Senin, 07 Januari 2013

RISALAH SOAL JAWAB HAKIKAT TASAWWUF (9)


SOALAN  

Apakah syarat-syarat syeikh? 

JAWAPAN 

Golongan tasawwuf tidaklah secara membuta tuli menurut kehendak syeikh. Tetapi setiap murid yang bijak hendaklah melihat kepada tanda-tanda dan alamat yang khusus dan terang dan menggunakan akalnya untuk mengenal hakikat syeikh yang sebenar. Ibn `Ataillah al-Sakandari berkata: Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang diri dan perkataannya tidak membantu kamu untuk menghampirkan diri kepada Allah. 

Inilah garis panduan yang dijelaskan oleh Ibn `Ataillah al-Sakandari tentang syeikh tariqat yang menjadi contoh teladan dan ikutan. Terdapat beberapa sifat syeikh yang mnejadi ikutan. Ahli tasawwuf mengatakan: Syeikh ialah seorang yang mengamalkan tariqat melalui bimbingan seorang syeikh yang telah sampai kepada Allah. Lalu meningkat daripada maqam-maqamnya yang tertentu yang bermula daripada maqam taubat ke maqam musyahadah. Setelah dia mencapai maqam yang tertinggi, dia kembali kepada amalan syariat biasa dan membimbing manusia dengan beberapa peringkat dalam tariqat, lalu dibuka kepada mereka dengan izin Allah pintu-pintu dimana mereka akan memperolehi cahaya hakikat. 

Kata sebahagian yang lain: Antara tanda seseorang syeikh ialah dia memiliki ilmu yang benar, rasaan rohani (ذوق) yang jelas, hemah yang tinggi, perawakan yang diredhai dan mata hati yang sentiasa terbuka (بصيرة). Pendapat yang lain ialah: Sesiapa yang mempunyai lima tanda ini maka ianya bukanlah syeikh yang sebenar iaitu jahil tentang agama, tidak menjaga kehormatan orang Islam, melakukan sesuatu yang tidak berfaedah, berakhlak jelek dan menurut hawa nafsu. 

Para ulama sufi telah mengarang sejumlah besar kitab yang khusus membicarakan tentang adab-adab syeikh dan sifat-sifat yang mesti ada padanya sehingga boleh dijadikan ikutan oleh para murid mereka.  

Kata Abu Madyan pula: Sesiapa yang mendakwa hampir kepada Allah tetapi tampak pada dirinya lima perkara berikut, sesungguhnya dia adalah seorang pendusta dan tidak berakal iaitu, melakukan maksiat dengan anggota badannya, melakukan bida`ah dalam ketaatan kepada Allah, haloba dengan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain, kurang beribadah dan tidak menjaga kehormatan umat Islam mengikut yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu seseorang yang bersifat sebegini mesti dijauhi. 

RISALAH SOAL JAWAB HAKIKAT TASAWWUF (7)


SOALAN  

Apakah matlamat mempelajari tasawwuf? 

JAWAPAN 

Matlamat tasawwuf itu adalah seperti berikut:
  1. Ma’rifah Allah s.w.t dengan cara beribadah kepada-Nya dengan cara bersungguh-sungguh dalam beribadah.
  2. Penyucian, pembersihan dan peningkatan jiwa sehingga ia layak memperolehi ma’rifah Ilahi.
  3. Membina masyarakat yang sejahtera dengan asas yang baik, akhlak yang mulia, berpegang dengan peraturan-peraturan agama dan jalan-jalan rahsia kesufian yang meningkatkan martabat pengamal.

RISALAH SOAL JAWAB HAKIKAT TASAWWUF (8)


SOALAN

Bagaimana muncul perkataan sufi atau tasawwuf? 

JAWAPAN  

Di dalam buku Mengenal Ilmu Tasawwuf, dinyatakan: Hidup kerohanian semakin berkembang. Perkembangan ini dapat dikesan dari kelahiran gelaran baru mulai diperkenalkan iaitu gelaran ahli sufi. Istilah ini masih tetap mengandungi unsur kezuhudan dan iftiqar tetapi di samping itu ia mengandungi unsur yang selainnya yang merintis jalan kepada Kasf al-Haqiqah. 

Sejauh yang dapat dibuktikan oleh sumber tasawwuf bahawa gelaran ini telah lahir pada pertengahan kurun kedua hijrah. Menurut Hilyah al-Awliya’ bahawa orang yang mula-mula diberikan gelaran ahli sufi ialah Abi Hasyim al-Kufi (m. 150H) kerana cara dan perjalanan hidupnya yang mengikuti cara hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat, yang lebih mengutamakan cara hidup yang sangat bersahaja tidak terpengaruh dengan keseronokan dan kemewahan hidup dunia. 

Demikian juga, gelaran ini telah diberikan kepada ahli zuhud iaitu Jabir bin Hayyan dan kepada ahli zuhud di Kufah seperti Abd al-Sufi, Mansur bin Ammar. Di Basrah pula gelaran inidiberikan kepada Abu Hassan al-Basri. Penggunaan ini semakin popular seperti Malik bin Dinar, Abd al-Wahid bin Yazid dan lain-lain. Di Mesir gelaran ini mula dikenal pada akhir kurun kedua hijrah seperti yang dicatitkan oleh al-Kandi: 

Telah laihir di Iskandariah satu golongan yang menamakan dirinya ahli-ahli sufi yang menjalankan tugas Amr Makruh dan Nahy Munkar seperti yang dipercayainya. Golongan ini diketahui oleh seseorang yang bernama Abd al-Rahman al-Sufi. 

Sejalan dengan kelahiran gelaran ini, pengertian zuhud sudah merupakan suatu yang khusus sebagai salah satu daripada peringkat untuk menjadi seorang sufi. Ini dapat dikesan dari hasil-hasil karya puisi mereka seperti Rabi`ah al-Adawiyah,  Sufyan al-Thauri (160H), Abd al-Wahid bin Zaid (177H) dan Shaqiq al-Balkhi (194H). 

Perubahan idea kezuhudan dalam peringkat ini memberikan gambaran tentang zaman peralihan atau proses peralihan dari golongan atau istilah ahli zuhud kepada istilah ahli sufi. Ini dapat dijelaskan bahawa gelaran sufi atau tasawwuf dalam peringkat permulaannya ini mempunyai erti sama dengan makna kezuhudan, kefakiran dan ibadah, yang kemudiannya berkembang dari makna yang tersebut kepada makna yang lebih luas.

RISALAH SOAL JAWAB HAKIKAT TASAWWUF (6)


SOALAN  

Apakah tajuk perbincangan tasawwuf? 

JAWAPAN 

Zat yang Maha Tinggi untuk ma’rifah-Nya dengan dalil. Juga jiwa, hati dan ruh bagi mentazkiyahnya. Di samping masalah akhlak dengan memasukkan akhlak yang mahmudah dan meninggalkan akhlak yang mazmumah. 

RISALAH SOAL JAWAB HAKIKAT TASAWWUF (4)


SOALAN

Apakah hukum mempelajari tasawwuf? 

JAWAPAN 

Imam al-Ghazali berkata: Hukumnya fardu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit kecuali para anbia. 
Syeikh al-Syazili berkata: Siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini, nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya. 

Syeikh Dahlan al-Kadiri di dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar tasawwuf ialah wajib `aini pada setiap orang mukallaf. Hal ini adalah kerana sebagaimana wajib islah yang zahir, begitu juga islah yang batin. Imam Malik mengungkap: 

Maksudnya:
Siapa bertasawwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia kafir Zindiq,

Siapa mempunyai feqah tanpa bertasawwuf sesungguhnya dia fasiq,
Siapa menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia tahqiq.

Ibn `Ajibah berkata: Jadi Zindiq pada ayat yang pertama kerana pengucap dengan cara terpaksa yang menyebabkan nafi hikmah dan segala hukum manakala fasiq pada ayat kedua disebabkan tanpa ilmu daripada tawajjuh yang benar yang menghalang daripada maksiat Allah dan daripada ikhlas yang disyaratkan pada amalan. Sementara tahqiq pada ayat ketiga pula adalah kerana dapat melaksanakan hakikat pada zatnya yang berpegang dengan haq. Justeru ketahuilah yang demikian itu kerana tiada wujud baginya kecuali padanya seperti tiada sempurna baginya kecuali dengan-Nya. Maka fahamlah. 

RISALAH SOAL JAWAB HAKIKAT TASAWWUF (5)

SOALAN

Apakah faedah mempelajari ilmu tasawwuf? 

JAWAPAN 

Bagi mendidik hati dan ma’rifah Allah Yang Maha Mengetahui, sepertimana kata Ibn `Ajibah: Buah hasilnya ialah kelapangan (mulia) nafsu, selamat dada dan akhlak yang mulia bersama setiap makhluk. 

Sabtu, 08 September 2012

RAHSIA HATI KITA : KEDUDUKAN HATI DALAM JASAD

Hati bagaikan raja dalam jasad manusia, dan anggota badan yang lainnya adalah bagaikan tentara-tentara hati, yang selalu patuh dan taat pada perintah hati. Apapun yang diperintahkan oleh sang raja, senantiasa akan ditaati oleh para tentaranya. Hati-lah yang mengatur seluruh gerak anggota badan. (Lihat Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hanbali ).
Amalan yang muncul dari diri seseorang merupakan pencerminan dari apa yang terpatri di dalam hatinya. Baik dan buruknya jasad dan amalan dhohir manusia bergantung dengan keadaan hatinya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat segumpal daging, jika baik segumpal daging tersebut, maka akan baik pula seluruh jasadnya, dan jika rusak segumpal daging tersebut, maka akan rusak pula seluruh jasad tersebut. Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah Al Qalbu (jantung)”(Muttafaqun’alahi)
Hati memiliki peranan yang sangat utama dalam hidup dan kehidupan manusia. Bahkan hati merupakan salah satu unsur dari tiga unsur syarat sah keimanan. Keyakinan ahlus sunnah wal jama’ah meyakini bahwa iman adalah keyakinan dan pembenaran di dalam hati, ucapan dengan lisan dan amalan dengan anggota badan. Ini merupakan kesepakatan ahli ilmu sejak zaman dahulu, dan tidaklah menyelisihi ijma’ (kesepakatan) ini melainkan orang yang menyimpang dan orang yang sesat.
Sebagaimana dikatakan oleh Imam Syafi’i rahimahullahu :
“…dan telah menjadi kesepakatan di kalangan para shahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka, bahwa yang dimaksud dengan iman adalah perkataan, amal perbuatan, dan niat (keyakinan di dalam hati), dan tidaklah seseorang diberi balasan pahala melainkan dengan berkumpulnya ketiga hal tersebut
Maka orang yang meniadakan peranan hati dari definisi iman, sungguh dia adalah orang yang tersesat dengan kesesatan yang nyata. Sebagaimana yang terjadi pada orang-orang munafik. Orang munafik, secara dhohir menampakkan bahwa dirinya adalah bagian dari kaum muslimin. Amalan badannya sama dengan apa yang dilakukan Abu Bakar As Shidq, Umar bin Khattab, Utsman bin ‘Affan, ‘Ali bin Abi Thalib dan para shahabat lainnya radhiyallahu ‘anhum. Orang-orang munafik pun juga melakukan sholat berdzikir kepada Allah dan amalan-amalan ibadah lainnya.
Namun apabila kita menilik lebih dalam kepada hatinya, hakikatnya mereka adalah orang yang menyembunyikan permusuhan kepada Islam dan kaum muslimin. Sehingga Allah ta’ala mengancam mereka dengan ancaman yang sangat keras, Allah ta’ala berfirman,
“Sesungguhnya orang-orang munafik berada di kerak neraka yang paling dalam, dan tidak akan pernah engkau jumpai penolong bagi mereka” (An Nisa : 142)
Hal ini disebabkan mereka tidak memiliki satu unsur yang sangat asasi dalam pengakuan iman mereka, yaitu keyakinan di dalam hati.
Seorang mukmin tentu akan berusaha memperbaiki amalan-amalannya. Dimulai dari yang paling asasi, yaitu pembenaran hati dan diikuti dengan pelurusan amalan-amalan badan dan lisan. Inilah keimanan yang hakiki, terpatri kokoh di dalam hati seorang mukmin, terpancar dari lisannya dan tercermin dari tingkah laku dan perbuatannya. Terkumpul pada dirinya tiga hal, keyakinan, pengakuan dan pengamalan, satu dengan lainnya tidak terpisahkan.

Bersihkan Hati Secara Islami, Jangan Terlena Ketenangan Hati Yang Semu
 
Di tengah karut-marut kehidupan dunia, ketenangan jiwa menjadi oase yang didamba banyak orang. Pelbagai macam metode “pencerahan” jiwa yang tersuguh di hadapan masyarakat kita, tak pelak menjadi sesuatu yang ditunggu, laris manis. Bujet besar yang dikeluarkan bukan halangan, asal bisa ikut pelatihan ini atau training itu, yang penting “ketenangan” jiwa bisa diraih dalam sekejap.
ESQ, pelatihan motivasi, dan aktivasi otak kanan adalah contohnya. Walaupun seringnya diakui sebagai training manajemen bukan training agama, namun praktiknya sering menggunakan istilah agama, mengutip ayat atau hadits. Parahnya, selain tidak mendudukkan pada tempatnya, para trainer atau motivator ada yang mengutip hadits palsu. Alhasil, agama dijadikan kedok untuk membenarkan metode mereka yang konon katanya dikembangkan untuk mendukung penggalian potensi diri manusia itu.
Pada akhirnya, para peserta baru sampai pada tahap “merasa” sudah berubah, mendapat “pencerahan”, atau “disuntiki” energi positif. Tentu sebuah kemustahilan “perubahan” hanya bisa dicapai dalam beberapa jam pelatihan. Para peserta sejatinya tengah ditipu, di dalam pelatihan yang selalu menguras duit yang cukup besar ini, mereka diindoktrinasi bahwa mereka hebat dan punya kekuatan besar di dalam diri mereka yang tengah tidur, yang harus dibangunkan untuk meraih apa yang dinamakan “sukses dan kaya”.
Selain soal doktrin yang salah kaprah, beberapa metode “pencerahan” jiwa seperti model mujahadah, zikir berjamaah, perenungan (kontemplasi), riyadhah, atau meditasi, banyak dipengaruhi tasawuf (ajaran sufi). Selain itu, ESQ dan sebangsanya disusupi liberalisme yang menafsirkan al-Qur’an dan as-Sunnah secara bebas, mengajarkan bahwa pada dasarnya ajaran seluruh agama adalah benar dan sama, semua pemeluk agama punya kesamaan, yakni sama-sama punya hati, mempergunakan suara hati yang terdalam sebagai sumber kebenaran, serta menganggap para nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Melalui buku-buku “tazkiyatun nufus (penyucian jiwa)” yang beredar, masyarakat juga dicekoki beragam cerita takhayul dan khurafat tasawuf yang menyesatkan, hanya berlandaskan pada pengalaman/kontemplasi tokoh-tokoh sufi.
Pertanyaannya, tak cukupkah al-Qur’an dan as-Sunnah kita jadikan rujukan? Mana yang lebih bisa dipegangi dan selamat untuk diikuti, al-Qur’an dan as-Sunnah ataukah cerita picisan model sufi?
Secara kemasan, training atau pelatihan semacam ESQ kadang menarik, lebih-lebih didukung penggunaan multimedia. Namun, orang yang cerdas tentu tidak menilai sesuatu berdasarkan kemasan semata, tetapi juga melihat isi dan substansi yang diajarkannya.
Inilah problem “dakwahtainment” dewasa ini. Cara-cara dan subtansi dakwah yang diajarkan Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam justru ditinggalkan. Alih-alih memprioritaskan tauhid dan ajaran yang benar, aksi panggung artis “dakwahtainment” juga kering dari dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Asal bikin orang memerhatikan isi ceramahnya, asal bisa diterima, bahkan asal bikin audien terpingkal-terpingkal, substansi menjadi nomer dua. Di kampung-kampung, malah muncul dai yang isinya hanya menyanyi qasidah/lagu-lagu gubahan, dari awal hingga akhir. Kalau sudah begini, bagaimana masyarakat awam “melek” agama?
Tentu ironis jika jalan tazkiyatun nufus yang bersumber dari al-Qur’an dan as-Sunnah dianggap kurang bisa memikat masyarakat yang didakwahi, dianggap cara-cara klasik, tidak keren, dsb. Tugas dai adalah menyampaikan, perkara hidayah adalah urusan Allah Subhanahu wa ta’ala. Selama kita mendakwahkan substansi yang benar sekaligus menggunakan cara-cara yang benar, insya Allah dakwah itu akan beberkah. Oleh karena itu, mari bersihkan hati dengan cara Islami, raih ketakwaan, amalkan Islam secara ikhlas dan sesuai as-Sunnah, insya Allah kebersihan hati akan kita raih.