABI TALIB ra



KHOTBAH 22

Tentang Orang-orang yang Menuduhnya Membunuh 'Utsman

Hati-hatilah! Iblis telah mulai menghasut pasukannya dan telah mengumpulkan tentaranya agar kelaliman mencapai puncaknya dan kebatilan kembali kepada kedudukannya. Demi Allah, mereka tidak menyalahkan saya dengan sebenarnya, tidak pula mereka berlaku adil antara saya dan diri mereka sendiri. Mereka menuntut pada saya suatu hak yang mereka sendiri tinggalkan, dan darah yang mereka sendiri tumpahkan.[i] Sekiranya saya bersekutu dengan mereka dalam hal itu, maka mereka pun bersaham di dalamnya. Tetapi, apabila mereka melakukan itu tanpa saya, mereka harus menghadapi akibatnya. Hujah mereka yang terbesar (terhadap saya) adalah (sesungguhnya) terhadap mereka sendiri. Mereka menyusu dari ibu yang telah kering, dan menghidupkan bidah yang telah mati. Alangkah mengecewakan si penantang (ke pertempuran). Siapakah penantangnya dan untuk apa ia dijawabi? Saya gembira bahwa hujah Allah telah disempurnakan di hadapan mereka dan la tahu (semua) tentang mereka. Apabila mereka menolak (untuk menaati), saya akan menawarkan kepada mereka mata pedang yang cukup sebagai penyembuh kebatilan dan pendukung kebenaran. Aneh, mereka mengirimkan pesan kepada saya supaya maju kepada mereka untuk bertarung dengan lembing dan bersiap untuk bertarung dengan pedang. Semoga perempuan-perempuan berkabung atas mereka. Saya tak pernah takut untuk bertarung atau diancam dengan per-tempuran. Saya berkeyakinan penuh iman pada Tuhan saya dan saya tak ragu dalam agama saya. •

[i] Ketika Amirul Mukminin dituduh terlibat dalam pembunuhan 'Utsman, ia menyampaikan khotbah ini untuk menolak tuduhan itu. la mengatakan tentang orang-orang yang menuduhnya, "Para pembalas dendam ini tak dapat mengatakan bahwa saya adalah pembunuhnya dan bahwa orang lain tidak turut serta di dalam-nya. Tak dapat pula mereka memalsukan peristiwa-peristiwa yang telah disaksikan dengan mengatakan bahwa mereka tak ada urusannya dengan itu. Maka mengapa mereka menaruh saya sebagai yang lerdepan dalam pembalasan dendam ini? (Bila demikian) dengan saya pun mereka harus memasukkan diri mereka sendiri juga. Bagaimana mereka dapat melepaskan diri dari hukuman ini? Persoalannya yang sebenarnya ialah bahwa mereka menuduh saya dengan tujuan agar saya berlaku sama dengan mereka menurut kebiasaan mereka. Tetapi, tidak seharusnya mereka mengharapkan saya menghidupkan kembali bidah para pemerintahan sebelumnya. Tentang pertarungan, tak pernah saya takut bertempur, tidak juga sekarang. Allah mengetahui niat saya dan la pun tahu bahwa orang-orang yang bangkit dengan dalih untuk membalas dendam itu sendirilah pembunuhnya."
Maka, sejarah sependapat bahwa orang-orang yang melakukan pembunuhannya ('Utsman) dengan hasutan dan bahkan mencegah penguburannya di pekuburan Muslim dengan melempari peti jenazahnya dengan batu, adalah juga orang-orang yang menuntut pembalasan dendam atas darahnya. Sehubungan dengan ini, nama-nama Thalhah ibn 'Ubaidillah, Zubair ibn 'Awwam dan 'A'isyah adalah di puncak daftarnya, karena pada kedua kesempatan itu usaha mereka terlihat dengan jclas. Ibn Abil Hadid menulis bahwa, "Orang-orang yang telah menulis tentang pembunuhan 'Utsman menyatakan bahwa pada hari pembunuhannya, Thalhah memakai tabir di wajahnya untuk menyamarkan dirinya dari mata kaumnya dan menembak-nembakkan panah ke rumah 'Utsman."
Dan sehubungan dengan ini, ia menulis tentang gagasan-gagasan Zubair,
"Para sejarawan telah menyatakan pula bahwa Zubair mengatakan, 'Bunuhlah 'Utsman. la telah mengubah agama Anda.' Kata orang, 'Putra Anda sedang berdiri di pintu dan menjaganya,' dan ia menjawab, 'Walaupun anak saya hilang, tetapi 'Utsman harus dibunuh. 'Utsman akan terbaring sebagai bangkai di Shirath besok.'" (Syarh Nahjul Balaghah, h. 35-36).
Tentang 'A'isyah, Ibn 'Abdi Rabbih menulis,
"Ketika Mughirah ibn Syu'bah datang kepada 'A'isyah, lalu ia ('A'isyah) berkata, "Hai, Abu Abdillah. Saya ingin kiranya Anda telah bersama saya pada Hari Jamal; betapa panah-panah menembus haudaj (tandu di punggung unta) saya sehingga sebagiannya mengenai tubuh saya." Mughirah mengatakan, "Saya berhasrat kiranya salah satu darinya telah membunuh Anda." 'A'isyah berkata, 'Semoga Allah menaruh kasihan kepada Anda; mengapa demikian?' la (Mughirah) menjawab, 'Supaya itu merupakan suatu tebusan atas apa yang Anda lakukan terhadap 'Utsman."' (Al- 'lqd al-Farid, jilid 4, h. 294).

HAYATI KHOTBAH (21) IMAM ALI ABI TALIB ra



KHOTBAH 21

Nasihat Supaya Tetap Ringan di Dunia ini

Tujuan Anda berada di depan Anda. Di belakang Anda adalah saat (kematian Anda) yang mendorong Anda terus maju. Ringankan diri Anda dan susullah (yang di depan). Akhir Anda sedang ditunggu oleh awal Anda.
Sayid Radhi berkata: Apabila ucapan 'Ati ditimbang dengan ucapan mana pun, kecuali kata-kata Allah dan Nabi SAWW, ucapan itu akan terbukti lebih berat dan lebih unggul dalam segala segi. Misalnya, kata-kata Ali, "ringankan diri dan susullah" adalah ungkapan yang paling ringkas yang pernah terdengar dengan makna paling besar yang terkandung di dalamnya. Betapa luas artinya dan betapa jernih sumber kearifannya! Kami telah menunjukkan kebesaran dan padat maknanya frasa ini dalam buku kami Khasha'ish